Macam mana cara nak buat website atau blog guna sistem wordpress? Boleh ajar saya langkah demi langkah?
Mempunyai sekurang-kurangnya sebuah laman web bagi tujuan perniagaan dan pemasaran di internet adalah satu cara yang cukup bijak untuk mendapatkan bakal pelanggan. Pada hari ini, kebanyakkan pelanggan amat bergantung harap pada internet sebelum membuat sebarang keputusan untuk melakukan transaksi atau tidak.
Jika laman web perniagaan anda tidak ditemui secara online, ini bukan sahaja memberikan gambaran bahawa anda tidak begitu serius dalam berbisnes, malahan ia juga mengundang tanggapan bahawa orang ramai perlu berhati-hati apabila berurus niaga dengan anda.
Tahukah anda, sebenarnya nak buat laman web menggunakan sistem wordpress adalah sangat mudah! Dalam posting ini, saya akan tunjukkan kepada anda, apa dia langkah demi langkah yang anda perlu lakukan untuk bina laman web berkonsepkan blog menggunakan sistem wordpress self hosted.
Cara bina laman web menggunakan wordpress
Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan cara-cara untuk memasang laman web menggunakan sistem wordpress. Kebiasaannya wordpress ini sangat sesuai untuk tujuan bina laman web berkonsepkan blog. Jadi, daripada anda menggunakan blogspot, saya cadangkan anda guna perisian wordpress.
Cara pemasangan blog wordpress juga mudah sahaja. Anda boleh ikut sahaja langkah-langkah yang saya ceritakan dalam posting ini.
Bacaan tambahan: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted
(1) Dapatkan nama domain dan hosting dari syarikat hosting
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dapatkan nama domain dan hosting terlebih dahulu.
Dalam penerangan ini, saya akan pilih syarikat hosting NetKL Network sebagai contoh. Ya, kat luar sana memang ada banyak syarikat hosting yang anda boleh pilih. Anda juga boleh pilih sama ada nak beli perkhidmatan hosting dari syarikat luar negara mahupun tempatan. Memandangkan saya lebih selesa berurusan dengan pihak NetKL, maka saya akan gunakan servis dari mereka sahaja.
Nama domain adalah nama yang akan digunakan oleh pelawat untuk melayari laman web anda. Pelawat akan menaip nama domain anda di browser sebelum mereka dapat akses ke laman web anda.
Hosting pula adalah ruangan storan yang digunakan untuk menyimpan fail-fail tertentu dalam pembinaan laman web anda.
Terdapat beberapa pakej hosting yang anda boleh pilih pada waktu catatan ini dihasilkan. Pemilihan pakej yang mana satu adalah terpulang pada bajet dan keperluan anda. Jika dalam contoh ini, anda ingin bangunkan laman web berkonsepkan blog menggunakan sistem wordpress, maka saya cadangkan anda bermula dengan pakej hosting mySilver X dengan caj langganan RM60 setahun. Ia juga bersamaan dengan 17 sen sehari.
(2) Akses ke Cpanel setelah pembelian disahkan
Dapatkan maklumat dan cara-cara untuk akses ke ruangan cpanel menerusi emel apabila pembelian anda telah pun disahkan. Lazimnya, cara untuk akses ke cpanel adalah menerusi format berikut iaitu
www.namadomainanda.com/cpanel
Paparan yang akan kelihatan di cpanel anda adalah seperti berikut
Jangan risau jika paparan ini sedikit berbeza berbanding yang anda lihat di ruangan cpanel milik anda. Perbezaan ini hanyalah disebabkan oleh penggunaan theme yang berbeza. Itu sahaja. Apa yang yang penting ialah sistem-sistem yang ada pada cpanel bagi tujuan memasang blog wordpress itu nanti.
(3) Cara mudah memasang blog wordpress menggunakan perisian Softaculous
Dalam ruangan Cpanel, ada satu software khas yang diberi nama Softaculous yang akan memudahkan proses pemasangan blog wordpress anda. Cari software tersebut.
Bila dah jumpa software tersebut, klik pada software itu.
Setelah anda klik pada Softaculous Apps Installer, anda akan dibawa ke paparan seperti dibawah. Dalam halaman ini, anda akan lihat terdapat banyak platform yang anda boleh pilih untuk website anda. Ada Joomla, PhpBB dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun, dalam post ini kita akan fokus kepada sistem wordpress sahaja. Dekatkan cursor mouse anda kepada wordpress.
Secara automatik, perkataan Install akan dipaparkan. Klik pada butang Install.
Sebelum proses pemasangan blog wordpress dijalankan, paparan seperti diatas akan kelihatan. Menerusi paparan ini anda boleh mengetahui apakah version wordpress yang akan dipasang pada hosting anda. Dalam contoh ini, version 4.7 ini adalah versi yang terkini.
Jadi bolehlah klik pada butang Install Now.
Semasa proses pemasangan ini dijalankan, anda juga akan diminta untuk memasukkan beberapa maklumat seperti nama username yang ingin digunakan, password dan beberapa perkara lagi.
Anda tak perlu risau. Ianya sangat mudah. Hanya berikan sahaja maklumat yang dimahukan. Maklumat ini adalah untuk kegunaan anda sahaja bagi mengakses ke ruangan dashboard kelak.
Berikan masa dalam beberapa minit untuk proses pemasangan dijalankan. Siap. Laman web yang anda bina menggunakan wordpress telahpun siap.
Langkah seterusnya adalah untuk mencantikkan laman web anda dengan memasang theme tertentu dan meningkatkan kebolehupayaan laman web tersebut dengan memasang beberapa plugin yang bersesuaian.
Baca juga: Panduan buat laman web Profesional untuk perniagaan online
Untuk pemasangan theme, anda boleh pilih sama ada nak pasang theme yang percuma ataupun berbayar. Perbezaan antara yang percuma dengan yang berbayar adalah dari segi fungsi dan keupayaan. Ia bukan sahaja mencantikkan laman web anda dan membuatkan ia nampak profesional, pada masa yang sama ia juga dilengkapi dengan beberapa kelebihan lain. Contohnya adalah seperti lebih laju, lebih mudah untuk di customize dan sebagainya.
Antara theme wordpress yang popular adalah seperti woo theme, studiopress, DIYthesis dan sebagainya.
Pemasangan plugin juga tak kurang pentingnya. Satu perkara yang membezakan antara blogspot dengan wordpress self hosted ini ialah dari segi plugin. Terdapat beribu-ribu plugin yang anda boleh pasang pada sistem blog wordpress milik anda. Setiap plugin menjalankan fungsi yang berbeza sama ada untuk tujuan search engine optimization, untuk kumpul list dan macam-macam lagi.
Baiklah semoga panduan cara memasang blog menggunakan sistem wordpress ini membantu anda. Selamat mencuba.