Bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya?

“Saya dengar, ada orang yang boleh buat duit dengan blog miliknya. Namun saya masih tak berapa jelas lagi, macam mana sebenarnya blog tersebut boleh menjana pendapatan untuk pemiliknya?”¬†

cara-buat-duit-dengan-blog

Soalan ini memang cukup popular, dan saya juga kerap ditanyakan soalan yang sama. Terbaru, semasa saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar menaiki penerbangan dengan Air Asia, saya juga ditanya soalan yang sama.

 

Masa tu kebetulan saya tak beli seat. Jadi terpaksa duduk je mana-mana tempat yang diberikan oleh sistem Air Asia. Saya duduk bersebelahan dengan seorang ejen Unit Trust (Unit Trust Consultant). Bila saya kata, yang saya adalah seorang blogger full time, soalan yang sama ini juga yang ditanyakan kepada saya.

 

Jadi, macam mana nak buat duit dengan blog?

 

Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk hasilkan pendapatan dari blog milik anda. Namun, satu yang perlu saya tekankan disini, proses untuk buat duit dari blog mungkin akan ambil masa yang agak lama. Ibarat kita tanam pokok buah. Bukannya hari ni tanam, esok terus berbuah. Jadi dalam keadaan ini, perlunya kesabaran dan konsistensi dalam menghasilkan blog yang berupaya untuk menghasilkan pendapatan.

 

Mari kita lihat antara kaedah-kaedah yang biasa digunakan untuk hasilkan pendapatan menerusi laman blog.

 

(1) Jana pendapatan dengan blog menerusi program pengiklanan

Ini cara yang paling POPULAR. Mungkin, cara ini adalah salah satu cara yang paling mudah yang diamalkan oleh ramai penulis blog diluar sana untuk menjana pendapatan.

 

Terdapat beberapa pilihan untuk jana pendapatan menerusi program pengiklanan, dan antara yang popular adalah seperti

  1. Google Adsense
  2. Bidvertiser
  3. Nuffnang

 

Sebenarnya, senarai syarikat atau laman web yang menawarkan peluang untuk kita sertai sebagai penyiar iklan (publisher) ada banyak lagi. Daripada senaraian yang saya berikan, saya dah pernah menerima bayaran dari syarikat Nuffnang sejak dari tahun 2013 lagi.

jana-pendapatan-dari-blog

Saya juga pernah rasa pendapatan dari Bidvertiser, cuma jumlahnya tidaklah begitu besar. Atas sebab-sebab tertentu, saya sudah tidak menyiarkan iklan dari Bidvertiser dalam blog-blog milik saya. Sekarang ni, saya cuma siarkan iklan dari Nuffnang sahaja.

 

Untuk buat lebih banyak duit menerusi program pengiklanan ini, anda perlukan banyak pelawat yang masuk dalam laman blog milik anda. Untuk cari pelawat, atau trafik, mungkin bukan mudah. Kalau anda lihat, ada blogger yang menulis topik yang mengarut, memfitnah, menipu, dan sebagainya, besar kemungkinan dia sebenarnya nak buat duit dengan program iklan seperti ini.

 

(2) Menyertai program affiliate dan buat duit dengan menulis review, pengalaman atau sebarang topik berkaitan dengan produk atau perkhidmatan tertentu

Menyertai program affiliate juga merupakan satu lagi kaedah yang cukup baik untuk buat duit menerusi medium blog. Dalam program affiliate, kita akan dibayar sama ada mengikut

(i) Jumlah jualan yang berjaya dihasilkan (Cost Per Sales)

Contohnya program affiliate Lazada Malaysia

 

(ii) Jumlah klik yang berjaya diterima (Cost Per Click)

Contohnya program affiliate Trivago. Anda akan dibayar 80 sen untuk setiap klik pada link affiliate milik anda.

 

(iii) Jumlah pendaftaran yang berjaya diperolehi (Cost Per Action) 

Contohnya program refferal Involve Asia Publisher referral program (CPA) akan membayar anda RM5 untuk setiap pendaftaran baru yang anda terima.

buat-duit-dengan-program-affiliate-involve-asia

Program affiliate ini anda boleh daftar menerusi laman web Involve Asia. Klik sini untuk daftar secara percuma sahaja.

 

Sekiranya anda perlukan info yang lebih padat, jemput baca artikel saya yang sebelum ini.

Klik untuk baca:

(1) Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada?

(2) Bagaimana cara mempromosikan rangkaian produk dalam program Affiliate Involve Asia

 

(3) Menyewakan tapak iklan untuk iklan jenis banner

Lazimnya, jika laman blog anda sudah popular dan terbukti mempunyai jumlah pengunjung yang ramai, anda boleh sewakan ruangan dalam blog anda kepada usahawan atau individu yang berminat. Contohnya adalah iklan jenis banner yang sesuai disiarkan dibahagian side-bar blog anda.

Bergantung kepada jumlah trafik dan tahap populariti blog anda. Jika blog anda mempunyai trafik yang sangat banyak, mungkin melebihi 10 ribu dalam sehari, anda boleh sewakan dengan kadar sekitar RM100 – RM500 sebulan. Itupun bergantung kepada kesanggupan pelanggan untuk sewa tapak iklan di blog anda.

 

(4) Menawarkan servis penulisan artikel iklan sama ada dalam bentuk artikel review mahupun advertorial

Kaedah ini juga dikenali sebagai sponsored post.

 

Disini, anda akan menulis artikel tentang sesuatu produk, perkhidmatan, ataupun perniagaan milik mana-mana usahawan yang minat nak dapatkan khidmat penulisan dari anda. Review tersebut dilakukan bagi tujuan mempromosikan perniagaan milik usahawan tersebut.

 

Contohnya artikel ini >> Pengalaman menginap di Homestay Melaka Bukit Katil bersama keluarga

 

Artikel tersebut adalah artikel berbayar, dan pemilik homestay tersebut telah meminta saya menulis tentang homestay miliknya.

 

(5) Menyertai kontes atau peraduan untuk blogger yang menawarkan hadiah dalam bentuk wang tunai

Sepanjang saya menjadi penulis blog, saya juga telah beberapa kali menyertai pertandingan yang dianjurkan khusus untuk blogger. Biasanya, pertandingan yang saya sertai adalah pertandingan jenis SEO Contest. Hadiah adalah dalam bentuk wang tunai.

 

Sudah tentu, untuk buat duit dengan cara ini, anda perlu memenangi pertandingan tersebut terlebih dahulu.

 

(6) Menyertai sebarang peraduan untuk blogger, jika hadiah dalam bentuk barang, jual barang tersebut untuk ditukar kepada wang tunai

Bukan semua peraduan yang dianjurkan untuk blogger, menawarkan hadiah dalam bentuk wang tunai. Ada juga yang menawarkan hadiah dalam bentuk barang. Jika anda menang, dan tak mahu barang tersebut, boleh sahaja anda jual.

 

Dengan cara ini, anda juga akan dapat wang tunai. Cuma mungkin nak jual dengan harga pasaran agak susah nak cari pembeli yang minat.

 

(7) Menjual produk atau perkhidmatan menerusi blog anda

Jika anda menjual sesuatu, tulislah tentang produk yang anda jual di laman blog milik anda. Ceritakan perkara-perkara seperti

  1. Pengalaman anda menggunakan produk tersebut
  2. Pengalaman anda berurusan dengan pelanggan
  3. Pengalaman pengguna lain yang pernah mencuba produk anda
  4. Cara-cara terbaik untuk menggunakan produk anda

 

Nasihat saya kepada mereka yang belum ada blog personal, mulakanlah sekarang. Kita tak tahu, bila dalam hidup kita, yang kita akan mula berniaga. Saya pun dulu tak pernah rancang nak buat bisnes sendiri.

 

Saya tulis blog pun sekadar suka-suka. Satu hari, saya join bisnes network marketing yang produk utamanya adalah simkad buat duit.

 

Saya mula menulis secara aktif tentang simkad tersebut dalam blog saya. Kesannya? Saya berjaya dapat ramai pelanggan hanya dari blog. Mereka adalah terdiri daripada pembaca dan pelawat blog saya.

 

Tak kira apa bisnes yang anda sedang jalankan, atau bakal jalankan. Jika anda menulis tentang bisnes anda di laman blog milik anda, saya yakin, jika dibuat dengan teknik yang betul, anda juga bakal dapat ramai pelanggan yang terdiri daripada pembaca blog anda.

 

(8) Bina blog, masukkan konten yang relevan dan bila blog dah mula ada pelawat, cari pembeli yang minat dengan blog tersebut

Cara ni juga dikenali sebagai web-flipping.

 

Dalam kaedah ini, kita membina dan menghasilkan sebuah blog dengan matlamat untuk jual semula kepada individu yang mungkin berminat. Contohnya laman blog ini, iaitu soaljawab.my

 

Satu hari nanti, saya tidak menolak kemungkinan dan kebarangkalian untuk saya jual laman blog ini, jika ada yang memberi tawaran yang menarik kepada saya. Buat masa ni, saya akan tulis dengan sebaik mungkin, dan In Shaa Allah, apabila blog ini sudah mempunyai pelawat yang konsisten, mungkin pada waktu tu saya akan jual blog ini.

 

Saya tidak nafikan, diluar sana mungkin ada lagi cara yang lebih unik, pelik dan eksotik, yang orang kita gunakan bagi tujuan buat duit dengan blog. Namun, apa yang saya senaraikan disini, adalah cara-cara yang saya sendiri gunakan dan yang telah terbukti memberikan pendapatan kepada saya.

 

Jika anda rasakan, bidang penulisan blog ini sesuai untuk anda, mulakanlah sekarang. Seperti yang telah saya nyatakan awal-awal tadi, untuk merasa pendapatan dari blog, ianya memang akan ambil masa. Justeru, mulakanlah seawal yang mungkin, supaya dengan demikian, mudah-mudahan blog anda akan mula hasilkan pendapatan, pada ketika anda terdesak perlukan duit.

 

Wallahua’lam.

 

 

, ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Buat duit dengan menulis - Bagaimana caranya? - Soal Jawab .MY - November 14, 2017

    […] Saya tidak menulis di Facebook, atau mana-mana laman web media sosial. Saya hanya fokus kepada menulis di laman blog sahaja. Anda mungkin berminat nak baca perkongsian saya sebelum ini yang berjudul “Bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya“. […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes