Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship?

Apa kelebihan buat bisnes menggunakan konsep dropshipping berbanding jual dengan cara biasa? Selama ni saya cuma jual produk yang ada dalam tangan saya sahaja. Kalau konsep dropship ni bagus, mungkin saya boleh pertimbangkan untuk cuba kaedah tersebut juga.

 

Boleh bagi pencerahan?

buat-bisnes-guna-sistem-dropship

Memang betul, buat bisnes menggunakan konsep dropship ada kelebihannya. Kebiasaannya, usahawan yang berniaga secara online, sama ada yang baru nak bermula, ataupun yang dah lama berniaga, akan menggunakan kaedah dropship dalam bisnes yang mereka jalankan.

 

Menggunakan kaedah dropship dalam perniagaan, tidak bermakna seseorang usahawan itu tak bagus, masih baru dalam bisnes atau tak ada modal nak berniaga. Kaedah ini boleh jadi merupakan salah satu strategi yang paling power untuk jana lebih banyak pendapatan dalam perniagaan.

 

Mari kita lihat, apa sebenarnya kelebihan yang anda bakal nikmati sekiranya menjalankan bisnes online melalui konsep dropship ini ya.

 

(1) Fokus pada satu kerja sahaja

Sebagai ejen dropship, kita hanya perlu fokus pada kerja-kerja pemasaran sahaja. Apabila berjaya dapat tempahan, kita akan hubungi pihak pembekal untuk mereka uruskan tempahan tersebut.

 

Pada waktu ini, kita dah tak perlu lagi disibukkan dengan hal-hal remeh seperti membalut produk, pergi beratur di pos laju untuk pos barang dan uruskan hal-hal berkaitan. Aktiviti ini agak remeh dan ia akan memakan masa yang agak panjang.

 

(2) Tidak perlukan modal yang besar

Melalui kaedah dropship, kita boleh mula berniaga pada hari ini juga walaupun kita tidak mempunyai modal yang besar. Malahan, perniagaan kita juga boleh dimulakan walaupun tanpa sebarang modal.

 

Anda boleh buat begini. Dapatkan maklumat beserta dengan gambar produk dari pihak pembekal. Seterusnya anda upload info tentang produk yang hendak dipasarkan itu di media sosial. Apabila ada tempahan, anda uruskan tempahan tersebut.

 

Dalam contoh yang ringkas ini, anda telah mulakan perniagaan tanpa guna sebarang modal. Sudah tentu, kalau anda mahukan hasil yang lebih baik, anda boleh keluarkan sedikit modal bagi tujuan pemasaran.

 

Pada hari ini, anda boleh jual sebarang produk di laman web ecommerce Shopee.

cara-buat-duit-dengan-shopee

Kalau anda pandai guna akaun media sosial seperti Facebook, bermakna anda juga pasti mampu gunakan laman web shopee ini. Cara guna tak banyak beza. Daripada anda gunakan facebook untuk berniaga dekat kawan-kawan yang mungkin tak minat dengan produk yang anda jual, baik cuba buat jualan kepada pembeli yang memang ramai di laman web shopee tu.

 

(3) Mudah untuk buat kajian pasaran

Bagaimana kita nak tahu sama ada sesuatu produk itu akan dapat permintaan atau tidak? Jawapannya ialah, kita buat kajian pasaran, atau dalam bahasa yang lagi mudah, kita test market.

 

Melalui konsep dropship, kita tak perlu ambil risiko untuk borong sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk dapatkan margin untung yang lebih tinggi. Jika produk itu diterima masyarakat, maka tindakan anda borong produk tersebut, untuk dijual semula mungkin boleh dikatakan satu tindakan yang tepat.

 

Bagaimana pula kalau produk tersebut kurang mendapat minat? Sanggupkah anda tanggung risiko produk tak terjual nanti? Dengan menggunakan konsep dropship ini, anda tak perlu nak tanggung itu semua.

 

(4) Cepat untuk masuk dalam pasaran

Jika anda biasa dalam perniagaan online, pasti anda akan perasan hampir setiap minggu (atau mungkin setiap hari) akan ada sahaja produk baru yang diperkenalkan di pasaran. Melalui kuasa viral, kita boleh tahu apa produk yang tengah viral dan apa produk yang tengah ramai orang minat nak beli.

 

Mungkin pernah terlintas di fikiran anda, yang anda juga mahu jual produk yang tengah viral, ketika ianya masih lagi panas! Produk yang viral ni biasanya dia akan laku dalam tempoh masa yang sekejap sahaja.

 

Kalau kata ia viral sebulan, maka dalam sebulan itulah, kita kena cepat bertindak dan jual produk yang sama. Kalau terlambat, kita mungkin tak dapat jualan seperti yang diharapkan. Mujurlah ada konsep dropship. Anda mungkin akan temui, salah seorang penjual produk yang tengah viral tu, juga boleh tawarkan anda program dropship supaya anda juga sama-sama dapat manfaat daripada kuasa viral tersebut.

 

Yang penting, kena cepat masuk dalam pasaran.

 

(5) Jual macam-macam produk dalam satu masa

Ini khusus untuk mereka yang mempunyai laman web perniagaan berkonsepkan ecommerce sendiri. Jika anda ingin bangunkan sebuah laman web ecommerce, maka anda perlu pastikan laman web anda itu nanti ada banyak produk.

 

Dekat mana nak dapatkan produk yang begitu banyak? Perlukah anda keluar modal untuk simpan stok produk? Ianya terpulang kepada strategi perniagaan anda. Kalau anda ada modal yang besar, bolehlah simpan stok produk. Jika tidak, anda boleh guna sahaja konsep dropship.

 

Jika anda tiada kepakaran untuk bina laman web ecommerce, anda boleh saja gunakan laman web shopee sebagai platform jualan.

 

(6) Anda akan mempunyai stok produk tanpa had

Kini anda tak perlu bimbang tentang kehabisan stok. Kebanyakkan usahawan dropship, mereka akan bersiap sedia dengan sekurang-kurangnya tiga orang yang mampu jadi pembekal. Kalau tak dapat tiga orang pembekal, dapat dua orang sahaja pun sudah kira baik.

 

Stok produk yang anda jual, adalah bergantung kepada stok produk yang dimiliki oleh pembekal-pembekal anda. Jika anda ada banyak pembekal, ini seolah-olah anda mempunyai stok produk yang tak akan pernah habis.

 

(7) Meningkatkan pendapatan

Bila anda hanya jual produk yang ada dalam tangan, anda meletakkan had pendapatan yang boleh diraih kepada setakat berapa banyak stok yang anda miliki dalam tangan. Sebaliknya jika anda gunakan kaedah dropshipping ini, anda meningkatkan lagi kebarangkalian untuk hasilkan lebih banyak pendapatan dan ianya tak terhad kepada setakat apa yang ada dalam tangan semata.

 

(8) Tiada keperluan untuk simpan barang

Seterusnya, anda tak perlu simpan barang.

 

Kalau anda cuma berniaga satu barang, mungkin tak jadi masalah untuk simpan barang jualan di rumah. Tetapi, bagaimana pula kalau anda jual 10 barang yang berbeza? 20 barang? 100 barang? 1,000 barang?

 

Setiap barang yang dijual pastinya perlu ada stok masing-masing. Ini bermakna anda perlu ada tempat penyimpanan barang yang cukup besar, untuk anda simpan barang-barang tersebut. Sampai satu tahap, anda perlu ada gudang penyimpanan anda sendiri.

 

Adakah masalah anda akan selesai jika ada gudang simpan barang sendiri? Tak tentu juga. Anda perlu ambil langkah tambahan, untuk memastikan barangan yang disimpan dalam gudang atau tempat simpanan tidak rosak ataupun dicuri.

 

Baiklah, berniaga menggunakan konsep dropship memang ada banyak lagi kebaikkan dan kelebihannya. Mungkin lepas ini, anda boleh cuba jual sekurang-kurangnya satu atau dua barang menggunakan konsep dropship, supaya anda lebih faham bagaimana ianya berfungsi.

 

Anda kini dah tahu teori, masa untuk praktikkan bisnes dropship anda sendiri.

 

Sekian dulu, semoga bermanfaat.

 

 

, , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Macam mana cara nak buat kerja dari rumah? - Soal Jawab .MY - November 21, 2018

    […] Sila baca tentang dropship disini: Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship? […]

  2. Buat duit tanpa modal di Shopee - Bagaimana caranya? - Soal Jawab .MY - November 23, 2018

    […] Baca disini: Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship? […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes