Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada sesuatu iklan itu BERKESAN atau tidak berkesan?

“Saya banyak menghasilkan iklan untuk perniagaan saya. Boleh dikatakan, banyak juga tempat yang saya gunakan bagi tujuan iklan. Tetapi saya pelik, jualan saya tidak juga meningkat. Adakah iklan yang saya hasilkan tu tidak berkesan? Macam mana saya nak tahu sama ada iklan tersebut berkesan atau tidak? Ada pandangan tak?”

teknik-menulis-iklan-yang-berkesan

Saya ingin kongsikan petikan daripada buku berjudul Scientific Advertising yang ditulis oleh Claude Hopkins, menurut beliau

The only purpose of advertising is to make sales. It is profitable or unprofitable according to its actual sales.”

 

Iklan yang kita hasilkan, jika ia tidak berupaya untuk menghasilkan sebarang jualan, bermakna iklan tersebut langsung tak bagus. Ada sesuatu yang perlu kita lakukan bagi memastikan iklan tersebut dapat memberikan kesan yang kita mahukan.

 

Iklan yang kita hasilkan, ia mungkin tidak memberi impak kepada jualan secara langsung.

 

Ia berkait rapat juga dengan apa tujuan sesuatu iklan itu dihasilkan.

(1) Adakah iklan tersebut dihasilkan bagi membina jenama sesuatu produk?

(2) Adakah iklan tersebut dihasilkan bagi mendapatkan pelawat untuk melihat tawaran utama syarikat?

 

Memandangkan, setiap iklan yang dihasilkan itu mempunyai matlamatnya yang tersendiri, sebelum ia berjaya menukarkan seorang prospek kepada pelanggan, jadi saya ingin kongsikan disini, bagaimana untuk kita mengetahui sama ada sesuatu iklan yang telah kita hasilkan itu mempunyai kesan positif atau langsung tiada impak.

 

(1) Bilangan pengunjung yang melayari laman web anda menunjukkan peningkatan 

Hasil daripada iklan yang anda hasilkan, anda dapat lihat pada statistik laman web ada menunjukkan peningkatan dari segi trafik.

 

Jika anda mempunyai laman web perniagaan, dan anda sentiasa mengikuti perkembangan laman web tersebut, maka ini merupakan salah satu cara untuk mengetahui sama ada iklan yang telah anda hasilkan selama ini ada menunjukkan kesan-kesan positif atau sebaliknya.

 

Jika anda menggunakan platform wordpress sebagai medium untuk membina laman web bisnes anda, anda boleh install plugin Jetpack bagi mengetahui statistik pelawat yang mengunjungi laman web anda.

cara-naikkan-jumlah-pelawat

Menerusi sistem statistik yang digunakan tu, kita boleh mengetahui berapa banyak bilangan pelawat yang masuk ke laman web perniagaan kita, selain kita boleh juga tahu data seperti

  1. Halaman mana satu yang paling banyak menerima klik
  2. Dari mana datangnya pelawat yang masuk ke laman web perniagaan kita
  3. Jika pelawat datang dari laman web carian, kita juga boleh tahu apakah kata kunci yang membuatkan mereka menemui laman web milik kita.
  4. Apa link yang menerima klik dari pelawat yang masuk ke page kita

 

Dengan merujuk kepada data-data yang ada, kita boleh tahu sama ada iklan yang kita pernah buat sebelum ini telah memberi impak atau sebaliknya langsung tidak membantu.

 

Maka dari situ, kita bolehlah ambil tindakan yang sewajarnya. Sama ada kita perbaiki iklan, tukar tempat iklan, perbanyakkan lagi iklan, atau hentikan terus iklan tersebut.

 

Jika anda menggunakan kaedah pengiklanan berbayar, maka anda perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan. Jika tidak, bajet yang anda peruntukkan bagi tujuan iklan akan hangus begitu sahaja.

 

(2) Bilangan subscriber anda bertambah banyak

Walaupun iklan anda tidak cukup power untuk menghasilkan sebarang jualan, namun anda perlu pastikan setiap bajet atau usaha pengiklanan yang anda lakukan tidak sia-sia.

 

Untuk menghasilkan iklan yang boleh terus convert kepada sales, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Malahan, seorang copywriter yang mempunyai pengalaman yang sangat banyak juga adakalanya akan menghadapi situasi yang sukar.

 

Justeru, apa kata kita ubah fokus iklan daripada untuk dapatkan jualan kepada untuk dapatkan subscriber.

 

Strategi mengumpul subscriber ini, sebenarnya turut digunapakai oleh ramai peniaga-peniaga online. Malahan, perniagaan-perniagaan besar seperti Lazada, Zalora, dan banyak lain ecommerce yang popular turut menggunakan kaedah ini.

Seorang bakal pelanggan, mungkin tidak akan membuat pembelian pada kali pertama dia melihat sesuatu tawaran. Namun dengan adanya usaha untuk membuat follow up secara berterusan, orang yang tak minat beli pasti akan buat pembelian juga satu hari nanti.

 

Maka sebab itu, penting untuk anda sebagai usahawan mengumpul subscriber.

 

Bagi mengumpul subscriber, anda akan memerlukan perisian yang kita panggil sebagai autoresponder. Menggunakan perisian ini, anda boleh kumpul nama dan alamat emel prospek anda.

 

Penggunaan emel sebagai medium komunikasi adalah baik kerana ia tidak bersifat terlalu mengganggu (atau agresif) kepada si penerima emel tersebut.

 

Jika anda inginkan khidmat autoresponder yang percuma, boleh cuba guna servis dari emelmatik.

 

(3) Artikel iklan atau artikel yang bercerita mengenai perniagaan anda berjaya masuk ke halaman pertama google bagi kata kunci tertentu

Jika anda menggunakan kaedah advertorial dalam pengiklanan anda, anda mungkin akan dapati yang artikel advertorial tersebut telah berjaya masuk ke page pertama di halaman carian seperti google, bing, yahoo search dan sebagainya.

 

Itupun bergantung kepada faktor, seperti dimana anda siarkan iklan advertorial anda?

 

Jika iklan anda disiarkan di laman web seperti blog, forum, website iklan, FB Fanpage atau mungkin di LinkedIn, iklan advertorial tersebut mungkin ada peluang untuk masuk ke page pertama google.

 

Untuk mencapai matlamat ini, anda perlu ada pengetahuan yang baik tentang bagaimana laman web carian berfungsi. Sekurang-kurangnya anda atau orang yang anda bakal upah untuk hasilkan iklan untuk anda tu, perlu ada serba sedikit ilmu tentang pemasaran SEO.

 

Jika tidak, mungkin iklan advertorial anda tu nanti akan selama-lamanya berada dihalaman ke 157 google dan langsung tidak berjaya menarik perhatian pelawat organik.

pelawat-organik-dari-google

Apa benda pelawat organik ni? Istilah pelawat organik ni merujuk kepada pelawat yang mengunjungi sesebuah laman web tanpa anda perlu buat apa-apa. Pelawat jenis ini selalunya masuk ke sesuatu website sebab dia terlihat laman web anda tersenarai di muka surat pertama google bagi hasil carian menggunakan kata kunci tertentu.

 

(4) Bilangan like, share, komen dan lain-lain social indicator menunjukkan peningkatan

Ini merupakan satu petanda yang paling mudah dilihat. Jika iklan yang anda buat adalah di media sosial, seperti di FB misalnya, kita boleh terus tahu sama ada iklan anda tu mendapat sambutan yang baik ataupun tidak daripada reaksi yang diterima.

 

Kalau langsung tiada feedback, maka tahulah kita bahawa iklan yang kita buat tu memang ada masalah.

 

(5) Anda menerima panggilan telefon, whatsapp dan sebagainya

Adakah anda meletakkan ayat seperti “Sila Whatsapp/ Call nombor sekian-sekian untuk maklumat lanjut…”

Jika jawapan anda adalah ya, maka dapat kita simpulkan bahawa setiap panggilan masuk ataupun whatsapp yang diterima, adalah berpunca dari kempen iklan yang menyuruh bakal pelanggan berbuat demikian.

 

Sekiranya anda banyak buat iklan, amatlah disarankan untuk anda pelbagaikan ayat call to action. Contohnya untuk setiap iklan yang anda buat di medium yang berbeza, anda menggunakan ayat call to action contohnya

  1. Sila klik pada link berikut untuk maklumat lanjut
  2. Sila masukkan nama dan alamat emel anda di borang berikut untuk maklumat tambahan
  3. Sila whatsapp nombor tertera
  4. Sila join group FB Rahsia ini untuk dapatkan lebih banyak maklumat

 

Apabila anda pelbagaikan ayat call to action, anda boleh lihat, ayat call to action yang mana satu yang paling banyak mendapat sambutan.

 

Jika ayat call to action yang menyuruh prospek menekan klik nampaknya tidak ada sambutan, maka dalam iklan seterusnya, anda tak perlu gunakan ayat tersebut dan fokus sahaja pada ayat iklan yang betul-betul mendapat sambutan.

 

(6) Bilangan orang yang menekan klik pada link url anda bertambah

Kebiasaannya, keberkesanan sesebuah laman web untuk menghasilkan jualan diukur mengikut ukuran yang dipanggil conversion rate. Sesebuah laman web yang baik, selalunya hanya mempunyai conversion rate sekitar 3% sahaja.

 

Ini bermakna, dalam setiap 100 orang yang mengunjungi laman web perniagaan anda, atau halaman jualan anda, hanya 3 orang sahaja yang akan membuat pembelian.

 

Apa akan jadi kepada 97 orang yang lain?

 

Jika anda tidak mempunyai mekanisme untuk mengajak mereka ini untuk join mailing list anda dan menjadi subscriber, tidak mengajak mereka untuk layari fanpage anda, tidak menyuruh mereka untuk baca blog perniagaan anda, maka usaha membawa masuk 100 orang bakal pelanggan ini akan terbazir begitu sahaja.

 

Jika 3 orang dari 100 orang tu buat pembelian, bakinya yang lagi 97 itu akan meninggalkan laman web anda selama-lamanya tanpa anda dapat peluang untuk buat follow up dengan mereka.

 

(7) Anda berjaya memperoleh jualan!

Masih ingat lagi kata-kata Claude Hopkins yang saya kongsikan awal-awal tadi? The only purpose of advertising is to make sales

 

Iklan yang bagus pasti akan menghasilkan jualan. Itu adalah satu hakikat yang mudah untuk difahami oleh semua orang.

 

Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan banyak medium pengiklanan dalam satu-satu masa, dan setiap medium pengiklanan tu pula ada kos yang perlu dibayar, maka menjadi tanggungjawab kita untuk kenalpasti, iklan yang mana satu yang paling berkesan.

 

Setiap masa, kita perlu membuat analisis bagi mengetahui perkembangan iklan yang kita telah hasilkan. Jika ianya bagus dan terbukti mampu untuk convert kepada sale, maka iklan itulah yang kita perlu fokuskan.

 

Sesuatu iklan, jika ia tak mampu untuk memberikan sales kepada anda sekalipun, pastikan ia mampu untuk menghasilkan kesan seperti

  1. Menambahkan bilangan pelawat yang masuk ke laman web anda
  2. Meningkatkan jumlah subscriber anda
  3. Meningkatkan jumlah klik pada link jualan anda

 

Seterusnya, dengan kaedah follow up yang berkesan, lambat lain ia akan bertukar juga kepada jualan.

 

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes