Apakah terdapat cara, teknik ataupun strategi yang betul untuk jual ebook? Sekiranya saya minat nak jadi usahawan yang menjual dan mengeluarkan produk-produk ebook, boleh tak kongsikan pada saya macam mana nak hasilkan jualan yang banyak untuk ebook yang bakal saya keluarkan nanti?
Artikel ini adalah kesinambungan bagi artikel sebelum ini yang berjudul “adakah bisnes jual ebook masih relevan dan menguntungkan?“
Pada penghujung artikel tersebut, saya ada selitkan bahawa saya akan kongsikan serba sedikit pengetahuan yang saya ada, bagi memastikan jualan untuk produk ebook ini nanti cukup memberangsangkan. Saya telah uji sendiri teknik ini untuk ebook saya sendiri, dan saya perhatikan kebanyakkan ebook milik usahawan lain, yang saya terlibat secara langsung untuk promosikan hingga berjaya dapat jualan, turut menggunakan teknik dan strategi yang lebih kurang sama.
Saya akan sentuh satu per satu, dan akan terangkan dengan sebaik mungkin. Mudah-mudah apa yang bakal saya kongsikan nanti, akan dapat beri manfaat dan impak yang positif untuk perniagaan ebook yang bakal anda jalankan nanti.
Bila kita bercakap mengenai industri ebook, ia sebenarnya tak jauh beza dengan industri buku. Jika kita pergi ke kedai buku, kita akan lihat ada banyak buku dari pelbagai topik. Ada buku akademik, rujukan agama, novel, fiksyen, bukan fiksyen, dan macam-macam lagi.
Dari sudut penulisan, kita boleh kelaskan karya penulisan ini kepada dua jenis iaitu penulisan kreatif dan juga penulisan bukan kreatif (non-creative).
Kalau penulisan kreatif ini adalah seperti novel, fiksyen, syair, sajak, puisi dan sebagainya.
Manakalah bagi segmen non creative adalah seperti rujukan, ensiklopedia, buku akademik, buku jenis how-to dan sebagainya.
Ada penulis yang menerbitkan hasil karya mereka dalam dua versi. Pertama versi ebook dan satu lagi versi cetak. Lazimnya, versi cetak harganya lebih mahal berbanding versi ebook. Harga yang ditetapkan ini mungkin setelah diambilkira kos-kos seperti cetakkan, logistik, simpanan dan lain-lain.
Manakala dalam versi ebook atau digital, tiada kos sedemikian, dan ebook boleh dijual dengan harga yang lebih rendah. Sudah tentu anda boleh cetak sendiri halaman dalam ebook yang anda rasakan menarik. Namun kos mencetak kandungan dari ebook kepada buku akan ditanggung oleh anda sendiri.
Dari segi kos, ia mungkin lebih jimat kalau anda beli sahaja versi cetak berbanding anda cetak sendiri. Oleh kerana saya tak cadang nak pergi dengan lebih mendalam tentang jenis-jenis ebook, dan apa strategi yang sesuai untuk setiap ebook yang berbeza, maka saya pilih untuk fokus pada ebook kategori how to.
Ebook dalam kategori ini, lebih mudah dihasilkan dan kalau nak buat untung yang banyak, anda patut pertimbangkan untuk fokus pada ebook jenis ini. Penerangan saya seterusnya adalah lebih fokus kepada ebook jenis ini.
Masih tak berapa jelas, apa yang saya maksudkan tentang ebook kategori how to? Ini contohnya…
Contoh 1
Anda mungkin ada pengalaman memborong barangan dari China secara online sahaja. Jadi, anda mungkin ingin tulis sebuah ebook yang menerangkan tentang cara-cara bagaimana borong barangan China secara online dan dapat tawaran yang terbaik.
Ebook seperti ini telahpun diterbitkan dan diberi nama Rahsia Taobao.
Contoh 2
Anda ada pengalaman buat duit online menerusi program google adsense. Jadi anda rasa nak ajar orang lain, macam mana mereka juga boleh jadi seperti anda. Lalu anda pun tulis sebuah panduan yang mengajar macam mana nak buat duit dengan Adsense.
Ya, panduan seperti ini juga pernah ditulis dan diberi nama Raja Adsense.
Ebook dalam kategori how-to fokusnya adalah untuk mengajar cara-cara untuk melakukan sesuatu. Apa-apa sahaja.
- How to play golf?
- How to raise a child?
- How to invest in gold
- How to invest in properties
Kalau ebook yang bakal ditulis itu nanti adalah dalam bahasa Malaysia, tukarkan sahaja tajuknya kepada “bagaimana cara untuk …”
Jom kita lihat, apa dia strategi yang boleh anda gunakan bagi tujuan menghasilkan jualan untuk ebook yang bakal anda keluarkan nanti.
(1) Design ebook ecover
Ada sebab kenapa boleh terhasilnya pepatah inggeris yang berbunyi “don’t judge the book by its cover”. Manusia memang akan menilai sesuatu perkara dari luaran.
Penilaian awal, memang akan kita buat menerusi apa yang kita nampak dari luaran.
Saya bawakan contoh ebook rahsia 1688 ini. Apabila prospek melihat design ecover yang menarik dan kemas macam ni, secara tak langsung ini akan buatkan mereka jadi minat untuk tahu dengan lebih lanjut apa yang bakal dia dapat apabila memiliki ebook tersebut.
Kalau anda ada kemahiran untuk buat design sendiri, itu satu bonus buat anda. Saya sendiri, tak pandai dalam bab-bab design. Jadi saya akan upah orang lain untuk buatkan. Salah satu tempat yang biasa saya pergi untuk dapatkan khidmat designer adalah di laman web freelance fiverr.com
Dengan kos serendah USD5 saya boleh dapatkan khidmat design ebook ecover yang boleh tahan cantiknya. Bila ebook kita ada design yang sedap mata memandang, barulah orang akan mula beri perhatian terhadap tawaran kita.
(2) Halaman jualan untuk ebook
Anda perlu cipta sebuah laman web khas untuk jual ebook tersebut. Ada beberapa konsep laman web jualan yang anda boleh gunakan, misalnya konsep ecommerce, blogshop ataupun minisite.
Kalau anda perasan, di laman web seperti Lazada Malaysia dan juga shopee sekarang ini juga sudah ada penjual ebook.
Menjual menggunakan konsep laman web ecommerce ini kurang berkesan kalau nak bandingkan dengan anda menjual menerusi laman minisite.
Guna ecommerce, anda akan longgokkan banyak produk dalam satu laman web. Tumpuan bakal pembeli dengan mudah akan diganggu dengan lain-lain produk yang turut dijual dilaman web yang sama.
Berbeza dengan menggunakan minisite. Dalam sebuah minisite, hanya ada satu ebook sahaja yang dijual. Jadi tumpuan dan fokus dapat diberikan sepenuhnya terhadap tawaran yang dipersembahkan.
Terdapat banyak perisian yang anda boleh gunakan bagi membina laman jualan ebook anda. Sekiranya anda ingin jual banyak ebook, dan bimbang kos untuk bina website terlalu tinggi, anda boleh bina website menggunakan servis percuma dari blogspot sahaja.
Untuk dapatkan design yang cantik tanpa perlu berbelanja besar, boleh gunakan sahaja perisian seperti
Selepas anda ada perisian ini, anda boleh bina unlimited website menggunakan servis percuma blogspot sahaja.
(3) Penggunaan surat jualan atau sales letter
Surat jualan atau juga dikenali dengan nama sales letter dihasilkan bagi tujuan meyakinkan bakal pelanggan bahawa keputusan untuk membeli sesuatu ebook itu adalah keputusan yang paling tepat. Melalui sales letter inilah, pembaca boleh tahu apa kelebihan, keuntungan, fungsi, ciri dan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila beli dan download ebook tersebut.
Sales letter ada yang panjang dan ada juga yang pendek. Tak kisah sama ada panjang atau pendek, apa yang penting ialah ianya disediakan bagi tujuan menjual ebook tersebut.
Lazimnya, kalau ebook tersebut mahal, iaitu harga sekitar RM100 dan keatas, sales letter yang digunakan juga agak panjang. Jika ebook murah, tak perlu letakkan sales letter yang panjang berjela.
(4) Testimoni pembaca dan pembeli
Testimoni dari pembaca dan pembeli terdahulu, sangat memberi impak kepada kejayaan anda menjual ebook yang dihasilkan. Untuk ebook jenis how-to, tak cukup kalau sekadar menggunakan testimoni seperti
Ebook ini sangat seronok dibaca
Penyampaian yang mudah difahami
Saya lebih faham tentang selok belok topik perniagaan selepas baca ebook ini
Walaupun testimoni tersebut baik dan positif, namun dari segi impak, ia kurang meyakinkan bakal pembeli untuk keluarkan duit dan beli ebook tersebut. Kalau ebook jenis how to, lebih baik menggunakan testimoni yang mengemukakan bukti bahawa kandungan ebook tersebut betul-betul membantu dan dapat berikan hasil yang diharapkan.
Kurang jelas? Ok begini. Katakanlah ebook yang anda akan hasilkan nanti adalah ebook yang memberi panduan tentang macam mana cara nak hasilkan pendapatan menerusi program adsense.
Testimoni yang bakal anda paparkan sepatutnya adalah testimoni dari pembaca sebelum ini, yang ikuti teknik-teknik yang anda ajarkan hingga dia berjaya dapat hasil.
Saya juga pada peringkat awal, merujuk kepada banyak panduan google adsense sebelum berjaya hasilkan pendapatan.
Sekarang ini, secara purata, saya boleh dapat lebih kurang USD1 setiap hari. Tak kisahlah sama ada waktu tu saya update blog atau tidak, income dari adsense tetap jalan. Ini merupakan satu program buat duit yang sangat bagus untuk diceburi.
Apabila bakal pelanggan lihat, ada success stories dari pelanggan terdahulu, dari situ barulah akan datang minat untuk beli ebook yang anda jual.
(5) Jaminan dari penjual
Apa jaminan bahawa pelanggan akan puas hati dengan ebook yang bakal dibeli? Kita lihat situasi apabila kita beli buku di kedai buku ya.
Biasanya sebelum beli, pelanggan boleh selak-selak dan baca beberapa muka surat tanpa bayar apa-apa. Kalau buku tersebut dalam keadaan berbalut sekalipun, pelanggan boleh minta bantuan staf untuk dapatkan browsing copy. Kalau puas hati, baru beli.
Tapi situasinya berbeza dengan ebook. Bakal pelanggan tak boleh nak tengok-tengok dulu isi kandungan sebelum beli. Jadi, macam mana nak yakinkan pelanggan untuk beli?
Ada beberapa cara yang biasa dilakukan, pertama, berikan sampel ebook dengan beberapa bab yang tak lengkap. Andai kata ebook anda tu mengandungi 10 bab, anda hanya berikan 2 bab sahaja sebagai sampel.
Itu mungkin masih belum cukup untuk buat pelanggan anda yakin. Jadi kita gabungkan dengan cara kedua, iaitu beri jaminan yang pelanggan akan puas hati bila beli. Apa bentuk jaminan yang biasa anda nampak?
Satu contoh jaminan yang cukup KUAT adalah jaminan wang dikembalikan. Kalau anda perasan, ada banyak juga laman web jenis minisite yang jual ebook, pasti akan letakkan jaminan wang dikembalikan jika tak puas hati.
(6) Bonus tambahan
Anda dapat tingkatkan peluang untuk jual lagi banyak ebook, apabila anda pakejkan ebook anda itu dengan ebook lain. Kita namakan ia sebagai strategi bonus.
Lihat contoh ebook Rahsia 1688 ini.
Sebenarnya ebook utama yang dijual ialah ebook berjudul Rahsia 1688 itu sahaja. Tetapi, bagi membuatkan pelanggan merasakan pembelian tersebut berbaloi, pihak penulis ebook berikan juga ebook bonus sebagai tambahan.
Dalam contoh diatas, ebook bonus ialah Panduan Market Research dan Kajian Kes (case studies). Ada ketikanya, bakal pelanggan anda mungkin sudah tahu macam mana cara nak borong barangan dari China secara online dengan selamat. Cuma bahagian yang dia tak pandai ialah cara nak buat kajian pasaran.
Dengan adanya ebook bonus Panduan Market Research, ini berpotensi untuk buatkan pelanggan ini buat pembelian. Dia beli pun sebab berminat dengan ebook bonus tersebut.
(7) Strategi Add On untuk tingkatkan keuntungan
Anda nak caj harga yang lebih tinggi untuk ebook anda? Lagi tinggi harga yang anda tetapkan, bermakna lagi tinggi untung anda. Tapi, anda kena fikir juga apa tanggapan bakal pembeli apabila anda letakkan harga yang mungkin tak munasabah bagi dirinya.
Bayar beratus-ratus RM semata-mata untuk ebook… berbaloi ke? Memang ada orang yang berfikiran macam ni. Bagi dia, tak berbaloi beli ebook.
Mungkin dia sangka, apa yang buatkan sesuatu ebook itu mahal harganya, adalah bilangan muka surat. Tapi sebenarnya bukan begitu. Sesuatu ebook mempunyai nilai yang tinggi disebabkan oleh informasi yang dimuatkan dalam ebook tersebut.
Kalau informasi tersebut cukup susah dicari, dan tak mungkin ditemui ditempat lain, selain di ebook anda, masa ini anda boleh letakkan harga yang lebih tinggi.
Sekiranya anda nak letakkan harga yang lebih tinggi untuk ebook anda, apa yang saya boleh syorkan adalah untuk anda wujudkan beberapa pakej, contohnya
Pakej basic – Ebook Utama dan bonus
Pakej immediate – Ebook Utama, bonus dengan tambahan rakaman seminar dan bengkel
Pakej advance – Semua yang ada dalam pakej immediate dengan tambahan case studies, template, software, tiket seminar percuma, personal coaching
Dengan mewujudkan pelbagai pakej, anda boleh dapat untung lebih banyak.
(8) Kandungan ebook yang sentiasa up to date
Bagi memastikan jualan ebook anda sentiasa tinggi, anda perlu pastikan ebook tersebut sentiasa dikemaskini kandungannya. Tak perlu nak selalu kemaskini. Proses kemaskini itu boleh dilakukan mengikut sela masa yang sesuai.
Jika informasi sentiasa berubah, anda mungkin boleh keluarkan edisi kemaskini setiap 6 bulan. Ataupun kalau informasi dalam buku itu sentiasa relevan, anda boleh keluarkan edisi kemaskini setiap tahun. Misalnya,
Edisi 2018, edisi 2019 dan seterusnya.
Pembeli yang terdahulu akan dapat edisi kemaskini secara percuma sahaja. Manakala pembeli yang baru, terpaksa beli dengan harga yang lebih tinggi, setiap kali ada kemaskini pada ebook.
Baiklah, saya kira dah cukup banyak yang saya kongsikan disini. Untuk elakkan daripada artikel ini jadi panjang berjela-jela, saya rasa lebih baik saya berhenti dulu setakat ini. In Shaa Allah, saya akan sambung perkongsian tentang teknik menjual pula selepas ini.