Saya merupakan seorang usahawan yang mempromosikan pelbagai produk secara online. Selama ni saya hanya gunakan Facebook, Instagram dan laman web iklan untuk jual produk saya. Saya rasa sekarang ni dah sampai masa untuk saya ada laman web sendiri. Boleh tak share dengan saya macam mana cara nak buat laman web untuk perniagaan saya ni?
Sebenarnya cara nak buat laman web untuk perniagaan sangatlah mudah. Akan tetapi, untuk mereka yang tak biasa, mungkin ini akan jadi satu cabaran yang amat besar.
Satu masa dulu, kalau nak buat laman web, kita terpaksa guna software seperti Adobe Dreamweaver atau NVU. Mula-mula sekali kita akan buka software tersebut dan mula buat design laman web yang kita mahu. Selepas dah siap file-file untuk bina website kita perlu save dulu kemudian perlu guna perisian FTP atau File Transfer Protocol untuk upload ke hosting.
Ya, prosesnya memang sangat leceh. Lebih sakit hati bila kita dah siap upload semua sekali, baru perasan ada kesalahan ejaan. Terpaksa cari balik file yang terlibat, edit kemudian upload semula. Sekarang ni? Sekarang kita boleh ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada kaedah buat laman web yang ketinggalan zaman macam tu.
Pada hari ini, saya lebih syorkan anda bina laman web perniagaan menggunakan perisian seperti Minisite Mudah (MSM) ini. Ianya lebih menjimatkan masa dan dilengkapi dengan pelbagai sistem yang saya percaya ianya dapat membantu anda menguruskan perniagaan online anda dengan lebih cekap dan lebih bersistematik. [Anda boleh klik sini untuk dapatkan akses kepada perisian ini]
Perisian atau software hanyalah berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja teknikal dan pemasangan. Itu sahaja. Pada masa yang sama, anda masih lagi perlu tahu apa dia yang perlu dimuatkan dalam laman web perniagaan anda. Jadi dalam posting ini, saya akan senaraikan beberapa perkara yang perlu anda titik beratkan dalam membina laman web perniagaan anda.
(1) Halaman homepage mengandungi Sales Letter
Dalam laman web perniagaan, fungsi sales letter atau surat jualan adalah ibarat jurujual yang akan membuat jualan bagi pihak anda. Halaman ini adalah halaman yang mula-mula sekali dibaca oleh pelawat anda.
Masukkan penerangan yang lengkap dan padat tentang produk yang dijual. Bagi memastikan pelawat anda berminat untuk baca keseluruhan isi kandungan sales letter tersebut, anda perlu tahu beberapa formula copywriting.
Antara contoh teknik copywriting yang popular adalah teknik AIDA. Ianya adalah singkatan bagi Attention, Interest, Desire dan Action. Selain AIDA, teknik lain yang agak popular adalah teknik PAS yang juga membawa maksud Problem, Agitate, dan Solution.
Memandangkan topik copywriting ini adalah luas, jadi saya tak akan sentuh dengan panjang lebar. Jika anda tidak mahir dalam bab-bab copywriting, saya syorkan anda dapatkan khidmat penulisan surat jualan dari copywriter yang berpengalaman. Akan tetapi, jika anda mampu untuk tulis sendiri, ia lebih bagus dan jimat.
(2) Halaman Hubungi (contact)
Di halaman ini, kita akan senaraikan semua kaedah yang boleh digunakan oleh pelawat untuk berhubung dengan kita. Biasanya kita akan senaraikan maklumat-maklumat seperti nombor telefon, alamat emel, FB Profile dan sebagainya.
(3) Ruangan Tentang Kami (About Us)
Di ruangan ini, anda boleh memperkenalkan siapa diri anda dan juga pasukan anda. Kalau kita lihat contoh-contoh laman web milik perniagaan lain, anda boleh lihat sesetengah syarikat akan cerita tentang siapa ahli lembaga pengarah, siapa pihak pengurusan dan sebagainya. Turut dinyatakan juga pengalaman setiap individu dan kelayakkan masing-masing.
Ini secara tak langsung dapat meningkatkan kredibiliti syarikat anda.
(4) Halaman Terma & Syarat
Biasanya orang akan skip bila sampai masa nak baca terma dan syarat. Terma dan syarat sebenarnya adalah sesuatu yang sangat penting untuk perniagaan. Tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan syarikat jika terdapat isu berbangkit di masa akan datang.
Menjadi tanggungjawab pelanggan untuk baca dan fahami terma dan syarat sebelum melakukan sebarang urusniaga dengan mana-mana perniagaan secara dalam talian. Biasanya terma dan syarat ini merangkumi perkara-perkara penting seperti hak-hak sebagai pelanggan, hak syarikat, dan sebagainya.
(5) Sistem pembayaran
Memandangkan laman web adalah wakil jualan anda, maka laman web anda juga sepatutnya mampu untuk menerima dan memproses pembayaran secara automatik ketika anda tidak berada dihadapan komputer.
Kita ambil contoh seperti laman web Lazada. Laman web ini mampu untuk menerima dan memproses tempahan para pelawat walaupun transaksi tersebut dilakukan pada jam 3.00 pagi yang mana pada kebiasaannya waktu tersebut orang sedang tidur. Namun laman web ini masih lagi tetap aktif menerima pembayaran.
Anda juga boleh mempunyai pembantu maya yang cekap seperti ini jika mempunyai laman web jualan anda sendiri. Syaratnya anda kena pastikan bahawa laman web tersebut mempunyai kemampuan untuk memproses tempahan diwaktu ketiadaan anda. Jika anda membina website menggunakan perisian Minisite Mudah (MSM), laman web anda juga boleh beroperasi dengan baik dan menerima tempahan walaupun ketika anda tiada.
(6) Sistem untuk kumpul database secara automatik
Ini adalah salah satu benda wajib ada untuk usahawan online. Disebabkan bukan semua orang akan terus jadi pelanggan anda ketika pertama kali mereka melihat tawaran anda, maka anda perlukan satu mekanisme untuk menyimpan maklumat perhubungan prospek anda supaya anda boleh buat follow up di masa akan datang.
Tanyalah pada mana-mana usahawan yang telah berjaya. Pasti mereka bersetuju bahawa syarat untuk berjaya adalah mempunyai database pelanggan yang besar dan juga mempunyai sistem untuk lakukan follow up.
(7) Mempunyai sistem untuk melantik ejen promosi
Kalau anda nak dapat sales yang berterusan dan konsisten, maka anda perlu ada bantuan daripada ejen promosi. Salah satu sistem yang anda boleh gunakan adalah sistem affiliates. Sebelum menggunakan perisian Minisite Mudah (MSM), kebanyakkan pemilik laman web perniagaan perlu pasang sendiri secara manual skrip untuk penetapan fungsi affiliate.
Ianya mudah sahaja. TETAPI, jika anda buat silap walaupun sedikit, risikonya ialah anda mungkin akan rosakkan keseluruhan laman web jualan anda.
Berita baiknya ialah, dengan menggunakan perisian MSM ini, skrip affiliate tersebut telahpun siap dipasang secara automatik. Anda tak perlu sentuh atau ubah walau satu pun code untuk jalankan program affiliate ini.
Sebenarnya ada sekurang-kurangnya 10 lagi perkara yang anda patut pertimbangkan untuk dimasukkan dalam proses membina website perniagaan anda. Ianya telah saya jelaskan dalam post berikut.
Klik untuk baca: Contoh Laman Web Perniagaan TERBUKTI berjaya yang anda boleh jadikan rujukan
Sekiranya anda masih kurang jelas, bolehlah tanyakan soalan dibahagian komen dibawah. In Shaa Allah saya akan jawab secepat yang mungkin.