“Boleh tak guide saya cara beli borong barang dari China secara online? Saya memang serius nak beli borong tapi tak berani.”
Beli barang dari China bukannya susah sangat. Pada hari ini, kita boleh beli sahaja secara online. Tak perlu lagi nak bersusah payah untuk ke negara China untuk dapatkan bekalan barangan untuk diniagakan.
Untuk sesetengah orang, mereka mungkin lebih selesa untuk pergi sendiri ke China dan borong barang di sana. Anda boleh ikuti perkongsian pengalaman usahawan-usahawan borong dari China menerusi catatan dibawah.
Klik untuk baca:
Para usahawan borong dari China ini telah membukukan pengalaman yang mereka lalui bagi kemudahan kita para pembaca untuk mengetahui apa yang menanti kita apabila berangkat sendiri ke China.
Adakah anda ingin ke China untuk memborong disana?
Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum nak berangkat ke China bagi tujuan ekspedisi borong. Soal modal, dokumen perjalanan, tempat penginapan, makanan, faktor bahasa, kat mana nak pergi untuk borong, bila masa yang sesuai untuk ke China dan macam-macam lagi.
Berkenaan dengan isu dokumen perjalanan. Mungkin ada antara pembaca sekalian yang dihalang untuk keluar dari negara Malaysia atas beberapa sebab. Kebiasaannya disebabkan oleh masalah hutang.
Ada juga individu tertentu yang tak mungkin untuk keluar negara atas faktor kesihatan, dan mungkin juga sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja. Saya sedia maklum, ada sesetengah orang memang cukup susah nak ambik cuti, walaupun annual leave yang diperuntukkan ada banyak.
Maka kelihatan kat sini, opsyen yang baik untuk dapatkan barangan dari China adalah dengan borong secara online sahaja.
Nak borong dari China secara online tapi tak berani…
Samalah kes dengan orang yang tanyakan soalan ini kepada saya. Hajat dihati memanglah nak beli barang secara online sahaja, tetapi tak berani.
Ada macam-macam perkara yang menjadi penghalang dan membuatkan kita takut. Antaranya takut kena tipu, takut barang tak sampai, takut barang rosak, takut salah order barang, dan macam-macam lagi jenis ketakutan.
Saya berpendapat, ketakutan ini boleh dihilangkan dengan syarat anda mempunyai ilmu untuk beli borong dari China secara online. Salah satu tempat TERBAIK untuk belajar cara-cara nak borong dari China adalah dengan merujuk panduan ini.
Panduan ini boleh dimuat turun dengan menekan klik pada pautan ini.
Saya percaya dan yakin, jika anda ada ilmu untuk borong dari China, anda tidak akan rasa takut untuk beli sahaja secara online.
Sebenarnya terdapat beberapa nama laman web ecommerce yang popular yang anda boleh gunakan untuk tujuan borong barangan dari China. Antaranya
(1) Taobao.com
(2) DH Gate
(3) Ali Baba
(4) Ali Express
Keempat-empat laman web yang saya senaraikan ini adalah contoh laman web borong dari China yang memang popular. Antara keempat-empat ini, nama Taobao semakin kerap disebut-sebut dalam kalangan usahawan borong berbanding lain-lain laman web borong dari China.
Untuk pengetahuan anda, laman web Taobao adalah milik syarikat Ali Baba. Syarikat Ali Baba memperkenalkan Taobao.com bagi segmen pasaran khusus untuk usahawan borong membeli barangan dari China dengan harga borong, walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Kebiasaannya, untuk anda dapat harga borong, anda perlu beli dalam jumlah yang agak besar. Namun dengan adanya Taobao.com, beli dalam kuantiti yang kecil juga masih dapat harga murah. Anda boleh buat sendiri perbandingan harga jika anda mahu.
Fahami sistem keselamatan pada setiap laman web borong
Bagi setiap laman web yang berbeza, mereka menggunakan sistem keselamatan yang berbeza juga. Fahami setiap sistem yang digunakan sebelum anda melakukan sebarang transaksi.
Dalam kebanyakkan transaksi secara online, anda tidak akan membayar terus ke akaun peribadi penjual sebaliknya anda akan buat bayaran ke akaun pemilik laman web. Saya ambil contoh jika anda ingin buat pembelian di laman web Alibaba.
Sebarang pembayaran adalah kepada akaun Ali Baba. Anda tidak dibenarkan untuk buat bayaran terus kepada penjual, dan jika ada penjual yang meminta anda untuk buat bayaran ke akaun peribadi miliknya, sila elakkan berbuat demikian, tak kira walau apa tawaran sekalipun.
Flownya ialah, anda buat bayaran kepada pihak Ali Baba. Penjual akan hantar barang seperti yang anda mahukan kepada anda. Setelah barangan sampai dan anda puas hati dengan pembelian, barulah pihak Ali Baba akan bayar kepada penjual.
Dalam situasi ini, anda mendapat perlindungan dari pihak Ali Baba. Bagi memastikan pihak penjual dapat bayaran, dia akan memastikan tempahan anda diuruskan dengan baik.
Sebenarnya konsep yang lebih kurang sama turut dilakukan dalam banyak platform jual beli secara online. Kalau kat Malaysia, saya bagi contoh laman web iLancee.
Klik untuk baca: Kerja dari rumah dengan iLancee
Pihak iLancee juga mengamalkan konsep yang sama. Penjual hanya akan terima bayaran setelah pembeli benar-benar puas hati dengan barangan atau servis yang dibeli.
Selain merujuk kepada sistem keselamatan pada pembayaran, anda juga boleh rujuk kepada sistem feedback yang digunakan. Dari sistem feedback ini, secara tak langsung kita dapat mengetahui status penjual dan reputasi penjual tersebut.
Beli menerusi ejen borong
Bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk membuat pembelian secara online, terdapat banyak ejen yang boleh bantu anda. Pada waktu catatan ini ditulis, saya tidak mempunyai senarai penuh siapa ejen yang anda boleh berurusan.
Walaubagaimanapun, saya boleh cadangkan anda untuk berurusan dengan syarikat EZ Buy Malaysia. Syarikat ini boleh bantu anda membeli barang secara borong dari laman web Taobao.
Anda boleh buka laman web mereka dan lihat sendiri bagaimana cara mereka beroperasi. Apabila guna khidmat ejen, sudah pasti harga barangan akan berbeza berbanding apabila anda beli terus dari China.
Perbezaan harga tersebut adalah untuk caj perkhidmatan apabila anda menggunakan perkhidmatan dari ejen.
Ambil risiko, cuba beli sendiri…
Saya rasa tak salah untuk anda ambil sedikit risiko dan cuba sendiri buat pembelian secara online.
Sebagai permulaan, tak perlulah beli dalam kuantiti yang banyak. Beli dulu dalam kuantiti atau nilai yang anda rasa selesa, dan tak terlalu menjejaskan kedudukan kewangan anda jika berlaku sebarang masalah.
Kalau anda rasa limit anda ialah RM300, belilah dalam nilai tersebut sahaja. Cuba belajar sendiri dari pengalaman buat pembelian secara online.
Walaubagaimanapun, ambil langkah-langkah keselamatan sebelum membuat sebarang bayaran, antanya
(1) Pastikan laman web tersebut mempunyai sistem keselamatan.
(2) Beli dari laman web yang mempunyai reputasi.
(3) Bayaran dibuat kepada pemilik laman web dan bukannya dibuat kepada akaun peribadi penjual.
(4) Penjual adalah seorang yang sangat membantu dan sentiasa jawab soalan anda.
(5) Ada jaminan keselamatan dari pihak pengendali laman web.
(6) Penjual mempunyai reputasi yang baik.
(7) Ada sistem untuk tracking barang.
(8) Apabila barang dah sampai, lihat pula after sales support dari penjual tersebut.
(9) Jika OK, boleh beli lagi dari penjual yang sama.
(10) Ulang proses untuk beli barangan lain pula.
Kebiasaannya, orang yang beli barang secara borong ni sebab dia nak jual semula. Saya amat mengesyorkan para usahawan untuk invest serba sedikit untuk ilmu. Asingkanlah sebahagian duit untuk tujuan pembelajaran, sebelum anda begitu ghairah untuk besarkan operasi perniagaan.
Salah satunya adalah dengan merujuk kepada panduan lengkap borong dari China ini. Klik sini untuk muat turun. Sekiranya anda merasakan guna duit sendiri untuk belajar adalah sesuatu yang membebankan, maka gunalah duit yang anda perolehi daripada keuntungan perniagaan yang dijalankan.
Dengan bertambah ilmu, maka lagi besar potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.