Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Macam mana cara nak buat duit dengan Jobdirumah?

December 20, 2016 by Sabree Hussin

Saya ada dengar yang laman web Jobdirumah ni ada menawarkan peluang pekerjaan dan kalau kita join program tersebut, kita boleh buat banyak duit. Tapi saya masih kurang jelas lagi. Bagaimana sebenarnya cara nak buat duit dengan Jobdirumah? Boleh tolong jelaskan?

jobdirumah-boleh-dipercayai-ke

Betul ke kita boleh buat duit sekadar dengan menjadi ahli di laman web Jobdirumah? Baiklah. Dalam catatan pada kali ini, saya ingin mengupas persoalan tersebut. Saya harap dengan penerangan yang saya berikan ini, dapat beri pencerahan dan penjelasan kepada anda.

 

Sebelum saya nak bercerita panjang mengenai Jobdirumah, saya nak perkenalkan terlebih dahulu, siapa sebenarnya pemilik laman web Jobdirumah ini. Laman web ini sebenarnya dimiliki oleh syarikat yang diberi nama Kliks Solution (SSM: 001762546-A). Mereka ni beroperasi sepenuhnya 100% secara dalam talian sahaja.

 

Mereka tidak mempunyai ofis, walaubagaimanapun mereka mempunyai alamat perniagaan yang turut dipaparkan dilaman web utama milik mereka.

 

Apa sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Kliks Solution ni? Jawapannya ialah, mereka terlibat dalam perniagaan informasi (jual informasi) dan program latihan dari rumah. Maka terciptalah panduan yang diberi nama Panduan Jobdirumah ini. Juga dikenali sebagai Program e-Kursus Kerja di Rumah.

 

Mereka menjual PANDUAN yang akan mengajar pembeli bagaimana caranya untuk mula bekerja dari rumah. Panduan tersebut adalah dalam bentuk digital. Ada dalam bentuk teks dan ada juga dalam bentuk video. Setelah anda dapatkan panduan tersebut, anda perlu baca tutorial yang disediakan dan tonton kesemua video yang terdapat di member area. Fahamkan, kemudian terus praktikkan apa yang diajar.

 

Setelah anda faham, cara-cara untuk bekerja dari rumah sebagai seorang pekerja bebas, atau lebih dikenali sebagai seorang freelancer, anda boleh terus mula memohon pekerjaan di laman web direktori kerja. Di laman web tersebut terdapat beratus-ratus atau mungkin ribuan kekosongan pekerjaan yang anda boleh mohon.

 

Setiap pekerjaan ditawarkan memerlukan anda untuk memiliki skil tertentu sebelum anda diterima bekerja. Antara contoh-contoh skil yang anda mungkin perlukan ialah skil menulis, menterjemah, menaip, programming, coding, copywriting, kerja data entry dan sebagainya.

 

Kerja-kerja yang ditawarkan ada pelbagai. Ada kerja yang semudah menekan like pada FB Fan Page hingga kerja yang sesukar seperti membuat programming. Lagi sukar sesuatu pekerjaan, maka akan lagi lumayan bayaran yang akan ditawarkan.

 

Jika anda sememangnya mempunyai kemahiran dan penguasaan terhadap skil yang diperlukan, saya percaya anda tidak mempunyai masalah untuk buat duit dengan cara bekerja dari rumah.

 

Pihak Jobdirumah tidak menawarkan sebarang peluang pekerjaan. Kebanyakkan pekerjaan adalah datang dari laman web direktori pekerjaan. Salah satu direktori pekerjaan yang boleh anda cuba ialah micro workers. Kat bawah ni ialah screenshot pekerjaan yang ditawarkan oleh direktori pekerjaan tersebut.

kerja-senang-dari-rumah

Seperti yang anda boleh lihat, kerja-kerjanya juga adalah dalam kategori yang mudah-mudah belaka. Lihat pula pada kolum yang tertulis perkataan Payment. Memandangkan kerjanya tidaklah sesukar mana, maka kadar bayaran upah yang ditawarkan juga tidaklah begitu lumayan.

 

Kadar upah adalah dari serendah USD0.05 hinggalah USD0.33 sahaja.

microworkers

Mungkin upah yang begitu rendah tidaklah begitu menarik perhatian anda. Jadi, saya syorkan anda cuba untuk lakukan kerja-kerja yang lebih tinggi kadar upahnya. Dari pemerhatian saya, kerja-kerja yang tidak begitu sukar namun membayar upah yang agak tinggi adalah kerja seperti dalam bidang penulisan artikel, penterjemahan, pereka grafik dan sebagainya.

Baca juga untuk maklumat lanjut: Panduan Bekerja Dari Rumah – Contoh kerja dari rumah yang Popular dan boleh dipercayai

 

Jika anda ingin bekerja untuk pihak Jobdirumah…

kerja-dari-rumah-yang-boleh-dipercayai

Ya memang boleh. Ada satu kekosongan jawatan iaitu sebagai seorang pegawai pemasaran, atau nama biasanya promoter. Anda akan dibayar dalam bentuk komisen apabila anda berjaya mendapatkan jualan bagi produk ini.

 

Konsep ini adalah konsep affiliate. Jika anda biasa dengan konsep pemasaran affiliate, maka saya pasti konsep ini sudah tak perlu diperkenalkan lagi kepada anda.

 

Komisen untuk setiap jualan adalah sebanyak RM25. Walaubagaimanapun, nilai komisen ini mungkin akan berubah bergantung kepada pihak pengurusan. Anda hanya akan dibayar apabila berjaya menghasilkan jualan. Jika banyak jualan yang berjaya anda hasilkan, maka banyak jugalah pendapatan yang boleh diperolehi.

 

Kesimpulannya, apabila anda menjadi ahli Jobdirumah, anda sebenarnya ada beberapa cara, bagaimana nak buat duit. Pertama, anda buat duit dengan cara memohon pekerjaan dari laman web direktori kerja.

 

Kedua, anda boleh bergerak sendiri, dengan menghubungi bakal-bakal klien dan terangkan kepada mereka apa dia perkhidmatan yang anda boleh tawarkan. Ini cara yang saya sendiri lakukan. Saya berpendapat, adalah lebih mudah untuk dapatkan job apabila berhubung terus dengan bakal klien.

 

Ataupun, khusus untuk situasi jobdirumah ni, anda boleh memilih untuk jadi ejen affiliate. Sebagai ejen affiliate yang dibayar dalam bentuk komisen, anda juga sebenarnya mempunyai peluang yang cerah untuk buat duit yang lumayan. Untuk makluman anda, kelulusan untuk menjadi ejen affiliate adalah tertakluk pada terma dan syarat pihak Kliks Solution.

 

Asalkan anda fokus pada kerja yang anda bakal lakukan, peluang untuk berjaya itu pasti ada. Anda mungkin tak akan dapat pekerjaan atau komisen dalam serta merta, tetapi jika anda bersabar dan teruskan berusaha, anda pasti akan dapat lihat hasilnya.

 

Baiklah, sebelum saya tamatkan perkongsian saya ini, saya nak tegaskan terlebih dahulu. Hanya dengan menjadi ahli, masih belum cukup untuk memastikan anda akan berjaya dapat duit dari program ini. Anda PERLU BEKERJA. Pihak Jobdirumah membekalkan anda dengan panduan ataupun e-Kursus yang akan mengajar anda cara-cara untuk bekerja dari rumah. Untuk mula bekerja anda perlu buat permohonan di laman web direktori kerja.

 

Semoga penerangan saya ini menjawab persoalan anda.

 

More from my site

  • Betul ke boleh buat duit dengan Jobdirumah?Betul ke boleh buat duit dengan Jobdirumah?
  • Jobdirumah ni ok ke tidak? Boleh dipercayai ke?Jobdirumah ni ok ke tidak? Boleh dipercayai ke?
  • Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?
  • Macam mana cara nak buat kerja dari rumah?Macam mana cara nak buat kerja dari rumah?
  • Kenapa saya perlu buat BAYARAN sebelum boleh mula bekerja dari rumahKenapa saya perlu buat BAYARAN sebelum boleh mula bekerja dari rumah
  • Bagaimana cara untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe dan buat duit?Bagaimana cara untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe dan buat duit?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Jobdirumah Tagged With: buat duit dengan jobdirumah, cara buat duit dengan jobdirumah, contoh pekerjaan dari rumah

Recent Posts

  • Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia
  • Hukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solat
  • Kenapa status akaun Involve Asia saya masih PENDING?
  • Soalan lazim dari tetamu kepada host di Airbnb
  • Bagaimana cara dapatkan review positif dan rating 5 bintang sebagai host di Airbnb?

Recent Comments

  • Sabree Hussin on Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya?
  • Sabree Hussin on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?
  • RISMA ANDIANI on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?
  • RISMA ANDIANI on Adakah bisnes jual ebook masih relevan dan menguntungkan?
  • RISMA ANDIANI on Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya?

Archives

  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2019 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in