“Saya sebenarnya tengah mencari tempat penginapan yang sesuai untuk percutian bersama keluarga tak lama lagi. Saya dengar laman web Airbnb ada menawarkan tempat penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Boleh tunjukkan pada saya, macam mana cara nak gunakan laman web Airbnb ni?“
Laman web Airbnb adalah satu lagi laman web yang anda boleh gunakan untuk membuat tempahan tempat untuk menginap di mana-mana lokasi pilihan anda, sama ada bagi tujuan percutian, pekerjaan ataupun perniagaan.
Fungsinya lebih kurang sama sahaja dengan laman web tempahan yang lain, seperti Agoda.com, Booking.com dan sebagainya.
Pada pandangan saya, apa yang membuatkan Airbnb unik adalah, kebanyakkan rumah-rumah yang tersenarai di laman web tersebut dimiliki oleh orang perseorangan (individu) dan bukannya dimiliki oleh syarikat besar ataupun konglomerat.
Dari segi layanan, selalunya para pelancong akan dapat layanan yang lebih personal, kerana pemilik rumah itu sendiri yang akan menyambut kedatangan kita dan akan membantu kita sekiranya terdapat sebarang keperluan.
Persoalannya sekarang, bagaimana cara nak menggunakan laman web Airbnb? Membuat tempahan menggunakan laman web Airbnb tidaklah sesukar mana. Jika anda biasa menggunakan laman web tempahan, untuk membuat tempahan hotel sebelum ini, kaedahnya lebih kurang sama sahaja.
Sebelum itu, jika anda masih belum pernah dapat travel credit dari pihak Airbnb, anda boleh dapatkan travel credit anda dengan melayari halaman ini.
Paparan seperti diatas akan kelihatan. Anda hanya perlu tekan butang Sign up to claim your credit untuk mendapatkan travel credit anda.
(1) Buat carian di laman web Airbnb mengikut lokasi percutian pilihan anda
Dalam contoh ini, saya akan pilih untuk pergi bercuti ke Port Dickson. Jadi, di halaman utama Airbnb, saya akan taipkan sahaja kata kunci “Port Dickson”. Seterusnya, Airbnb akan memberi cadangan tempat yang lebih spesifik di Port Dickson sekiranya tempat tersebut memang ada homestay yang disenaraikan.
Bagi sedikit masa dan seterusnya paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Saya juga pernah membuat tempahan dari laman web Airbnb, dan anda boleh ikuti pengalaman saya membuat tempahan dari laman web ini.
Dalam percutian sebelum ini, saya telah memilih untuk menginap di PD Paradise Lagoon Apartment.
Bagi memudahkan proses tempahan dan carian tempat menginap yang sesuai, anda sebenarnya boleh menggunakan fungsi filter yang disediakan.
Sebagai contoh, jenis kediaman (home type) yang anda mahukan.
Sekiranya percutian ini adalah percutian keluarga, sebaik-baiknya kita pilih sebuah rumah yang hanya akan digunakan oleh ahli keluarga kita sahaja.
Anda perlu perhatikan betul-betul jenis kediaman yang bakal disewa.
Ianya mungkin hanyalah sebuah private room. Anda menyewa sebuah bilik sahaja dalam rumah dan berkongsi ruang tamu; ataupun
Ia mungkin sebuah Shared room yang mana dalam bilik yang sama anda akan berkongsi dengan pengunjung lain.
Opsyen ini (private room) dan (shared room) mungkin tak berapa sesuai dengan situasi kita. Apa yang saya perhatikan, untuk listing yang terdapat di Malaysia, rata-rata adalah jenis Entire Place dan Private Room.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi More Filters untuk mencari kediaman yang lebih spesifik dan menepati citarasa anda.
Menggunakan fungsi More Filter ni, kita boleh hadkan hasil carian kepada unit rumah kediaman yang lebih spesifik.
- Berapa buah katil yang kita mahukan?
- Berapa buah bilik yang diperlukan?
- Berapa banyak bilik air yang perlu ada?
Cubalah bermain dengan fungsi More Filter untuk dapatkan hasil carian yang lebih baik. Fungsi ini bagus, jika di kawasan tertentu terdapat terlalu banyak listing. Contohnya ada 1,000 listing.
Anda pasti tak mahu buang masa untuk semak satu per satu setiap kediaman yang tersenarai, kerana ia agak membuang masa. Maka, untuk jimatkan masa anda, guna sahaja fungsi filter ini.
(2) Buat tempahan tempat penginapan pilihan anda
Untuk mula membuat tempahan, anda perlu mendaftar untuk jadi sebahagian daripada pengguna dan ahli Airbnb.
Saya syorkan anda gunakan pautan ini untuk membuat pendaftaran. Sekiranya anda membuat pendaftaran menggunakan pautan yang saya berikan, anda akan menerima travel credit bernilai RM105. (Jumlah ini mungkin berubah bergantung kepada bila anda baca artikel ini)
Sebaliknya, jika anda terus daftar di laman web Airbnb, semasa membuat carian tempat menginap, anda mungkin tidak akan dapat sebarang Travel Credit.
Sila baca posting saya berjudul Cara membuat tempahan menerusi laman web Airbnb menggunakan travel credit. Dengan adanya travel credit ini, kos untuk penginapan dapat dijimatkan.
Ini dia borang untuk membuat tempahan di laman web Airbnb.
Anda akan diberitahu berapa harga untuk menginap semalaman.
Masukkan tarikh masuk dan tarikh keluar.
Masukkan berapa ramai bilangan guest.
Tekan butang Book.
Sesetengah tempat yang memang sudah cukup popular, akan dinyatakan berapa ramai bilangan orang yang sedang melihat guesthouse atau homestay tersebut.
Dalam contoh diatas, ia ada dinyatakan. Lihat pada ayat…
This home is on people’s minds.
It’s been viewed 155 times in the past week.
Jika anda lambat bertindak dan buat keputusan, tempat tersebut mungkin akan diambil orang lain pada hari tersebut.
(3) Baca dengan teliti setiap informasi yang diberikan oleh pihak tuan rumah
Bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kekeliruan ataupun pertikaian pada hari anda ingin mendaftar masuk, sebaik-baiknya anda baca dan fahamkan apa peraturan dan lain-lain informasi yang dibekalkan oleh pihak tuan rumah.
Apakah kemudahan yang disediakan untuk para tetamu? Boleh rujuk pada bahagian Amenities.
Bahagian yang saya telah tandakan adalah antara kemudahan-kemudahan yang saya kira sangat baik.
- Ada kitchen. Jadi boleh jimat dan boleh masak sendiri.
- Rumah ini sesuai untuk famili.
- Boleh basuh baju apabila menginap disini. Jadi tak perlu bawa banyak baju.
- Suitable for events. Boleh jemput kawan-kawan untuk datang.
Selain bahagian Amenities, informasi tentang sleep arrangement, house rules dan juga cancellations juga penting untuk diperhatikan.
Sleeping Arrangements
Bila kita tahu, macam mana keadaan susun atur di setiap bilik, ia akan jadi lebih mudah dalam proses pembahagian bilik.
Kadang-kadang saya sendiri rasa susah nak bayangkan, bagaimana susun atur dalam bilik kalau cuma bergantung kepada gambar-gambar yang diberikan. Sebaik-baiknya, pihak pengusaha bisnes homestay dapat sediakan sleeping arrangement seperti ini lebih baik.
House Rules
Biasanya house rules tidaklah begitu banyak. Bergantung kepada jenis tempat penginapan yang anda pilih. Baca, fahamkan dan pastikan anda ikut peraturan yang telah ditetapkan. Kita nak menginap di tempat orang, jadi kenalah ikut peraturan yang telah ditetapkan.
Cancellations
Apa yang patut anda lakukan sekiranya anda tak jadi nak pergi bercuti atas sebab-sebab tertentu. Mungkin sebab anda tak dapat cuti, atau ada kecemasan. Adakah boleh dapat semula duit anda? Atau hanya akan dapat sebahagian.
Ia ada diterangkan di bahagian cancellations ini.
(4) Baca review dari tetamu sebelum ini
Review dari tetamu sebelum ini boleh dijadikan panduan tentang keadaan dirumah tersebut. Biasanya, pihak tuan rumah akan memastikan keadaan rumah selesa untuk didiami dan review yang diberikan oleh tetamu juga adalah review yang positif.
Review ini adalah ditulis oleh tetamu yang pernah menginap sebelum ini.
Rumah yang ada banyak review dari tetamu sebelum ini, pastinya dapat memberi keyakinan kepada tetamu berbanding rumah atau host yang tak pernah ada review langsung sebelum ini.
(5) Lihat gambar-gambar yang disediakan oleh pemilik rumah
Setiap gambar, lazimnya akan disertakan bersamanya caption. Lihatlah gambar-gambar yang dibekalkan.
Sekiranya anda tak berapa puas hati dengan gambar yang diberikan, anda boleh hubungi pihak host. Macam sebelum ini, saya merancang untuk menyediakan makanan sendiri. Walaubagaimanapun, dari gambar yang diberikan oleh pihak host, saya tak nampak ada disediakan
- Periuk dan kuali
- Dapur memasak
- Peti sejuk
Jadi, apa yang saya buat, saya hubungi pihak host dan minta mereka berikan gambar apa yang saya perlukan ini. Kalau memang kemudahan tu ada disediakan, sepatutnya tak jadi masalah untuk pihak host berikan gambar.
(6) Rujuk dan hubungi pihak Airbnb jika ada sebarang isu atau masalah
Sekiranya pada hari kejadian, terdapat sebarang masalah atau pertikaian antara anda dengan pihak host, dan perkara tersebut tidak dapat diselesaikan dengan cara yang mudah, maka langkah seterusnya adalah hubungi pihak Airbnb.
Biarkan pihak Airbnb bantu anda selesaikan sebarang masalah dan isu yang ditimbulkan. Semasa membuat tempahan di laman web Airbnb, anda perlu bayar sejumlah wang sebagai service fee. Khidmat pelanggan adalah sebahagian dari perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Airbnb. Jadi, gunakan ia dengan sewajarnya.
Namun, anda tak perlulah terlalu risau, sebabnya jarang berlaku masalah apabila masing-masing faham peranan masing-masing. Sebab tu penting, sebelum pergi bercuti, anda dan host saling berhubung jika ada sebarang perkara yang tak berapa jelas.
Baiklah, semoga sedikit perkongsian saya tentang Airbnb ini memberi anda sedikit gambaran, bagaimana cara untuk membuat tempahan dengan selamat di laman web Airbnb.
Sekiranya anda masih belum ada travel credit dari Airbnb, anda boleh dapatkan travel credit tersebut dipautan ini.