“Bagus ke gunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay dan guesthouse saya? Kalau betul bagus, boleh terangkan apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb ni?”
Rata-rata pengusaha bisnes homestay dan guesthouse di Malaysia, masih belum betul-betul memanfaatkan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay milik mereka.
Mereka masih lagi menggunakan cara tradisional, atau cara lama bagi mendapatkan pengunjung untuk datang menginap di kediaman mereka.
Apa yang dimaksudkan dengan cara lama? Ini antaranya.
- Buat promosi menerusi group whatsapp keluarga, saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah dan rakan-rakan yang tinggal di bandar yang sama
- Iklan menggunakan laman web mudah.my
- Iklan menggunakan khidmat penulisan advertorial dan review dari blogger
- Guna fliers, banner dan sebagainya
Kenapa tidak gunakan laman web Airbnb untuk promosikan perniagaan homestay anda? Jawapannya mungkin ada pelbagai.
Ada yang bimbang akan dapat penginap dari luar negara yang mungkin agak kasar sehingga merosakkan harta benda dalam rumah.
Ada yang tak berapa suka kalau rumah mereka disewa oleh penyewa non muslim.
Dan macam-macam lagi sebab.
Topik ini, akan saya kupas di lain masa, In Shaa Allah. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan ada kelapangan untuk menulis tentang topik ini. Dalam posting ini, saya nak cerita mengenai apa dia kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay anda.
Tanpa membuang masa, saya nak mulakan dengan poin saya yang pertama, iaitu-
(1) Semua maklumat tentang homestay dalam satu laman web yang SAMA
Satu masa yang tak begitu lama dahulu, jika saya ingin mencari tempat penginapan seperti homestay misalnya, saya akan buka laman web google dan mula menaip kata kunci seperti “homestay di Melaka”, “homestay murah di Melaka”, atau “homestay yang murah dan selesa di Melaka” sekiranya saya ingin menginap di Melaka.
Perkara ini sebenarnya agak leceh. Bukan mudah untuk temui homestay yang benar-benar cantik dan menepati kriteria jika hanya bergantung kepada laman web carian google. Mungkin ada pemilik bisnes homestay yang tidak mengiklankan homestay miliknya menggunakan laman web atau laman blog.
Boleh jadi juga, ada pemilik homestay yang menggunakan blog untuk buat promosi, tetapi dia tak berapa pandai dalam bab-bab Search Engine Optimization. Laman web tentang bisnes homestay mereka memang wujud, namun ia terletak di page paling belakang di laman carian google.
Serius! Jika laman blog atau laman web anda ada masalah seperti ini, anda baik mengupah seorang blogger yang memang biasa buat kerja-kerja SEO untuk bantu anda buat pemasaran.
Akan tetapi, dengan wujudnya laman web Airbnb, proses untuk mencari tempat penginapan jadi lebih mudah. Semuanya ada dalam satu laman web. Ibarat macam kita tengah tengok sebuah katalog.
Contohnya macam senarai di atas ini. Ini adalah sebahagian daripada tempat penginapan yang boleh kita pilih jika ingin bermalam di Cameron Highland.
Sekarang ni, saya tak perlu lagi bersusah payah nak google atau buka laman web mudah.my untuk cari homestay yang sesuai dengan keperluan saya. Gunakan sahaja laman web Airbnb.
Jika homestay anda tidak tersenarai di laman web Airbnb, sudah tentu orang macam saya, tidak akan jumpa homestay anda, sampai bila-bila.
(2) Laman web yang profesional dan memberikan info yang lengkap
Satu perkara yang saya suka dengan Airbnb ini ialah, setiap rumah yang tersenarai di situ ada dinyatakan secara jelas maklumat seperti
- Peraturan dalam rumah
- Apa kemudahan yang disediakan
- Apa yang boleh dilakukan dan yang tak boleh dilakukan
- Apa prosedur untuk cancel tempahan dan dapatkan refund
- Apa perlu dibuat jika ada pertikaian antara host dengan guest
Semua hal-hal ini ada dinyatakan dalam laman web Airbnb. Sebagai tetamu, kita perlu baca dan fahamkan setiap peraturan yang ditetapkan oleh pemilik rumah.
Dari pengalaman saya menginap di homestay milik pengusaha bisnes homestay tempatan, kebanyakkan mereka tidak memberitahu apa peraturan dalam rumah, apa kemudahan yang disediakan secara jelas dan banyak lagi info yang tertinggal.
Tetamu hanya tahu tentang peraturan tertentu tentang rumah tersebut, hanya pada hari dia nak check in. Jadi menerusi Airbnb, kedua-dua belah pihak boleh elakkan sebarang kejadian yang tak diingini dari berlaku.
(3) Satu dunia boleh lihat dan menginap di homestay milik anda
Anda boleh dapat pelanggan bukan setakat yang datang dari Malaysia, malahan orang dari luar negara juga boleh buat tempahan untuk menginap di kediaman milik anda.
Kalau tetamu dari dalam negara, mungkin mereka akan menginap paling lama pun dua malam sahaja. Sebaliknya, kalau tetamu dari luar negara, mereka mungkin akan menyewa untuk 7 malam sekaligus.
Bukankah ini bagus? Lagi lama seseorang tu menginap di homestay anda, maka lagi banyak yang bakal dia bayar kepada anda.
(4) Homestay anda akan turut dipromosikan menggunakan kaedah iklan berbayar Adwords
Kaedah pengiklan berbayar menggunakan Google Adwords adalah salah satu kaedah pengiklanan yang cukup berkesan.
Orang ramai masih lagi bergantung kepada laman web carian google sekiranya mereka ingin mencari maklumat tentang sesuatu perkara, termasuklah untuk mencari tempat untuk menginap disesuatu tempat. Lihat screenshot dibawah.
Sekiranya seseorang itu memerlukan tempat penginapan di Melaka, dia akan cari info tersebut menggunakan google, dan akan menaip kata kunci “homestay Melaka”. Hasilnya, iklan seperti diatas akan dipaparkan.
Bagusnya menggunakan laman web Airbnb ni ialah, anda tak perlu susah payah nak keluarkan duit anda sendiri untuk tujuan iklan. Biarkan sahaja pihak Airbnb yang iklankan untuk anda.
(5) Laman web Airbnb sangat bagus dari segi Search Engine Optimization
Dari pengalaman saya membuat carian di laman web google untuk mendapatkan maklumat tentang homestay, saya selalu jumpa laman web Airbnb tersenarai di muka surat paling hadapan.
Contohnya, semasa saya cari info tentang “homestay melaka” saya jumpa laman web airbnb ini dimuka surat kedua hasil carian google.
Sebenarnya, kedudukan ini memang sentiasa berubah-ubah. Ada hari dia akan masuk ke halaman kedua, dan ada hari-hari tertentu dia akan masuk ke halaman pertama. Apa yang pasti, laman web Airbnb memang bagus dari segi SEO.
Mungkin sebab mereka dah belanjakan banyak duit dalam kempen adwords.
(6) Tetamu anda boleh buat tempahan menggunakan travel credit
Apa benda travel credit ni? Travel Credit adalah satu nilai yang boleh digunakan untuk membuat tempahan di laman web AirBNB.
Anda juga boleh dapatkan travel credit dengan melayari laman web ini. Paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Apabila berada dihalaman seperti diatas, anda hanya perlu tekan butang Sign up to claim your credit untuk dapatkan travel credit anda sendiri.
Berita baiknya ialah, sebagai host, anda juga boleh berikan travel credit seperti ini kepada bakal penyewa homestay anda. Ia seolah-olah anda memberikan diskaun kepada tetamu anda, tanpa mengurangkan walau sedikitpun keuntungan dari sewa yang anda kenakan kepada tetamu anda.
Orang macam saya, memang suka dengan bila ada travel credit macam ni. Kalau boleh dapat potongan harga, apa salahnya, kan?
Anda boleh baca pengalaman saya buat tempahan homestay menerusi laman web Airbnb menggunakan travel credit sebelum ini. Silakan baca >> Bagaimana cara membuat tempahan menggunakan laman web Airbnb.
(7) Ada khidmat fotografi profesional bagi yang betul-betul memerlukan
Saya rasa, perkhidmatan fotografi profesional tidaklah begitu penting. Anda boleh lihat lain-lain listing yang pernah dibuat oleh host sebelum ini.
Cari host yang telah mendapat tittle Superhost dan tiru sahaja cara mereka ambil gambar. Dari segi sudut ambil gambar, pencahayaan, susun atur perabot dalam rumah, hiasan dalaman dan sebagainya.
Tapi kalau anda memang betul-betul tak boleh buat sendiri, anda boleh dapatkan khidmat fotografi dari wakil Airbnb dengan bayaran tertentu. Sila semak laman web airbnb untuk mengetahui berapakan kadar bayaran terkini yang dikenakan ya.
(8) Airbnb sebagai orang tengah sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara pemilik rumah (host) dengan tetamu (guest)
Ya, sudah tentu kita tak minta untuk berlaku sebarang masalah apabila kita menyewakan rumah kediaman kita. Namun, dalam 100 orang penyewa, mungkin kita akan bertemu dengan seorang yang buat masalah.
Apa tindakan anda?
Begitu juga dengan tetamu. Anda datang dari jauh dan mengharapkan homestay yang ditempah sama serupa dengan gambar-gambar yang anda lihat di internet, namun apabila anda sampai di homestay tersebut, tiba-tiba anda dapati ianya langsung tak serupa.
Atau anda mungkin diminta untuk menginap di kediaman yang berbeza dengan yang anda tempah. Jika berlaku hal seperti ini, apa tindakan anda sebagai tetamu?
Ya, kalau tanpa melalui Airbnb, anda perlu duduk berbincang dengan tuan rumah. Namun, proses ini mungkin akan makan masa yang lama dan membuang tenaga.
Buat tempahan menerusi Airbnb berbeza peraturannya. Jika terdapat sebarang pertikaian, anda boleh terus hubungi pihak airbnb dan biarkan Airbnb yang menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Anda tak perlu nak buang masa nak bincang-bincang dengan tuan rumah.
Biar Airbnb yang buat kerja mereka. Anda hanya perlu fokus pada tujuan asal kenapa anda datang bercuti ke sesuatu tempat. Itu sahaja.
Setiap hari, apabila saya buka laman web Airbnb, saya dapati jumlah listing dalam laman web mereka makin hari makin bertambah. Ada juga listing dari pengguna baru, dan ada juga listing dari pengguna sebelum ini.
Sebelum ini, mereka hanya menyenaraikan satu sahaja rumah kediaman milik mereka. Mungkin sebab bisnes yang bertambah baik, tak lama lepas tu, dia senaraikan property yang kedua, ketiga dan seterusnya.
Laman web Airbnb, jika anda bijak menggunakannya, ia dapat bantu anda menghasilkan wang yang lumayan menerusi sewaan rumah kediaman anda. Ini hanya sebahagian daripada kelebihan yang bakal anda nikmati.
Senarai ini, mungkin saya akan tambah dari masa ke masa, In Shaa Allah. Mungkin ada antara kelebihan lain yang saya belum cuba pada waktu entri ni saya catatkan buat pertama kali, jadi saya akan edit semula di masa akan datang.
Terima kasih kerana membaca, dan semoga perkongsian saya tentang kelebihan menggunakan laman web Airbnb ini bermanfaat untuk anda.
Sekiranya anda masih belum pernah dapat Travel Credit dari Airbnb sebelum ini, anda boleh dapatkannya dilaman web ini.