Adakah bisnes menjual ebook di internet masih lagi relevan dan adakah ia mampu memberikan pulangan yang lumayan, berbanding bisnes menjual buku fizikal?
Setiap orang pastinya ada pandangan yang berbeza, jika kita ingin bandingkan antara ebook dan juga buku fizikal. Ada orang lebih suka baca buku, sebab nak dapat feeling memegang sebuah buku, bau kertas, bunyi yang terhasil setiap kali kita menyelak muka surat yang baru, keseronokkan melihat helaian muka surat yang semakin menipis bagi menandakan kita telah hampir kepada penghujung buku tersebut.
Ada orang sukakan ebook, sebab ianya mudah diakses dan boleh dibawa kemana-mana. Kalau kita perlukan maklumat dengan pantas, kita hanya perlu buat carian menggunakan kata kunci, (search by keyword) berbanding buku yang mana kita mungkin terpaksa selak setiap muka surat satu per satu atau rujuk bahagian isi kandungan.
Ebook hanyalah sebuah fail yang wujud secara digital. Anda boleh baca ebook apabila mempunyai akses kepada peranti yang boleh membaca fail dalam format ebook tersebut. Biasanya ebook didatangkan dalam format fail .pdf
Pada hari ini, ebook boleh dibaca menggunakan peranti seperti komputer, laptop, ipad, tablet dan juga smartphone. Boleh baca ebook hanya menggunakan smartphone, namun kalau anda inginkan paparan yang lebih besar, dan pada masa yang sama mudah untuk dibawa kemana-mana, maka pilihan yang lebih ideal adalah baca menggunakan ipad.
Dalam sebuah ipad, anda boleh simpan beribu-ribu fail ebook.
Jika anda ada banyak ebook, ibaratnya seperti anda mempunyai perpustakaan awam anda sendiri, yang boleh dibawa kemana-mana tanpa sebarang masalah.
Baiklah, itu dari sudut kelebihan ebook berbanding buku fizikal. Apa yang kita nak bincangkan adalah, adakah baik atau tidak, jika kita ingin jalankan perniagaan menghasilkan dan menjual ebook.
Mungkin ada dalam kalangan pelawat blog ini, yang masih belum ada sebarang perancangan, sama ada nak buat bisnes tertentu, jadi mungkin ada yang pertimbangkan untuk jalankan perniagaan ebook.
Di internet, memang ada banyak laman web yang menjual panduan memulakan bisnes ebook. Kalau kita baca tawaran yang diberikan, memang nampak seolah-olah bisnes jual ebook ini satu bisnes yang sangat hebat, dengan pulangan pendapatan yang cukup lumayan.
Salah satu yang saya boleh syorkan ialah laman web buat duit dengan menulis ini.
Bila jual ebook, tiada sebarang inventori atau stok yang diperlukan. Kalau satu ebook anda jual dengan harga RM150, untuk pelanggan seterusnya juga akan bayar sebanyak RM150.
Kita andaikan yang anda tidak mengambil khidmat ejen promosi mahupun menggunakan sebarang kaedah pengiklanan berbayar untuk dapatkan jualan, bermakna, dalam setiap jualan yang anda hasilkan, untungnya adalah 100 peratus.
Fail ebook ini anda boleh jual berulang-ulang kali, kepada pelanggan yang berbeza, tanpa perlu bimbang akan kehabisan stok. Selagi mana permintaan terhadap ebook anda masih lagi ada, selagi itu anda boleh jual ia.
Ebook anda menawarkan penyelesaian CEPAT kepada masalah yang spesifik
Saya bagi contoh,
Saya nak buat duit dengan Google Adsense, tetapi saya tak tau macam mana caranya? Apa penyelesaiannya? Ebook Raja Adsense ini boleh dijadikan rujukan.
Saya minat nak belajar cara-cara nak import barang murah dari China untuk jual semula di pasar malam ataupun jual di instagram, macam mana caranya? Ebook Rahsia Taobao ini jawapannya.
Inilah dia kelebihan pada ebook yang agak sukar dicari pada buku-buku fizikal. Ebook mampu untuk menawarkan maklumat dan kandungan yang dapat selesaikan sebarang masalah dengan cara yang pantas.
Ebook dinilai bukannya dari segi berapa banyak muka surat, sebaliknya ia dinilai berdasarkan apa masalah pembaca yang mampu diselesaikan.
Isi kandungan ebook biasanya memang straight to the point dan tak terlalu meleret dengan info, fakta, sejarah mahupun trivia yang menjadikan sesebuah ebook itu tebal.
Asalkan bakal pembaca, dapat nampak bahawa ebook yang bakal anda hasilkan itu, mampu untuk memberi penyelesaian terhadap masalah yang sedang dialami sekarang ini, sudah pasti ebook anda pasti akan ada pembelinya.
Target golongan pembaca yang betul.
Letakkan harga yang munasabah.
Berikan tawaran tambahan selaku bonus.
Tunjukkan testimoni dari pembaca terdahulu.
Berikan jaminan wang dikembalikan atau jaminan puas hati.
Hasilkan laman jualan dengan ayat copywriting yang memukau.
Hasilkan design ebook ecover yang menarik.
Itu semua adalah perkara-perkara yang dapat membuatkan ebook yang bakal anda jual nanti sangat laku!
Siapa yang anda ingin jadi? Penjual, penulis ebook atau kedua-duanya?
Jangan terkeliru antara kegagalan anda menghasilkan jualan dengan kegagalan anda menghasilkan ebook yang berkualiti tinggi. Kedua-dua ini mungkin saling berkait, namun ada ketikanya ia langsung tidak ada sangkut paut.
Anda mungkin sangat bagus dalam penulisan. Tetapi, anda tak bagus dalam bidang jualan. Impaknya? Jualan bagi ebook anda sangatlah sedikit berbanding apa yang anda harapkan.
Ataupun boleh jadi juga berlaku keadaan yang mana anda sangat bagus dalam menjual, tetapi ebook anda biasa-biasa sahaja. Sampai satu tahap, anda dapati pembeli kurang puas hati dengan cara penyampaian dalam ebook anda.
Macam mana kita nak tahu sama ada pembaca puas hati atau tidak? Tanya feedback mereka. Kalau mereka lebih fokus tentang ejaan, susunan ayat, gaya bahasa dan hal-hal lain yang tak ada kaitan dengan konten ebook, bermakna anda kurang berjaya dalam menghasilkan penulisan yang baik.
Saya pernah jadi penulis ebook. Pernah juga menjadi penjual ebook, dan pernah juga menjadi penulis dan penjual dalam satu-satu masa. Beban kerjanya agak berat, apabila kita cuba lakukan semua benda dalam satu masa.
Saya ingin perkenalkan kepada anda laman web klikjer.
Sekiranya anda minat menulis ebook, dan anda yakin produk informasi yang bakal anda hasilkan nanti memang ada potensi dan permintaan, mungkin boleh kerjasama dengan syarikat penerbitan ini.
Sebagai penulis, tugas anda hanya perlu fokus kepada menghasilkan ebook yang berkualiti tinggi. Kerja-kerja teknikal seperti
- Membina laman web jualan
- Menghasilkan rekaan ebook ecover
- Membuat pemasaran
- Melakukan jualan
- Menghantar produk pesanan
Semua itu akan diuruskan oleh pihak klikjer. Untuk pengetahuan anda, pihak klikjer mempunyai ramai ejen pemasaran yang berdaftar dengan mereka, yang akan bantu dapatkan jualan bagi ebook anda. Hal-hal berkenaan jualan tak perlu anda risaukan lagi.
Setiap bulan, pihak klikjer akan bayar royalti kepada anda. Sila dapatkan maklumat yang lebih lengkap dari laman web mereka ya. Layari klikjer.com
Bukti perniagaan ebook masih relevan dan mampu menghasilkan wang
Baru-baru ini, saya menerima bayaran dari pihak klikjer. Saya juga merupakan salah seorang ejen pemasaran yang mempromosikan produk-produk ebook yang dijual melalui klikjer.
Ini bukti bayaran yang saya terima.
Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap bulan saya akan dapat bayaran seperti ini. Ini bermakna setiap bulan juga saya berjaya jual ebook di klikjer.
Jika anda mempunyai ebook yang diterbitkan oleh klikjer, besar kemungkinan saya juga mungkin pernah dapatkan jualan untuk ebook anda.
Setakat ini, saya tak nampak adanya tanda-tanda yang industri ebook akan bungkus. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku terhadap jualan buku-buku fizikal. Pada waktu catatan ini saya tulis, apa yang saya boleh katakan, dapatkan jualan untuk ebook adalah lebih mudah berbanding dapatkan jualan untuk buku fizikal.
Sebelum saya tamatkan perkongsian ini, saya ingin tegaskan bahawa menjual ebook seninya sedikit berbeza berbanding jual buku fizikal. In Shaa Allah saya akan kongsikan dilain kesempatan, topik tentang bagaimana cara nak dapatkan tempahan yang banyak untuk ebook lantas menjadikan bisnes jual ebook sebagai satu bisnes yang sangat untung.
Harap bermanfaat.