Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Bagaimana cara buat jualan menggunakan blog?

August 13, 2018 by Sabree Hussin

Saya ingin mempromosikan perniagaan saya menerusi internet. Sekarang ni tengah pertimbangkan untuk gunakan blog sebagai platform pemasaran. Boleh terangkan pada saya, macam mana caranya untuk buat jualan menggunakan blog? 

blogging-pemasaran

Pemasaran menggunakan internet sangatlah luas. Ia tidak terhad hanya pada satu medium atau platform pemasaran sahaja.

 

Pada hari ini, anda boleh gunakan platform seperti blog, youtube, facebook, instagram, twitter, tumblr, mudah.my dan banyak lagi bagi tujuan pemasaran.

 

Ada orang memang pakar dalam bab-bab pemasaran menggunakan media sosial, tetapi belum tentu mahir dalam bab pemasaran menggunakan video youtube ataupun menulis artikel di blog. Saya kira, jika anda ingin membina sebuah team pemasaran yang cekap, baguslah kalau ada team yang mahir dalam platform pemasaran yang berbeza.

 

Yang seorang ni mahir dalam blogging.

Seorang ni pula mahir dalam Youtube Marketing.

Ada pula yang mahir dalam Facebook Advertising dan sebagainya.

 

Memang susah nak jumpa, satu orang yang mahir semua sekali. Bidang dan platform yang saya sebutkan diatas juga sentiasa berubah. Teknik pemasaran di Facebook pada tahun 2011, belum tentu boleh pakai untuk tahun ini. Itu yang saya kata, perubahan. Memang susah kalau nak keep track dengan semua perubahan yang berlaku pada platform pemasaran yang berbeza.

 

Kali ini kita akan fokus pada medium blog sahaja. Apa strategi yang boleh kita gunakan bagi membuat jualan menggunakan blog. Tapi sebelum itu, boleh saya tahu, sama ada anda telah mempunyai laman blog sendiri atau belum?

 

Saya amat mengesyorkan anda menggunakan platform blogging wordpress self hosted, sekiranya anda betul-betul serius dengan aktiviti blogging ini. Untuk platform blog yang UTAMA gunakanlah yang wordpress self hosted.

 

Cara pemasangan dia pun mudah sangat. Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini berjudul cara pemasangan blog menggunakan sistem wordpress self hosted.

 

Untuk blog lain, sebagai sokongan, bolehlah gunakan blog dari platform percuma, sama ada blogspot, wordpress.com ataupun tumblr.

 

Bidang jualan adalah bidang yang SERIUS

Untuk memastikan perniagaan itu kekal relevan dan mampu bertahan, ia bergantung kepada kejayaan perniagaan tersebut membuat jualan. Daripada jualan yang dihasilkan itulah nanti, yang akan menghasilkan keuntungan. Sebahagian daripada keuntungan itu pula akan digunakan bagi tujuan menampung kos operasi syarikat, membuka rangkaian perniagaan yang baru, dan sebagainya.

 

Tapi bagaimana kalau tak berjaya buat jualan? Alamatnya jangka hayat bisnes tersebut pasti pendek sahaja.

 

Bidang jualan ini adalah satu bidang yang sangat serius. Jika dibuat dengan betul, anda akan kaya raya. Jika buat dengan sambil lewa, bakal pelanggan mungkin akan ada isu untuk mempercayai perniagaan dan tawaran anda.

 

Oleh kerana ia melibatkan kepercayaan pelanggan dan bakal pelanggan, maka anda perlu buat keputusan dengan bijak. Pilih nama yang baik untuk digunakan pada laman blog anda, dan pada masa yang sama, kena pastikan setiap apa yang ditulis dan disiarkan dalam laman blog anda disemak kandungannya.

 

Kisah seorang pemancing dan juga pemburu

Ini selingan sahaja.

 

Seorang pemancing, dia akan bawa dua, tiga atau lebih joran apabila pergi memancing. Setiap joran akan dipasang umpan yang berbeza. Umpan yang berbeza adalah untuk ikan yang berbeza.

 

Katakanlah dia pasang 5 jorang dengan 5 umpan yang berbeza. Cukup masa, dia akan tengok apa hasil tangkapan yang berjaya dibawa naik.

 

Ya, mungkin akan ada daripada joran tersebut yang tak dapat ikan, tapi umpan habis dimakan. Tapi joran yang lain? Mungkin salah satu (atau lebih) ada yang mengena.

 

Kita teliti gelagat seorang pemburu.

 

Pemburu akan memasang perangkap ditempat yang berbeza. Setiap kawasan yang dipilih, dipastikan adalah kawasan yang strategik dan merupakan laluan binatang buruannya.

 

Bila perangkap dah siap dipasang, dia pun beredar. Cukup masa, dia akan kembali kepada perangkap yang dipasang tadi, untuk lihat hasil buruan.

 

Anda rasa, anda adalah kategori yang mana satu? Pemancing atau pemburu?

 

Jual apa sahaja menggunakan blog!

Ya, kita boleh jual apa sahaja menggunakan blog.

 

Kebanyakkan pendapatan yang saya hasilkan, adalah dari jualan pelbagai jenis produk, servis dan perkhidmatan hanya melalui blog.

 

Pada mulanya, mereka yang pernah dapatkan khidmat dari saya, atau beli sesuatu yang saya syorkan dalam blog, adalah mereka yang menjumpai laman blog saya secara tak sengaja. Mungkin mereka ada google kata kunci tertentu, dan akhirnya mereka temui laman blog saya.

pelawat-organik-dari-google

Bermula sebagai pelawat kali pertama, mereka mula datang untuk kali yang kedua, dan lama-kelamaan mereka mula mempercayai apa yang saya syorkan, lalu membeli apa yang saya syorkan. Saya syorkan produk yang saya yakin, dan yang saya sendiri gunakan.

 

Ada blog yang saya tulis, khas untuk bercerita tentang pengalaman saya pergi bercuti di Kota Kinabalu dan Kundasang. Melalui post yang sama, saya cerita tentang tempat-tempat menarik yang pembaca boleh lawati. Selain tempat menarik, ada juga saya selitkan sedikit info tentang kereta sewa dan juga homestay di Kota Kinabalu yang pembaca boleh sewa ketika bercuti di sana.

 

Teknik soft-selling dalam penulisan blog

Orang baca blog, sebab mereka mahukan maklumat. Bukan sebarangan maklumat, sebaliknya adalah maklumat yang berguna dan relevan untuk dirinya.

 

Bosan juga kan, kalau baca blog, yang asyik suruh beli itu ini. Pembaca sekarang ini pun bukannya bodoh. Mereka boleh tahu dan dapat bezakan, antara artikel yang tujuannya untuk berkongsi pengalaman dengan artikel yang dihasilkan semata-mata untuk menjual.

 

Artikel yang ditulis khusus untuk membuat jualan ini kita biasa panggil dengan nama advertorial. Oleh sebab matlamat artikel ini dihasilkan adalah untuk menjual, maka cukup susah untuk jumpa penulis advertorial yang mampu selindungkan niat untuk menjual dalam artikel yang dihasilkan.

 

Tak apa. Pernah dengar kan, practise make perfect?

 

Itulah yang kita perlu buat. Apabila menggunakan blog sebagai medium untuk buat jualan, kenalah selalu berlatih agar satu hari nanti, kita akan dapat hasilkan sebuah penulisan yang betul-betul ada kualiti.

 

Walaupun kita sedang menulis tentang perkongsian pengalaman, dalam artikel itu kita boleh tanamkan rasa nak membeli dalam kalangan pembaca.

 

Dalam artikel jenis how to, tutorial ataupun perkongsian ilmu, juga boleh diselitkan unsur-unsur untuk menjual. Pembaca tak berapa suka kalau kita suruh mereka beli itu ini, tetapi ini bukan bermakna mereka langsung tak suka membeli tau. Cuba buat supaya pembaca fikir, mereka yang buat keputusan untuk membeli. Anda hanya bantu mereka buat keputusan.

 

Sebagai contoh, anda boleh tulis ayat seperti ini

Saya dah agak lama ada masalah xxx. Bila ada masalah, maka saya dah tentu perlu cari jalan penyelesaian. Dari research yang saya buat, saya temui dua produk yang berbeza, tetapi masing-masing menawarkan kesan yang lebih kurang sama.

Selepas buat perbandingan, saya pilih produk ini sebabnya yyy

 

Anda nyatakan sebab kenapa anda pilih produk tersebut. Jika pembaca dapat merasakan bahawa situasi anda adalah sama dengan apa yang dia sedang alami, pembaca ini pasti tidak akan teragak-agak untuk ikut apa yang anda sarankan.

 

Artikel anda perlu custom made mengikut kelompok pelanggan yang anda mahu sasarkan

Inilah key point yang cuba saya sampaikan.

 

Bila nak menulis sebuah artikel bagi tujuan buat jualan, perlu jelas, siapakah yang anda ingin sasarkan sebagai pembaca. Artikel yang dihasilkan perlulah relevan dan selari dengan situasi, minat dan kebimbangan yang sedang dihadapi oleh pembaca anda.

 

Dari situ, anda bina kepercayaan, walaupun tak bertentang mata. Anda bina kepercayaan hanya melalui penulisan yang anda terbitkan melalui blog anda.

cara-buat-duit-dengan-blog

Formulanya begini. Kalau anda ingin sasarkan 10 target market yang berbeza, maka anda kena sediakan sekurang-kurangnya 10 artikel yang berbeza. Setiap artikel mensasarkan kelompok pembaca yang berbeza. 

 

Kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh pengamal kaedah pemasaran menggunakan blog ialah mereka cenderung untuk tulis artikel yang panjang-panjang dan cuba memuaskan hati semua kelompok pembaca melalui satu artikel sahaja.

 

Sebenarnya cara yang lebih baik adalah asingkan artikel mengikut kelompok pembaca yang berbeza. Masih ingat lagi selingan tentang pemburu dan pemancing tadi?

 

Itulah dia kaedah yang setelah saya uji, memang berkesan untuk buat jualan menggunakan blog.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

More from my site

  • Boleh berjaya ke kalau buat bisnes homestay di kawasan kampung?Boleh berjaya ke kalau buat bisnes homestay di kawasan kampung?
  • Apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay?Apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay?
  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Program Affiliate Lazada (2018) – Cara dapatkan link affiliate LazadaProgram Affiliate Lazada (2018) – Cara dapatkan link affiliate Lazada
  • Bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya?Bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya?
  • Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Pemasaran Internet

Recent Posts

  • Bagaimana cara menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb
  • Bagaimana Cara Bisnes Network Marketing berfungsi
  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?

Recent Comments

  • Bagaimana Bisnes Network Marketing berfungsi on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana bisnes Network Marketing boleh bantu selesaikan masalah hutang anda - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Nota Kewangan Sentap - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia

Archives

  • May 2023
  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Bisnes Network Marketing
  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...