Bagaimana cara untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe dan buat duit?

“Saya adalah seorang yang minat membaca. Saya dapat tahu, yang kalau saya join program affiliate Bookcafe ni, saya boleh promosikan buku-buku yang saya pernah baca dan seterusnya boleh buat duit tambahan. Boleh terangkan dengan lebih lanjut tak macam mana program ini berfungsi?”¬†

buat-duit-dengan-bookcafe-affiliate-program

Program affiliate yang ditawarkan oleh bookcafe, pada saya adalah merupakan salah satu program affiliate yang sangat baik untuk disertai.

 

Produk utama yang dijual di laman web ini adalah buku-buku dari pelbagai genre. Selain itu, di laman web bookcafe juga ada menjual CD dan juga DVD. Anda boleh ke laman web utama bookcafe.com.my bagi melihat sendiri senarai produk yang dijual di laman web tersebut.

 

Dalam posting ini, saya akan terangkan bagaimana caranya untuk anda join program affiliate Bookcafe ini dan seterusnya boleh terus mula menjana pendapatan dari program ini.

 

Langkah pertama, buat pendaftaran

Bagi tujuan pendaftaran, anda perlu ke laman web berikut >> https://bconline.com.my/friends/

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

cara-daftar-program-affiliate-bookcafe

Klik sahaja pada butang “Signup Now” dan seterusnya ikuti langkah-langkah yang diperlukan. Pada langkah seterusnya, anda akan diminta untuk mengisikan maklumat peribadi, seperti

  1. Nama username pilihan anda. Ini adalah bagi tujuan login ke member area.
  2. Password pilihan anda. Bagi tujuan akses ke member area.
  3. Maklumat peribadi anda. Nama, alamat emel dan juga laman web anda.
  4. Maklumat perbankan anda. Ini bagi tujuan pembayaran komisen.

 

Selepas itu, anda hanya perlu tekan butang “create my account“.

 

Langkah kedua, login ke member area setelah pendaftaran anda selesai  

Setelah pendaftaran untuk menjadi ejen affiliate bookcafe diterima, anda perlu log in ke member area. Cuba biasakan diri dengan susun atur dan fungsi setiap item yang terdapat di member area.

 

Inilah dia paparan yang anda akan lihat di ruangan member.

Secara automatik, anda akan menerima bonus sebanyak RM1.00 hanya untuk melakukan pendaftaran ke program affiliate ini. Walaubagaimanapun, duit tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila jumlah terkumpul mencecah angka RM100.

 

Setelah amaun terkumpul mencecah RM100 minima, pihak pengurusan Bookcafe akan membuat bayaran ke akaun bank anda secara automatik. Bayaran komisen akan dilakukan setiap bulan jika anda telah cukup syarat.

 

Lihat pada bahagian “Standard Linking Code – Great For Use In Emails!“. Itulah dia link affiliate anda.

 

Dalam contoh ini, link affiliate saya adalah >> https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254

 

Apabila ada orang yang menekan klik pada pautan itu, orang tersebut akan dibawa ke laman web utama Bookcafe. Seterusnya, jika dia buat pembelian, untuk sebarang produk yang dijual di laman web utama Bookcafe, maka saya akan terima komisen.

 

Langkah ketiga, pilih produk yang spesifik untuk dipromosikan

Walaupun kita boleh promosikan laman web utama Bookcafe, namun cara yang lebih berkesan adalah dengan mempromosikan produk atau buku yang spesifik yang dijual di laman web bookcafe.

 

Sebagai contoh, saya ingin promosikan buku yang spesifik yang berjudul Panduan Memborong Di China.

panduan-borong-china

Saya pilih buku ini sebab salah satu laman web yang miliki adalah mengenai aktiviti memborong di China. Jadi, saya berpendapat buku ini memang sesuai untuk dipromosikan di laman web tersebut. Mereka yang minat nak memborong di China pasti boleh dapat manfaat dan ilmu tambahan jika mereka baca buku ini.

 

Apa yang saya perlu buat ialah, dapatkan link url buku ini di laman web bookcafe.com.my.

 

Dari carian yang saya lakukan di laman web bookcafe, saya dapati link jualan buku ini adalah seperti berikut >> https://bookcafe.com.my/en/buku/nonfiskyen-bisnes/panduan-memborong-di.china-en.html

 

Sekiranya saya terus mempromosikan link tersebut, saya tidak akan menerima sebarang komisen jika berlaku sebarang jualan.

 

Bagi mengelakkan situasi ini, maka apa yang saya perlu buat adalah untuk tukarkan link asal menggunakan fungsi “Alternate Incoming Page Links” yang disediakan di member area. Lihat gambar dibawah ini.

cara-senang-buat-duit-dengan-bookcafe

 

Selepas itu, paparan seperti dibawah ini akan kelihatan. Apa yang perlu dilakukan adalah masukkan link asal yang diperolehi dari laman web utama bookcafe dan tekan butang create my link.

 

Dalam contoh ini, link asal yang saya perolehi dari laman web utama Bookcafe adalah ini >> https://bookcafe.com.my/en/buku/nonfiskyen-bisnes/panduan-memborong-di.china-en.html

 

Setelah saya gunakan fungsi Alternate Incoming Page Links, maka link saya yang baru, yang dah siap dimasukkan dengan ID Affiliate saya, link yang baru untuk saya promosikan menjadi >> https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254&url=1191

 

Kedua-dua link diatas ini akan membawa ke halaman yang sama. Cuma bezanya, link yang kedua tu telah dilengkapi dengan sistem tracking. Jika terdapat pembelian, maka saya akan dapat komisen. Manakala bagi link yang pertama, saya tidak akan memperolehi sebarang komisen walaupun jika berlaku jualan.

 

Langkah keempat, pendekkan link url dengan servis Link Shortener

Memandangkan link affiliate yang terhasil adalah agak panjang, maka saya amat mengesyorkan anda untuk gunakan link shorter.

 

Antara yang anda boleh gunakan adalah

  1. bit.ly
  2. goo.gl

 

Sekiranya anda mempunyai laman web sendiri yang dipasang menggunakan sistem wordpress, anda boleh gunakan plugin pretty link untuk memendekkan link url affiliate anda.

 

Langkah kelima, lakukan kerja pemasaran secara all out!

Ini bahagian yang PENTING. Buat kerja pemasaran.

 

Dari kerja pemasaran, barulah prospek yang tepat akan terjumpa iklan yang kita hasilkan. Jika ada klik pada link affiliate, dan seterusnya individu tersebut buat pembelian, maka kita juga yang akan dapat komisen.

 

Apakah kaedah pemasaran yang sesuai untuk digunakan?

Ini adalah kaedah promosi yang pada pengalaman saya, adalah baik untuk digunakan untuk mendapatkan jualan.

 

Kaedah review

Bagi mereka yang minat membaca, pastinya tak ada masalah untuk menggunakan kaedah ini. Apakah review ataupun feedback anda setelah habis baca sesebuah buku? Adakah ianya baik, tak menarik, atau mesti baca?

 

Ada banyak buku yang dijual di laman web bookcafe. Sebagai peminat buku, pastinya kebanyakkan buku yang dijual disitu, sebahagiannya juga terdapat dalam koleksi buku yang anda miliki.

 

Jadi, apa kata anda mula buat review tentang buku-buku tersebut. Sekiranya ada tajuk buku yang masih belum anda miliki, anda boleh beli terus dari laman web bookcafe, baca dan tulis review.

 

Ataupun, selain beli sendiri, boleh juga anda pinjam sahaja buku-buku tersebut dari perpustakaan.

 

Kaedah beritahu update tentang promosi semasa yang dijalankan oleh pihak Bookcafe

Kalau nak tunggu habis baca satu buku baru nak buat promosi, mungkin ini agak lambat. Saya sendiri kadang-kadang memerlukan 3 – 7 hari untuk habis baca sebuah buku.

 

Jadi, kalau nak bergantung kepada kaedah review semata-mata memang lambat. Justeru, satu lagi cara yang anda boleh gunakan adalah dengan menjadi juruhebah mengenai promosi terkini yang dianjurkan oleh pihak bookcafe.

 

Terlebih dahulu, anda perlu sertai mailing list bookcafe bagi mengetahui apa dia promosi terkini yang sedang dijalankan. Boleh dikatakan selepas ini, hampir setiap hari anda akan terima emel promosi seperti dibawah.

Walaupun emel promosi seperti ini adakalanya agak merimaskan, namun ia sebenarnya berguna juga untuk kita dapatkan idea, apa dia topik yang kita nak cerita tentang bookcafe.

 

Contohnya, bookcafe ada jalankan kempen promosi Tawaran Meleleh yang menawarkan diskaun sehingga 50%. Kita boleh cerita kepada kawan-kawan kita yang ada di media sosial tu mengenai kempen ini dan seterusnya kita bagi juga link affiliate kita.

 

Mudah bukan?

 

Anda sebenarnya boleh pelbagaikan lagi kaedah pemasaran yang anda rasakan sesuai dengan personaliti diri anda. Jika anda lebih banyak luangkan masa di media sosial misalnya, maka bolehlah fokus untuk buat kerja-kerja promosi disitu.

 

Jika anda lebih selesa buat pemasaran menggunakan blog, maka jangan lupa untuk menulis tentang bookcafe di blog anda.

 

Bawah ni merupakan antara emel notifikasi yang saya pernah terima, yang memberitahu bahawa saya telah berjaya dapat komisen.

Sebenarnya, komisen per jualan untuk buku-buku yang dijual di laman web bookcafe ini tidaklah begitu tinggi. Kadar komisen yang ditetapkan adalah sebanyak 5% sahaja dari harga buku tersebut.

 

Walaupun komisen yang disediakan tidak tinggi mana, namun seronok juga jika berjaya dapatkan jualan. Setuju?

 

Baiklah, semoga penerangan ini membantu dan bermanfaat untuk anda.

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes