Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce

March 4, 2020 by Sabree Hussin

Ada tak cara untuk tingkatkan jualan dan tambahkan pendapatan melalui bisnes yang dijalankan menggunakan sistem e-commerce?

Bisnes yang dibina menggunakan sistem e-commerce bukanlah jalan pintas untuk jadi kaya raya. Jika ada yang mengatakan anda boleh jadi jutawan dengan menjalankan bisnes e-commerce, kenyataan tersebut sangatlah over simplified.

 

Dari segi teori, anda memang ada peluang untuk jana kekayaan. Namun ia mungkin tak semudah yang disangka. Pada sisi yang lain, anda juga perlu mempunyai modal yang besar, terutama sekali bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan, bagi memastikan anda betul-betul berjaya hasilkan jualan yang banyak dalam model bisnes jenis ini.

 

Sebenarnya, dalam mana-mana dan apa-apa jenis perniagaan yang dijalankan secara online, ada tiga formula sahaja yang anda perlu beri perhatian bagi tujuan mendapatkan hasil yang lumayan.

 

Tiga formula ini juga terpakai untuk anda berjaya dalam bisnes jenis e-commerce. Apa dia formula yang dimaksudkan tersebut? Sila baca artikel ini untuk dapatkan formula tersebut.

 

Naikkan trafik

Pelawat yang keluar masuk ke laman web perniagaan anda dikenali sebagai trafik. Memiliki laman web e-commerce anda sendiri tidak akan menjadikan anda kaya-raya dengan tiba-tiba. Laman web anda perlu ada trafik.

 

Ibarat anda membina sebuah shopping mall yang sangat besar dan lengkap dengan pelbagai jenis barang. Kalau langsung tak ada pengunjung, sudah tentu tak akan ada sesiapa yang akan beli produk di shopping mall milik anda.

 

Apa yang perlu dilakukan untuk naikkan trafik? Jawapannya adalah buat kerja-kerja pemasaran dan juga pengiklanan.

 

Kelebihan buat bisnes e-commerce kalau nak bandingkan dengan buka kedai fizikal ialah, bisnes e-commerce kita tak perlu nak bayar sewa yang mahal setiap bulan, bil api, air dan sebagainya. Perbelanjaan untuk menjalankan operasi perniagaan tak begitu tinggi.

 

Malahan kita juga boleh buat bisnes secara dropship sahaja. Ini bermakna kita tak perlu ada modal pusingan yang besar untuk simpan stok. Risiko kerugian juga dapat dikurangkan, apabila jalankan bisnes guna kaedah ini.

 

Oleh yang demikian, bajet yang sepatutnya digunakan bagi tujuan bayar sewa, beli stok produk dan sebagainya kalau buat bisnes fizikal bolehlah disalurkan kepada kerja-kerja pengiklanan.

 

Sekarang ini nak iklankan bisnes secara online sangatlah mudah. Anda boleh gunakan

  1. Google Adwords
  2. FBAds
  3. Youtube Ads
  4. Yahoo Ads
  5. Bing Ads
  6. TikTok Ads pun ada
  7. Instagram Ads
  8. Twitter Ads

 

Ada terlalu banyak pilihan. Cuma sebelum nak bakar duit bagi tujuan pengiklanan, anda kena pastikan golongan pelanggan yang anda sasarkan tu sebenarnya ada dimana.

 

Pengguna TikTok kebanyakkannya adalah orang-orang muda dalam lingkungan umur 17 – 25 tahun. Jika produk yang anda jual di e-commerce milik anda sesuai untuk peringkat umur ini, maka keputusan untuk gunakan TikTok sebagai medium pengiklanan berbayar adalah munasabah.

 

Anda tak mahu belanjakan duit bagi tujuan pengiklanan? Tak ada masalah. Anda boleh guna strategi konten marketing, yang mana anda menulis artikel dan siarkan di blog, media sosial dan sebagainya. Pastikan setiap posting yang anda buat, ada pautan untuk masuk ke halaman e-commerce milik anda.

cara-buat-duit-dengan-shopee

 

Naikkan conversion rate

Conversion ni merujuk kepada pertukaran daripada pelawat (trafik) kepada pembeli. Biasanya ia dinilai daripada nilai 100. Maksud saya, dari 100 orang pelawat, berapa ramai yang akhirnya menjadi pembeli.

 

Andaikata dari 100 orang pelawat, ada dua orang yang jadi pembeli, bermakna conversion rate adalah 2%. Persoalannya ialah, macam mana nak naikkan conversion rate kepada satu kadar yang lebih besar.

 

Misalnya dari 2% nak naikkan kepada 5%, 10%, 12% dan sebagainya. Lagi tinggi conversion rate lagi bagus. Andaikata conversion rate 20%, maknanya dari 100 orang pelawat yang masuk ke website e-commerce milik kita, 20 orang bertukar menjadi pembeli.

 

Apa tips untuk tingkatkan conversion rate?

Ada beberapa tips yang anda boleh praktikkan, antaranya

1. Gunakan video dalam penerangan tentang produk

2. Gunakan gambar yang menarik, jelas, dan dari pelbagai sudut

3. Gunakan ayat copywriting yang menarik

4. Tawarkan free gift kepada pembeli yang bertindak segera, atau untuk stok terhad

5. Berikan jaminan kepuasan pelanggan dan penukaran barang jika tak puas hati

 

Naikkan earning per sale

So mungkin anda patut kira, dalam setiap jualan yang berjaya anda hasilkan, berapa sebenarnya keuntungan yang anda perolehi?

 

Kita andaikan, satu jualan untung RM5.

Kalau conversion rate 5%, bermakna dalam setiap 100 orang pelawat, 5 orang akan jadi pembeli.

Dengan untung jualan satu produk sebanyak RM5, keuntungan yang anda jana adalah RM5 x 5 orang iaitu sebanyak RM25 sahaja.

 

Setelah anda mengetahui konsep earning per sale ini, mungkin anda nak pertimbangkan untuk pilih produk yang betul-betul boleh hasilkan untung yang tinggi.

 

Usaha untuk dapatkan 100 orang pelawat mungkin sama sahaja, iaitu anda gunakan kaedah iklan berbayar, dan anda telah lakukan semua yang anda mampu bagi mendapatkan conversion rate sebanyak 5% bagi web e-commerce anda. Namun disebabkan produk yang anda jual semuanya murah-murah, maka keuntunggan yang anda perolehi juga tak sebanyak mana.

 

Usaha yang sama, namun jika anda ubah produk yang menawarkan keuntungan yang lebih tinggi, anda lebih berpeluang untuk jana lebih banyak duit.

 

Mudah-mudahan dengan perkongsian ringkas ini ada manfaatnya untuk anda.

 

 

More from my site

  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?
  • Hukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solatHukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solat
  • Bagaimana cara untuk menambahkan follower di Instagram dengan pantas?Bagaimana cara untuk menambahkan follower di Instagram dengan pantas?
  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Adakah kerja sambilan menaip dari rumah benar-benar wujud dan boleh dipercayai?Adakah kerja sambilan menaip dari rumah benar-benar wujud dan boleh dipercayai?
  • Bagaimana cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb?Bagaimana cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Bisnes Online Tagged With: bisnes ecommerce, buat jualan di ecommerce, laman web ecommerce

Recent Posts

  • Bagaimana cara menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb
  • Bagaimana Cara Bisnes Network Marketing berfungsi
  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?

Recent Comments

  • Bagaimana Bisnes Network Marketing berfungsi on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana bisnes Network Marketing boleh bantu selesaikan masalah hutang anda - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Nota Kewangan Sentap - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia

Archives

  • May 2023
  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Bisnes Network Marketing
  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...