Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Berapa jarak yang mengharuskan Qasar Solat?

December 27, 2016 by Sabree Hussin

Kenapa tak buat solat jamak qasar je sebelum datang sini?

jarak-solat-qasar

Pada satu hari saya bercuti ke Pengkalan Balak, Melaka. Dalam perjalanan balik, saya singgah ke rumah saudara saya yang berada di Seremban. Soalan itu yang ditanyakan pada saya. Mungkin sebab dia rasa pelik, kenapa saya tak buat je solat jamak dan qasar sepanjang bercuti di Pengkalan Balak, Melaka tu.

 

Salah satu faktor yang mengharuskan solat qasar yang perlu kita perhatikan adalah faktor musafir melebihi jarak tertentu. Bagi melihat sama ada saya layak untuk menunaikan solat secara jamak, jamak dan qasar, atau qasar sahaja, maka perlu dilihat berapa jauh jarak perjalanan musafir tersebut.

 

Dalam posting ini, saya merujuk kepada buku berjudul 111 Soal Jawab Berkaitan Solat Jamak & Qasar yang ditulis oleh Ustaz Zulkarnain bin Dollah dan Ustaz Azhar bin Yahya Al-Batawi. Buku ini adalah salah satu buku yang sangat bagus untuk dijadikan rujukan. Ada banyak persoalan tentang solat jamak dan qasar yang diketengahkan (dalam bentuk soalan dan jawapan) dan setiap penerangan juga sangat mudah difahami.

 

Bagi mengetahui sama ada sesuatu perjalanan musafir itu harus untuk mengerjakan solat secara jamak dan qasar atau tidak, maka kita perlu lihat berapa jarak perjalanan tersebut.

 

Menurut pendapat jumhur ulama’ dari Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, jarak perjalanan yang mengharuskan qasar solat ialah

  1. Empat burud, atau
  2. 16 farsakh, atau
  3. 48 batu hasyimiyyah, atau
  4. Dua Marhalah bagi perjalanan unta yang membawa barang yang berat, ini juga adalah pendapat Ibn Umar dan Ibn Abbas
  5. Menurut Imam Nawawi, ianya sama dengan dua hari (tanpa malamnya) berjalan kaki dengan perjalanan sederhana atau biasa

 

Manakala menurut pengiraan zaman moden atau mengikut ukuran sekarang (berdasarkan kajian dan pendapat ulama kontemporari)

 

Syeikh Muhammad Khatir

Menurut pandangan Syeikh Muhammad Khatir (Mufti Mesir tahun 1977) jarak yang mengharuskan qasar solat ialah 81KM.

 

Dr. Muhammad Bakar Ismail

Menurut Dr. Muhammad Bakar Ismail (salah seorang ulama Al-Azhar) jarak yang mengharuskan qasar solat ialah 78KM.

 

Sayyid Ahmad Husaini

Manakala menurut Sayyid Ahmad Husaini di dalam kitabnya Zadul Musafir, beliau telah mentahqiqkan bahawa jarak yang mengharuskan qasar solat ialah lebih kurang 89KM.

 

Prof Syeikh Dr Ali Jum’ah

Menurut Prof Syeikh Dr Ali Jum’ah (bekas mufti Kerajaan Negeri Mesir) di dalam buku himpunan fatwanya Al-Kalimu At-Tayyib Fatawa ‘Asriyyah dan Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili (pengarang kitab fiqh Syafie terkini Al-Muktamad Fil Fiqh Al-Syafie) jarak yang mengharuskan solat qasar ialah 85KM.

 

Prof Dr. Wahbah Al-Zuhaili

Menurut Prof Dr. Wahbah Al-Zuhaili, jarak dalam ukuran kilometer secara tepat mengikut ukuran hari ini ialah 88.704KM atau secara genap 89KM.

 

Dr Mustofa Bugho dan Rakan-rakannya

Manakala menurut Dr Mustofa Bugho, Dr Mustofa Al-Khin dan Ali Al-Syarbaji di dalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ala Mazhab Al0Imam Al-Syafie, jarak yang tepat dalam ukuran kilometer ialah 81KM.

 

Prof Dr Muhd ‘Uthman Syubair

Menurut Prof Dr Muhd ‘Uthman Syubair (Pensyarah Kuliyyah Syariah di Universiti Qatar) dalam kajian perbandingan beliau terhadap jarak yang mengharuskan qasar solat, beliau menyebut bahawa penentuan jarak musafir tidak disebut secara tepat dan jelas di dalam nas yang sahih, tetapi ia bergantung kepada adat dan kebiasaan sesuatu perjalanan itu boleh dianggap sebagai musafir atau tidak.

Beliau telah mentarjihkan mazhab Zahiri dalam masalah ini, kerana kekuatan dalil-dalil yang dipegang oleh mereka (tiada nas yang jelas dan khusus yang menetapkan jarak musafir).

Walaubagaimanapun, penetuan jarak musafir ini perlu ditetapkan oleh para ulama hari ini supaya orang awam tidak terkeliru dan tidak mempermudah-mudahkan urusan agama. Maka beliau berpendapat pada hari ini perjalanan sejauh 80KM sudah boleh dianggap sebagai perjalanan yang mengharuskan solat qasar. Penetapan jarak ini tidak bertentangan dengan nas Al-Quran dan Al-Sunnah bahkan ia adalah untuk meraikan kemaslahatan dan kepentingan umat Islam.

 

Dr Ahmad Syurbasi

Menurut Dr Ahmad Syurbasi di dalam kitabnya Yasalunaka Fiddin wa Al-Hayyah, jarak yang diharuskan dalam melakukan qasar adalah perjalanan yang melebihi 80KM atau secara tepat 83.5KM.

 

Syeikh Atiyyah Saqar

Menurut Syeikh Atiyyah Saqar di dalam kitab beliau Min Ahsanil Kalam Fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam, pendapat yang disepakati oleh fuqaha empat mazhab bagi jarak musafir yang mengharuskan qasar solat ialah kira-kira tidak kurang dari 80KM.

 

Prof Dr yusuf Al-Qardawi

Menurut Prof Dr yusuf Al=Qardawi dalam kitabnya Fiqh As-Siyam, jarak musafir hari ini yang mengharuskan qasar solat dan berbuka puasa mengikut pendapat yang masyhur di kalangan mazhab para ulama ialah 80KM atau 90KM.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya jarak yang mengharuskan qasar solat ialah di antara 80 – 90KM (bagi perjalanan sehala sahaja)

 

Menurut penulis buku 111 Soal Jawab Berkaitan Solat Jamak & Qasar, Ustaz Zulkarnain bin Dollah, beliau lebih cenderung untuk mengikut pendapat 85-89KM (pendapat Prof Dr Ali Jum’ah, Prof Dr Muhammad Al-Zuhaili dan Prof Dr Wahbah Al-Zuhaili) sebagai jarak yang mengharuskan jamak dan qasar solat. Namun tiada masalah jika para pembaca ingin berpegang kepada pendapat yang kurang dari 85 – 89KM kerana pengiraan jarak adalah bersifat ijtihadi (berdasarkan pengamatan dan kajian para ulama yang masing-masing mempunyai keahlian berijtihad)

 

Berbalik kepada situasi saya, adakah saya layak untuk solat secara jamak dan qasar? Maka saya gunakan fungsi google maps untuk mengetahui jarak perjalanan saya.

jarak-dibenarkan-solat-qasar-jamak

Saya bermula dari Desa Tun Razak, Cheras dan tempat destinasi yang dituju ialah Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Ada dua jalan yang diberikan, iaitu melalui Lebuhraya Utara Selatan sejauh 111KM dan juga melalui lebuhraya LEKAS sejauh 117KM.

 

Ya, jarak perjalanan ini lebih daripada 89KM dan sebenarnya saya boleh mengerjakan solat secara jamak dan qasar semasa berada disana.

 

Pada masa catatan ini ditulis, saya tak jumpa mana-mana online store yang menjual buku ini. In Shaa Allah, jika ada saya akan update di sini.

 

Walaubagaimanapun, saya ada jumpa beberapa tajuk buku yang mungkin anda minat untuk baca mengenai ibadah solat, antaranya

1. Ensiklopedia Solat (Harga Promosi RM95.00)

2. Ensiklopedia Solat : A – Z Tentang Solat (Harga Promosi RM57.00)

3. Solat Musafir (Harga Promosi RM9.80)

4. Ensiklopedia Solat (Harga RM100.00)

5. Formula Solat Sempurna (RM28.00)

6. Fiqh Musafir, Himpunan solat-solat sunat (Harga Promosi RM14.63)

 

More from my site

  • Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship?Apa kelebihan buat bisnes online guna konsep dropship?
  • Jobdirumah ni ok ke tidak? Boleh dipercayai ke?Jobdirumah ni ok ke tidak? Boleh dipercayai ke?
  • Bagaimana cara bina laman web menggunakan sistem WordPress?Bagaimana cara bina laman web menggunakan sistem WordPress?
  • Bagaimana cara beli borong barang dari China secara online?Bagaimana cara beli borong barang dari China secara online?
  • Bagaimana cara menggunakan laman web Airbnb untuk merancang percutian bersama keluarga?Bagaimana cara menggunakan laman web Airbnb untuk merancang percutian bersama keluarga?
  • Apa dia panduan yang boleh dirujuk untuk memborong barangan dari China?Apa dia panduan yang boleh dirujuk untuk memborong barangan dari China?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Solat Tagged With: jarak mengharuskan solat qasar, solat jamak, solat qasar

Recent Posts

  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?
  • Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • Apa contoh kerja yang boleh dilakukan untuk individu lepasan SPM?

Recent Comments

  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia
  • Sabree Hussin on Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya?
  • Sabree Hussin on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?
  • RISMA ANDIANI on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?

Archives

  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in