“Apa yang saya perlu buat setelah pendaftaran akaun Involve Asia saya diaktifkan? Macam mana nak dapatkan link affiliate dan bagaimana cara terbaik untuk lakukan pemasaran sehingga berjaya hasilkan komisen?“
Anda dah daftar sebagai affiliate dalam program affiliate Involve Asia? Jika dah daftar, bagus. Jika masih belum daftar, bolehlah daftar sekarang dengan menekan klik pada pautan ini. Pendaftaran adalah percuma sahaja, dan hanya perlukan lebih kurang lima minit sahaja untuk lakukan pendaftaran.
Bila dah join program ni, sudah tentu matlamat kita adalah nak buat duit. Jadi, dalam posting ini saya akan kongsikan beberapa idea untuk bantu anda yang masih lagi tak faham atau tak tau macam mana nak memanfaatkan program ini untuk buat duit.
Apa yang kita perlu buat selepas pendaftaran dah berjaya?
(1) Pilih platform yang sesuai untuk jalankan pemasaran program affiliate ini
Anda boleh pilih sama ada untuk gunakan platform seperti
- Blog/ Website
- Facebook/ Fanpage
- Youtube
Nama-nama yang saya cadangkan tu hanyalah platform sahaja. Setelah anda pilih platform, seterusnya anda perlu hasilkan konten yang relevan dan berkaitan dengan produk atau servis yang anda ingin promosikan. Bawah ni hanya sebahagian daripada senarai merchant yang mungkin anda boleh pertimbangkan.
Formulanya begini, jika anda ingin guna blog, maknanya anda perlu bina sebuah blog yang khas untuk mempromosikan produk-produk dari Involve Asia. Kalau anda dah ada blog, guna sahaja blog tersebut. Jika masih belum ada blog, boleh daftar dulu blog anda.
Untuk guna blog, anda ada pilihan sama ada nak gunakan servis blog percuma atau berbayar. Untuk bacaan tambahan, anda boleh baca posting saya sebelum ini berjudul
(i) Bagaimana cara bina laman web menggunakan sistem WordPress?
(ii) Panduan pemasangan blog wordpress self hosted
Ataupun, jika anda ingin bermula dengan modal yang minima, boleh juga gunakan platform percuma dari wordpress.com dan juga blogspot.com
Guna Facebook untuk buat pemasaran juga boleh dimulakan tanpa sebarang modal. Tiada sebarang kos untuk menghasilkan sebuah fanpage. Kebanyakkan akaun media sosial adalah percuma untuk digunakan.
Jika anda adalah orang yang lebih suka beraksi didepan kamera, maka mungkin anda boleh pertimbangkan untuk merakam video diri anda untuk di upload di Youtube.
(2) Memilih program atau merchant berdasarkan cara pembayaran komisen yang ditawarkan
Bahagian ini juga perlu diberi perhatian.
Umumnya, program-program affiliate yang ditawarkan menawarkan komisen dalam bentuk seperti
(i) Pay Per Sales (PPS)
Anda hanya akan terima bayaran komisen apabila anda berjaya hasilkan jualan. Contohnya macam program affiliate dari Lazada, Agoda, Hotels.com, dan banyak lagi.
(ii) Pay Per Click (PPC)
Kalau program jenis PPC ni lebih mudah. Kita hanya perlu dapatkan klik sahaja pada link affiliate kita. Sebagai contoh, jika anda ingin mempromosikan laman web Trivago. Sila klik sini untuk ke laman web trivago. Setiap klik yang anda berjaya perolehi, anda akan dibayar lebih kurang 80 sen per klik.
Jumlah ini tidak tetap, sebab ia bergantung pada kadar tukaran matawang antara RM dengan Euro.
(iii) Pay Per Action (PPA/CPA)
Pay Per Action, adakalanya dikenali juga dengan nama Cost Per Action. Anda tak perlu buat jualan, namun anda perlu pastikan prospek anda buat satu tindakan yang dimahukan oleh pihak merchant. Contohnya macam kita nak prospek kita tu isikan borang pendaftaran, install software dan sebagainya.
Salah satu kempen CPA yang cukup popular ialah kempen Involve Asia Publisher referral program (CPA). Saya pun tak ketinggalan untuk mempromosikan program ini.
Memandangkan tidak perlu buat sebarang jualan, jadi pada saya ia lebih mudah untuk dapatkan komisen dari kempen ini.
(3) Antara merchant yang popular
Ada banyak nama-nama besar yang menyertai rangkaian Involve Asia. Antaranya seperti
- Lazada Malaysia
- Zalora
- Agoda
- Hotels.com
- Trivago
- 11 Street
- Uber
- Sen Heng
- Digi
- Booking.com
Sebenarnya ada banyak lagi. Namun, adakah kita perlu promosikan semua sekali? Saya lebih suka nak promosikan laman web atau produk/ servis yang popular sahaja. Nama-nama yang bila kita sebut orang terus kenal. Jadi tak perlu susah payah nak perkenalkan dan yakinkan bakal pelanggan.
Contohnya kalau kita rekemen produk yang dijual di Lazada. Bagi orang Malaysia, laman web Lazada memang dah tak asing lagi. Jadi, kebarangkalian untuk mereka buat pembelian dari Lazada juga agak tinggi.
(4) Cara untuk dapatkan link affiliate bagi tujuan pemasaran
Untuk dapatkan link affiliate, bagi tujuan pemasaran juga sebenarnya sangat mudah. Saya akan tunjukkan secara asas sahaja. Biasanya, saya akan gunakan tools Deeplink Generator.
Klik pada tools kemudian akan muncul dropdown menu. Kat situ pilih Deeplink Generator.
Paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Dalam contoh ini, saya ingin mempromosikan produk dari merchant Lazada Malaysia. Saya ingin bawa trafik ke landing page ini >> https://www.lazada.com.my/samsung/ dan bukannya halaman utama Lazada, jadi pada ruangan Insert Destination URL tu, saya masukkan link dimana saya ingin bawa trafik saya.
Seterusnya, tekan sahaja butang Generate.
Pada kotak Generated Link, itulah dia link affiliate yang perlu kita gunakan untuk buat duit. Ini link yang terhasil
Memandangkan link tersebut terlalu panjang dan nampak pelik, jadi kita tekan butang Shorten Link. Link yang panjang tu tadi akan jadi pendek seperti
Kedua-dua link ini akan membawa anda ke halaman https://www.lazada.com.my/samsung/. Untuk kempen atau produk yang lain, cara yang sama boleh digunakan.
(5) Pemilihan niche yang sesuai dengan karekter peribadi anda
Saya dah cerita tentang cara daftar. Pemilihan platform bagi tujuan pemasaran dan juga cara nak dapatkan link affiliate. Sekarang saya nak cerita tentang niche pula.
Memandangkan terdapat macam-macam produk yang boleh dipromosikan menerusi program Involve Asia, adakah sesuai untuk kita promosikan semua sekali? Anda boleh promosikan semua sekali jika anda mampu.
Namun, saya syorkan anda pilih produk atau merchant berdasarkan kepada niche pilihan anda. Ok contohnya begini. Jika anda ingin promosikan merchant dalam niche travel. Dalam niche ini, anda boleh promosikan produk-produk dari laman web Lazada, Agoda, Trivago, Booking.com dan juga Hotels.com
Cara lebih berkesan untuk dapat jualan adalah dengan menghasilkan sebuah laman web berkonsepkan travel juga, bagi dipadankan dengan merchant atau produk yang ingin anda promosikan.
Jika anda ingin guna FB, buatlah fanpage berkenaan travel.
Jika anda ingin guna Youtube, hasilkanlah video yang berkaitan dengan travel.
Sekiranya anda ingin gunakan blog sebagai platform pemasaran, maka hasilkan sebuah blog yang bercerita tentang kisah-kisah yang berkaitan dengan topik travel. Nak tengok contoh? Boleh layari salah satu laman web saya, iaitu XplorasiDestinasi.com
(6) Mana satu platform yang sesuai dengan diri anda?
Anda sendiri tentukan.
Setelah mencuba beberapa platform bagi tujuan pemasaran, saya dapati platform blog adalah yang paling sesuai dengan saya. Anda pula bagaimana?