Bagaimana cara buat duit dengan Formula Income Seumur Hidup?

“Baru-baru ni saya lihat, ada ramai juga yang mempromosikan program yang dipelopori oleh Zamri Nanyan, yang dikenali sebagai Formula Income Seumur Hidup. Boleh saya tahu, macam mana sebenarnya nak buat duit menerusi program yang dikenali sebagai Formula Income Seumur Hidup ini?”

cara-buat-duit-dengan-FISH

Pada 24 April 2017, Majlis Pelancaran Logo dan Laman Web Rasmi telah dilancarkan di Hotel Ixora, Prai, Pulau Pinang.

Baca juga: Formula Income Seumur Hidup – Majlis Pelancaran Logo & Laman Web Rasmi

 

Menerusi program ini, anda boleh buat duit menerusi beberapa cara. Jadi, dalam perkongsian kali ini, saya akan ceritakan bagaimana anda boleh duit menerusi program yang juga dikenali sebagai FISH ini.

 

Cara pertama: Menerusi Program Affiliate Formula Income Seumur Hidup

Bagi mereka yang memang dah biasa dengan program affiliate, maka saya percaya cara buat duit dengan cara ini bukannya susah sangat untuk diterangkan.

 

Anda boleh mendaftar untuk menjadi ejen affiliate menerusi pautan ini.

 

Anda akan dibawa kelaman web utama Formula Income Seumur Hidup. Apabila tiba dilaman web tersebut, anda akan ditawarkan untuk memuat turun video percuma.

income-seumur-hidup

Selepas anda dah masukkan nama dan emel, anda akan menerima emel balas dari sistem yang antaranya menawarkan anda peluang untuk sertai program affiliate.

 

Salah satu keistimewaan yang membezakan program affiliate ini dengan lain-lain program affiliate yang ada dipasaran ialah, program affiliate menawarkan struktur komisen dua level, atau dikenali juga dengan 2-tier affiliate komisen.

 

Kali ini, saya nak cerita tentang 4 jenis komisen yang bakal anda terima dalam program ini.

 

Komisen pertama – RM1

Anda akan dapat komisen sebanyak RM1, apabila anda berjaya memperoleh prospek yang mendaftar sebagai affiliate. Affiliate ini akan dikenali sebagai sub-affiliate anda.

Komisen ini juga dikenali sebagai Pay Per Lead.

 

Komisen kedua – RM0.50

Komisen sebanyak 50 sen ini akan anda perolehi apabila sub-affiliate anda berjaya mendaftarkan affiliate lain untuk menyertai program ini.

Komisen ini juga dikenali sebagai Pay Per Lead.

 

Komisen ketiga – RM100

Komisen ini adalah merujuk komisen jenis Pay Per Sale.

Anda akan dapat komisen berjumlah RM100 apabila ada yang membeli produk utama yang terkandung dalam Formula Income Seumur Hidup ini.

 

Komisen keempat – RM50

Bagi komisen sebanyak RM50 ini pula, anda akan perolehi apabila sub-affiliate yang pernah mendaftar menerusi link affiliate anda, berjaya menghasilkan jualan.

Sub-affiliate anda tu masih lagi akan dapat komisen berjumlah RM100, tanpa mengurangkan komisen yang diterima oleh dirinya. Anda mendapat RM50 hasil dari kerja promosi sub-affiliate anda sebagai bonus yang diberikan oleh pengendali program ini, iaitu Zamri Nanyan.

 

formula-income-seumur-hidup-fish

Adakah susah nak dapat komisen dari program affiliate Formula Income Seumur Hidup ini?

Ianya bergantung kepada teknik, cara dan strategi promosi masing-masing. Jika anda adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang pemasaran online, anda mungkin akan dapati, ianya tidaklah begitu sukar untuk dapat komisen.

 

Sebagai contoh saya sendiri.

 

Saya lebih selesa untuk buat marketing menggunakan medium blog. Kalau nak guna blog macam yang saya gunakan, maka saya perlu tulis artikel dalam jumlah tertentu.

 

Adakah susah nak tulis artikel? Saya rasa ianya tak susah sangat (bagi saya). Ianya SAMA SAHAJA dengan lain-lain program affiliate yang saya sertai selama ini.

 

Namun, jika ini merupakan kali pertama anda nak guna kaedah article marketing atau blog marketing, maka anda mungkin akan rasakan ianya agak mencabar.

 

Walaupun mencabar, ianya boleh dipercayai, dan jika anda lakukan secara konsisten, skil ini boleh dikuasai.

 

Cara kedua: Dengan mengikuti modul-modul yang diajar dalam Modul Formula Income Seumur Hidup

Bagi mereka yang tak faham, ada kebarangkalian untuk mereka ni beranggapan bahawa program FISH ini tak ubah seperti Money Game semata-mata.

 

Sebenarnya pandangan seperti ini adalah silap.

 

Lebih-lebih lagi jika anda tidak mampu untuk menilai setiap modul-modul yang diajarkan dalam program ini.

 

Bagi tujuan penerangan, saya nak bawa perhatian anda untuk melihat salah satu modul yang ditawarkan dalam program ini.

modul-gaya-pemasaran-cara-sifu

Berikut pula adalah perkara yang anda akan pelajari dari modul ini.

FI$H MODULE #3:

ONLINE Marketing Gaya SIFU

Pemasaran adalah satu elemen PALING PENTING untuk jump-start income pasif anda atau untuk melipat-kali-gandakan income tersebut. Ianya seperti air kepada kehidupan.

Fokus yang diberikan di dalam modul ini adalah pemasaran secara online kerana ianya adalah satu medium pemasaran yang sangat efektif, murah (ada yang percuma) dan lebih mudah dilakukan. Dengan pengalaman yang saya ada, anda akan dapat pelbagai kaedah pemasaran yang pernah saya lakukan, terbukti berkesan – termasuk bagaimana saya automasikan terus kempen pemasaran saya di internet untuk berikan saya income berterusan.

Anda akan dapat ilmu-ilmu premium pemasaran internet seperti di bawah:

  • Bagaimana cara merancang strategi kempen pemasaran internet anda, tak hairanlah ramai yang gagal kerana mereka promosi main hentam kromo sahaja
  • Kaedah terpantas untuk mendapatkan trafik yang tepat mengenai pasaran sasaran anda dalam masa 15 minit dari sekarang – dengan trafik ini, anda tak akan gagal untuk buat duit secara online
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran “money on demand” di mana anda boleh buat duit pada bila-bila masa sahaja dengan kaedah ini (seumpama anda print duit anda sendiri)
  • Bagaimana anda boleh lakukan pemasaran kepada lebih 8 juta prospek dengan kerja tak sampai 5 minit pun setiap hari
  • Ketahui cara menggunakan smartphone anda dengan betul untuk pemasaran online bergerak yang paling POWER, anda tak pernah terfikir pun ianya boleh dilakukan
  • Bagaimana caranya untuk automasikan keseluruhan pemasaran internet anda dan integrate kesemua 7 kaedah pemasaran efektif ini untuk keuntungan maksimum (advanced)
  • Apakah yang dimaksudkan dengan “Self-funded Proposal” dan kenapa pakar-pakar pemasaran internet di seluruh dunia jatuh cinta dengan strategi ini tapi peliknya masih ramai internet marketer tempatan tak tahu caranya – saya bongkarkan rahsia dalaman ini istimewa untuk anda (advanced)

 

Jika anda beli produk utama, tetapi anda tak ada niat nak belajar langsung, maka produk ini akan jadi “produk yang diada-adakan” semata-mata. Ianya seolah-olah satu produk yang diada-adakan bagi mengaburi modus operandi sebenar iaitu untuk menjalankan money game.

 

Sudah tentu, kita tak boleh nak semak dan membaca niat orang lain, apa sebenarnya niat asal dia beli sesuatu produk. Adakah sebab produk tu ada manfaat dari segi ilmu untuk dirinya atau dia sekadar nak join program dan buat duit?

 

Saya ingin mengambil peluang ini, untuk memberi saranan kepada pembaca supaya BELI produk utama jika ianya benar-benar akan beri manfaat kepada anda dan jika anda benar-benar nak belajar dari Zamri Nanyan cara untuk menghasilkan pendapatan pasif.

 

Apa yang diajar oleh Zamri menerusi modul-modul yang terkandung dalam Formula Income Seumur Hidup ini, sebenarnya juga boleh dipelajari dari Internet Marketer lain yang ada di Malaysia ini.

 

WALAUBAGAIMANAPUN, anda mungkin terpaksa belajar dari 3 – 5 (atau mungkin lebih ramai) internet marketer yang ada di Malaysia ini.

 

Maksud saya begini, kalau anda nak belajar cara nak automasikan pemasaran di FB anda kena belajar dari Internet Marketer A.

Kalau anda nak belajar tentang Email Marketing, anda kena rujuk dengan Internet Marketer B.

Sekiranya anda nak dapatkan ilmu tentang Article Marketing, anda kena berguru dengan Internet Marketer C.

… dan seterusnya.

 

Sebaliknya, jika anda belajar terus dari Zamri Nanyan, yang kita akui (acknowledge) mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pemasaran internet ini sejak awal tahun 2000 lagi, sudah pasti ada banyak yang anda boleh pelajari dari beliau.

 

Beliau bukan sekadar mengajar teori, sebaliknya apa yang diajarkan adalah berdasarkan pengalaman sebenar dan teknik yang PROVEN boleh hasilkan pendapatan.

pendapatan-formula-income-seumur-hidup

Saya sendiri banyak belajar dari Zamri Nanyan sewaktu awal-awal saya mula berkenalan dengan bidang pemasaran internet ini. Boleh dikatakan, saya juga banyak beli produk-produk informasi yang dikeluarkan oleh Zamri.

 

Saya beli sebab saya memang SERIUS nak belajar dari beliau dan nak dapatkan manfaat dari pengalaman dan ilmu yang beliau ada.

 

Satu lagi, jika matlamat anda adalah sekadar nak buat duit, saya berpendapat, anda boleh fokus sahaja untuk jadi ejen affiliate dan promosikan sahaja program ini, tanpa perlu beli mahupun bayar apa-apa.

 

Saya harap isu money game, atau apa-apa yang tak berapa tepat seperti ini tidak akan timbul lagi.

 

Cara ketiga: Dengan menggunakan ilmu yang diajar dalam program ini untuk mempromosikan perniagaan sedia ada anda

Anda mungkin tak berapa minat nak sertai program affiliate…

 

Atas beberapa sebab yang hanya anda sahaja yang tau, anda juga mungkin tak berapa minat nak ikut saranan yang diberikan oleh Zamri, tentang kaedah-kaedah yang disarankan untuk hasilkan pendapatan pasif.

 

Tak ada masalah.

 

Ilmu yang diajar dalam modul ini boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan yang anda sedang lakukan atau yang bakal anda lakukan.

 

Jadilah lebih kreatif dan anda akan nampak, ada banyak cara untuk memperoleh manfaat dari program ini.

 

Baiklah, itu sahaja yang saya nak kongsikan menerusi posting ini. Anda boleh klik sini jika masih belum join program ini.

 

 

, , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bukti komisen dari Formula Income Seumur Hidup Ogos 2017 | Formula Income Seumur Hidup FI$H - August 16, 2017

    […] Jom baca >> Bagaimana cara menghasilkan pendapatan dengan Formula Income Seumur Hidup […]

  2. Senarai program affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat - Blog Sabree Hussin - August 17, 2017

    […] Bacaan lanjut: Macam mana cara hasilkan pendapatan menerusi program Formula Income Seumur Hidup […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes