“Saya minat nak cuba buat duit dengan menyertai program affiliate Lazada, tapi saya nak tau, macam mana pihak Lazada akan bayar komisen kepada kita?”
Ya. Bila kita sertai sesuatu program buat duit, sudah tentu ini satu soalan yang penting untuk kita ketahui jawapannya. Kita dah peruntukkan masa kita untuk buat kerja, mesti kita nak tahu, macam mana pihak pengendali program akan bayar kita nanti.
Dekat laman web rasmi, ada dinyatakan tentang komisen yang bakal dibayar kepada ejen affiliate.
Sekiranya anda ingin baca dari laman web rasmi, boleh terus ke pautan ini. Sejurus berada di halaman tersebut, klik pada tab commission dan lihat pada bahagian Payment Flow.
Ini yang bakal anda lihat.
Payment Flow
How do I earn profits?
(1) For each transaction or sale originating from your website, we will give you a commission
(2) Commission for sales ranges between 6% — 10% depending on the product category
(3) Every Transaction requires 15 to 30 days of Sales Validation. Our Minimun Payout to generate an invoice is RM 90.
(4) Payments will be made through wired banking/online banking.
Setiap jualan yang berjaya anda hasilkan, memerlukan 15 – 30 hari untuk proses pengesahan. Dalam tempoh masa ini, pihak Lazada akan pastikan jualan tersebut tidak bermasalah.
Bermasalah disini merujuk kepada hal-hal seperti
- Tempahan tersebut bukannya tempahan fraud
- Pelanggan tidak minta refund
- Barang yang ditempah oleh pelanggan tidak dikembalikan atas sebab-sebab tertentu
Jika dalam tempoh masa tersebut, tidak ada sebarang masalah, maka pihak Lazada akan approved sales tersebut. Kemudian, dari banyak transaksi yang berjaya anda hasilkan, setelah amount mencecah RM90 (minima) seterusnya pihak Lazada akan mula generate invois.
Baca juga: Adakah mustahil untuk dapatkan RM90 setiap bulan dari Lazada?
Ini contoh invois Lazada kepada ejen affiliate yang layak menerima bayaran.
Invois ini bertarikh 23 April 2018. Selepas invois ini dikeluarkan, dalam masa 30 hari, pihak lazada akan bayar ke akaun bank kita.
Sila pastikan anda telah memberikan maklumat perbankan anda. Maklumat ini penting bagi tujuan pembayaran komisen.
Kalau anda tak pasti, kat mana nak kemaskini maklumat perbankan, sila log in ke akaun affiliate panel anda, dan seterusnya pergi ke bahagian billing.
Setakat ini, pihak Lazada hanya membuat bayaran melalui bank transfer sahaja.
Ini pula bukti bayaran telah masuk ke akaun Maybank saya.
Kebetulan pada hari yang sama, pihak Involve Asia juga bank in duit komisen pada saya.
Dua cara untuk menyertai program affiliate Lazada
Setakat ini yang saya tahu, terdapat dua cara bagaimana anda boleh sertai program affiliate Lazada. Cara pertama adalah menerusi laman web rasmi Lazada, dan satu lagi menerusi program affiliate Involve Asia.
Oleh kerana saya sertai kedua-dua program, jadi bila sampai masa untuk menerima bayaran, kebiasaannya saya akan terima komisen dari kedua-dua platform yang saya sertai.
Bila sertai melalui dua platform, kerja pemasaran yang perlu dilakukan juga akan jadi lebih banyak. Kalau anda bimbang tak ada masa nak buat kerja-kerja pemasaran, saya syorkan anda fokus pada satu platform sahaja.
Walaupun banyak kerja, tapi bila sampai masa dapat bayaran, semua penat lelah yang perlu dilalui rasa memang berbaloi.
Baiklah semoga perkongsian ringkas ini membantu menjawab pertanyaan tersebut.