Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Apa yang dimaksudkan dengan nama akronim Airbnb?

January 3, 2019 by Sabree Hussin

Apakah sebenarnya terdapat maksud tertentu pada nama singkatan Airbnb atau ia sekadar nama yang tak ada sebarang maksud?

cara-betul-guna-airbnb

Laman web Airbnb adalah merupakan sebuah portal yang menghubungkan antara individu yang mencari tempat penginapan dengan individu yang mempunyai tempat penginapan atau ruang tamabhan untuk disewakan.

 

Sebagai individu yang memerlukan tempat untuk menginap, kita boleh menggunakan laman web Airbnb untuk menempah tempat penginapan seperti rumah jenis apartment, bilik hotel, hostel dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan kita juga boleh menemui tempat-tempat penginapan yang unik seperti vila, istana, bot, manor, rumah pokok, tipis, igloo, pulau persendirian dan harta benda lain.

 

Bagi pemilik kediaman, mereka boleh mendapatkan penyewa dengan lebih mudah apabila mereka menyenaraikan hartanah atau kediaman milik mereka di laman web Airbnb.

 

Memandangkan laman web Airbnb ini adalah laman web antarabangsa, kita boleh menempah tempat penginapan dimana-mana lokasi di serata dunia, yang menyertai program ini. Tempat penginapan yang terdapat di laman web dan applikasi Airbnb ini tidak terhad untuk tempat penginapan disatu-satu kawasan semata.

 

Sekiranya anda mempunyai tempat kediaman yang ingin disewakan, dan anda iklankan kediaman anda melalui laman web Airbnb, ada kemungkinan anda juga bakal menerima tetamu dari luar negara. Ini bermakna, bakal pelanggan anda tidak terhad kepada penduduk setempat atau sesuatu negara sahaja.

 

Tiada sebarang caj dikenakan untuk menyenaraikan atau meletakkan iklan di laman web Airbnb. Anda boleh mula dengan mendaftarkan akaun di laman web mereka secara percuma melalui pautan ini.

 

Idea tentang penubuhan Airbnb bermula sejak dari tahun 2007 lagi. Anda boleh baca temubual bersama pengasas bersama Airbnb iaitu Brian Chesky yang saya petik dari laman web Quora.

Joe [Gebbia – co-founder] and I had just moved to San Francisco and become roommates in 2007. Neither of us had a job and we needed money for rent. We were both designers and we knew the International Design Conference was coming to San Francisco in October, yet all the hotels were sold out.

We thought we could make some money if we rented out our place and turned it into a bed and breakfast. We got three airbeds and created a Web site called “Air Bed and Breakfast.” People signed up to rent the airbeds and we cooked them breakfast every morning and acted like tour guides. We didn’t mean to start a business. It just sort of happened. There was no flash of genius.

In the beginning, we didn’t realize that this would be the big idea. It was the thing that would pay the rent until we thought of the big idea. Gradually it became obvious that this was the big idea. Eventually we expanded beyond our apartment and our three airbeds and shortened the company name to Airbnb.

 

Sumber asal temubual ini adalah dari laman web Inggeris http://greylockvc.com, namun saya dapati laman web ini sudah tidak dapat diakses pada masa catatan ini saya lakukan.

 

Dari sini kita dapat mengetahui, yang nama Airbnb adalah berasal dari perkataan “Air bed and breakfast”. Ini merupakan konsep asal, bagaimana Airbnb bermula. Kemudian nama tersebut ditukar kepada satu nama yang lebih catchy dan lebih mudah disebut serta diingati.

 

Tempah tempat penginapan beserta pakej sarapan pagi

Konsep asal Airbnb, tetamu akan menempah tilam angin (tempat tidur) beserta dengan sarapan pagi. Namun, pada hari ini konsep sedemikian sudah tidak lagi digunakan secara meluas, dan kita boleh lihat dari laman web Airbnb itu sendiri, kita boleh tempah satu rumah (entire home) ataupun sekadar menempah bilik hotel.

 

Walaubagaimanapun, ada juga bilik-bilik yang kita tempah melalui Airbnb, turut menawarkan set sarapan pagi. Salah satu yang saya pernah tempah adalah semasa menginap di H Benjamin Residence yang terletak di Kundasang.

Baca juga: Pengalaman menginap di H Benjamin Residence, Kundasang

menginap-di-h-benjamin-residence-kundasang

Dari segi kos, untuk membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb tidaklah lebih murah kalau nak dibandingkan dengan lain-lain laman web yang terdapat diinternet. Harga dipengaruhi oleh faktor seperti jenis kemudahan yang disediakan, jenis kediaman, lokasi dan sebagainya.

 

Pengguna perlu tahu, pada setiap harga yang dipaparkan, mungkin akan terdapat harga atau kos lain yang tidak dinyatakan, misalnya

  1. Kos untuk bawa tetamu tambahan (additional guest)
  2. Kos pembersihan (cleaning fee)

 

Kesemua kos tambahan ini, akan kita ketahui pada step terakhir sebelum bayaran dilakukan. Satu lagi yang anda perlu tahu, untuk tempahan melalui laman web Airbnb, pengguna perlu membuat bayaran penuh, dan setakat ini Airbnb tidak menggunakan konsep bayaran deposit terlebih dahulu.

 

Sebelum nak pergi bercuti, kita bayar full payment terlebih dahulu. Kemudian pada hari kita akan bercuti, kita akan diberikan arahan bagaimana untuk mendaftar masuk ke rumah kediaman yang ditempah.

 

Sama ada kita akan diberikan kod akses, ambil kunci dipondok pagar ataupun berurusan dengan kaunter pendaftaran. Setiap rumah yang disenaraikan di Airbnb menggunakan sistem daftar masuk yang berbeza.

 

Saya berpendapat, ramai orang yang suka guna Airbnb sebab mudah untuk berurusan. Dari pengalaman saya sendiri, kebanyakkan rumah kediaman yang saya tempah melalui Airbnb, saya tak pernah jumpa dengan pemilik (host) rumah tersebut.

 

Segala urusan dan komunikasi dilakukan sama ada melalui whatsapp atau gunakan sistem mesej dari Airbnb sahaja. Begitu juga dengan proses untuk daftar keluar (check out). Kita sebagai tetamu yang menginap, dengan sendirinya perlu faham, yang kita perlu kosongkan kediaman yang kita sewa melalui Airbnb sebelum atau pada waktu akhir kita perlu mendaftar keluar.

 

Baiklah, jika anda masih belum pernah gunakan laman web Airbnb ini, sama ada untuk membuat tempahan tempat menginap, atau untuk sewakan homestay mahupun guesthouse milik anda, mungkin lepas ini anda boleh pertimbangkan untuk berbuat demikian.

travel-credit-dari-arbnb

Bagi menghargai kesudian anda membaca perkongsian saya ini, apa kata anda dapatkan travel credit Airbnb bernilai RM120 dari pautan ini. Syaratnya mudah sahaja, anda hanya perlu daftar sebagai ahli di laman web Airbnb.

 

Setelah menjadi ahli, anda boleh gunakan travel credit tersebut untuk dapatkan diskaun apabila buat tempahan di laman web Airbnb. Jika anda ingin buat duit melalui Airbnb, menerusi akaun yang sama, anda juga boleh mula mengiklankan homestay milik anda.

 

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang terdapat pada laman web Airbnb ini. Selain membuat tempahan tempat untuk menginap, sekarang ini kita juga boleh menempah aktiviti dan merasai pengalaman unik melalui laman web yang sama.

 

 

More from my site

  • Hukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solatHukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solat
  • Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada?Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada?
  • Soalan lazim dari tetamu kepada host di AirbnbSoalan lazim dari tetamu kepada host di Airbnb
  • Bagaimana cara untuk menambahkan follower di Instagram dengan pantas?Bagaimana cara untuk menambahkan follower di Instagram dengan pantas?
  • Apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay?Apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay?
  • Kenapa tak dapat register affiliate program lazada?Kenapa tak dapat register affiliate program lazada?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Airbnb

Recent Posts

  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?
  • Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • Apa contoh kerja yang boleh dilakukan untuk individu lepasan SPM?

Recent Comments

  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia
  • Sabree Hussin on Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya?
  • Sabree Hussin on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?
  • RISMA ANDIANI on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?

Archives

  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2022 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...