Apa dia panduan yang boleh dirujuk untuk memborong barangan dari China?

“Boleh tak kongsikan dengan saya, apa dia panduan atau buku yang saya boleh jadikan rujukan kalau saya nak buat bisnes jual barang yang saya import dari China kemudian jual balik ke pasaran Malaysia? Dari apa yang saya perhatikan, model bisnes macam ni nampaknya menguntungkan memandangkan dari segi kos, untuk beli produk China tidak begitu mahal.”

import-barangan-China

Dalam perniagaan, kita boleh hasilkan untung yang besar, jika modal ataupun kos untuk mendapatkan sesuatu barangan itu rendah.

 

Formulanya mudah sahaja, iaitu beli murah dan jual semula dengan harga yang lebih tinggi.

 

Konsep keusahawanan seperti ini, iaitu mengimport produk dari China untuk diniagakan semula di pasaran tempatan memang sudah lama dipraktikkan. Kalau tak percaya, anda boleh lihat sahaja produk atau barangan yang berada disekeliling anda.

 

Cuba perhatikan produk tersebut.

 

Besar kemungkinan, anda akan terjumpa tag berbunyi “Made in China” pada barangan tersebut. Ini menunjukkan, usaha membawa masuk barangan dari China dan dijual semula dipasaran tempatan memang sudah lama dilakukan.

 

Ketika kita sedang pening memikirkan, macam mana caranya nak bawa masuk barangan dari China untuk dijual balik di negara kita, rupa-rupanya memang dah ada banyak panduan yang ditulis, yang mana dari panduan tersebut kita boleh belajar macam-macam perkara untuk jual semula produk China.

 

Jadi dalam posting ini, saya akan senaraikan antara panduan yang anda boleh jadikan rujukan.

 

(1) Ebook Rahsia Taobao

panduan-borong-china

Anda boleh muat turun menerusi pautan ini.

 

Panduan ini akan mendedahkan cara-cara bagaimana nak borong barangan dari China secara online sahaja menggunakan laman web borong berbahasa cina, iaitu Taobao.com

beli-dari-laman-web-taobao

Selain menerangkan secara langkah demi langkah, macam mana nak buat pembelian dari laman web Taobao, pembaca juga akan diajar bagaimana caranya untuk menjual semula produk atau barangan yang dah diborong dari China secara online sahaja.

 

Anda borong secara online, dan apabila ingin menjual, anda jual juga secara online.

 

Terdapat lima lokasi yang anda boleh gunakan untuk dapatkan jualan bagi barang-barang yang telah anda borong dari China.

 

Satu kelebihan panduan ini, anda bukan sahaja akan pelajari cara untuk beli barangan dari China dengan harga yang murah, malahan anda akan pelajari juga kaedah untuk jual semula supaya anda boleh dapat untung.

 

Selain itu, anda juga akan ketahui teknik-teknik borong lain, sebagai contoh cara untuk memilih ejen yang betul untuk membantu anda borong barangan dari Taobao.

 

(2) Ebook Panduan Geng Borong China

panduan-borong-china

Geng Borong China.

 

Ini satu lagi panduan yang anda boleh rujuk jika anda betul-betul serius nak belajar macam mana cara nak borong barangan dari China.

 

Penerangan yang lebih lanjut tentang panduan ini, boleh dibaca menerusi laman web ini.

 

(3) Buku Panduan Memborong di China

panduan-borong-china

Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan sebagainya. Selain dari itu, jika anda ingin cara yang lebih mudah, juga boleh buat tempahan buku ini secara online sahaja.

 

Anda boleh dapatkan dari laman web Bookcafe dengan menekan klik pada pautan ini.

 

Buku Panduan Memborong di China ini mendedahkan tentang cara-cara memborong barangan dari China dengan cara kita pergi sendiri ke Negara China.

 

Dengan mengikuti dan membaca isi kandungan buku ini, kita boleh tahu apa sebenarnya persiapan dan persediaan yang perlu kita hadapi apabila ingin ke negara China.

 

Saya pernah ulas tentang buku berjudul Panduan Memborong di China ini dilaman web ini.

 

(4) Buku Borong Di China: “Ingat Senang Ke?”

borong-barangan-china

Buku berjudul Borong Di China: Ingat Senang ke? ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis yang biasa ke negara China untuk aktiviti borong.

 

Buku ini ditulis ala-ala travelog.

 

Saya sebelum ini pernah tulis tentang buku ini, dan anda boleh baca disini.

 

Buku ini boleh diperolehi secara online dengan membuat tempahan menerusi link ini.

 

Setakat waktu entri ini saya tulis, inilah dia antara panduan yang anda boleh rujuk. Jika anda tambahan, In Shaa Allah saya akan update semula posting ini dilain masa.

 

Bagi mereka yang perlukan panduan untuk memborong tu, bolehlah pilih mana-mana satu panduan yang dirasakan sesuai.

 

 

, ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Senarai panduan borong barangan dari China – Rahsia TaoBao – Panduan Borong Dari China - July 30, 2017

    […] rujukan kalau nak mulakan perniagaan import eksport barangan dari China. Sebenarnya saya ada buat senarai panduan memborong dari China yang anda boleh baca di laman web saya yang satu lagi, iaitu […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes