Salam sejahtera. Boleh bantu saya? Baru-baru ini saya ada terlihat iklan tentang peluang bekerja dari rumah sewaktu saya sedang melayari internet. Bila saya klik pada iklan tersebut, saya dibawa ke laman web Jobdirumah, iaitu http://www.jobdirumah.com. Soalan saya ialah, betul ke kita boleh buat duit menerusi laman web Jobdirumah ini?
Jawapan MUDAH dan RINGKAS untuk persoalan ini adalah YA MEMANG BOLEH. Walaubagaimanapun, memandangkan anda telah bertanya soalan ini, jadi apa kata kita buat serba sedikit kajian mengenai laman web jobdirumah ini. Boleh jadi kat luar sana sebenarnya masih ada ramai lagi yang keliru dan masih tak faham apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pengendali laman web Jobdirumah.
Screenshot diatas adalah dari laman web Jobdirumah. Anda mungkin akan dapati laman web tersebut sedikit berbeza berbanding sebelum ini. Sebabnya pengendali laman web tersebut sentiasa mengemaskini dan menambahbaik info-info dan maklumat yang disiarkan pada laman web tersebut.
Memandangkan penyertaan sebagai ahli di laman web Jobdirumah ini mewajibkan bakal ahli untuk membuat pembayaran sejumlah wang sebagai yuran, saya amat-amat menggalakkan untuk anda baca laman web ini dengan teliti dari mula sampai habis. Apa yang dinyatakan di laman web utama boleh dikatakan begitu jelas. Pastikan anda tahu dan FAHAM apa yang anda bayar.
Kalau baca sekali tak cukup, bacalah kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau anda nak ulang pembacaan sampai 10 kali juga tak ada masalah. Anda tak rugi apa-apa. Hanya apabila anda dah benar-benar faham, barulah berbaloi untuk anda sertai sebagai ahli di laman web Jobdirumah dan mendapat akses bagi video-video dan panduan yang ditawarkan di laman web tersebut.
Apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak Jobdirumah dan kenapa kena bayar?
Laman web Jobdirumah ni sebenarnya jual PANDUAN. Ya, mereka MENJUAL PANDUAN. Sekali lagi saya ulang, laman web jobdirumah sebenarnya MENJUAL PANDUAN.
Apa benda panduan yang dijual tu sebenarnya? Saya petik apa yang dinyatakan oleh pihak Jobdirumah di laman web mereka, iaitu
“Bisnes kami adalah menjual eguide iaitu latihan bekerja di rumah yang lengkap dengan tutorial langkah demi langkah, bila anda join anda membayar untuk mengikuti eguide tersebut.“
Adakah sekarang dah jelas? Bayaran yang anda buat adalah untuk mengikuti e-guide ataupun panduan yang anda boleh jadikan rujukan untuk mula bekerja dari rumah. Adakah semua orang memerlukan panduan ini? Pada pandangan saya, tidak semua orang perlukan panduan ini. Jika anda YAKIN bahawa anda mampu untuk cari sendiri semua maklumat yang diperlukan apabila ingin bekerja dari rumah, mungkin anda tak perlu panduan ini.
Akan tetapi, jika anda rasa agak leceh untuk buat research sendiri, maka jalan mudah adalah dengan beli panduan. Anggaplah macam beli buku rujukan sahaja. Kebanyakkan maklumat dan informasi yang terdapat pada kebanyakkan buku-buku yang dijual di pasaran semuanya kita boleh dapat secara percuma. Dengan syarat kita rajin membaca dan buat carian di internet.
Walaubagaimanapun, anda mungkin tak ada masa. Anda mungkin tak tau kat mana nak dapatkan maklumat tersebut dalam satu bentuk tersusun dan mudah untuk difahami. Maka, langkah yang paling bijak adalah dengan membeli buku yang telah siap disusun oleh penulis. Begitulah juga halnya dengan panduan jobdirumah ini.
Saya juga menggalakkan anda untuk membaca review tentang Jobdirumah yang boleh didapati di laman web google.
Secara asasnya, mereka menjual PANDUAN. (Ya saya tahu yang saya dah ulang pernyataan ini beberapa kali)
Panduan yang dijual ini bukannya untuk semua orang. Hanya individu tertentu sahaja yang sesuai untuk dapatkan dan baca panduan ini, antaranya adalah mereka yang ingin belajar bagaimana caranya untuk mula bekerja dari rumah, dari zero hinggalah berjaya menjana pendapatan hasil daripada bekerja dari rumah. Adakah mustahil untuk bekerja dari rumah?
Langsung tidak mustahil dan sebenarnya konsep bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang baru. Ia dah lama dilakukan oleh mereka yang tinggal di negara maju. Hakikatnya, kerja-kerja seperti jurutaip, penterjemahan, penulisan artikel, menyemak ejaan, kajian pasaran, survey, kajian laman web, dan sebagainya… semua ini boleh dilakukan tanpa memerlukan anda untuk ke pejabat. Asalkan anda mempunyai sambungan internet yang baik dan juga laptop atau komputer, anda boleh lakukannya.
Satu kelebihan yang anda akan perolehi daripada bekerja dari rumah ialah, anda bebas untuk memilih mana-mana majikan yang berkenan dihati anda. Ada beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu bakal majikan yang anda boleh berurusan dengannya. Mana-mana kerja yang anda rasakan ianya SENANG, anda boleh pilih majikan tersebut. Jika anda rasakan tugasan (atau job) tertentu agak sukar, maka anda boleh skip dan cari sahaja job lain yang lebih sesuai dengan kemahiran anda.
Kat atas ni adalah salah satu bayaran terbaru yang saya terima hasil daripada menyelesaikan tugasan tertentu dari majikan yang beroperasi diluar negara. Bayarannya juga tidaklah banyak mana, sesuai dengan jenis pekerjaan yang saya selesaikan, iaitu menyiarkan iklan pihak majikan.
Baca juga: Bayaran komisen Pay Per Click Bidvertiser November 2016
Mungkin, satu-satunya perkara yang buatkan job ini berbaloi ialah kadar tukaran matawang yang dapat saya nikmati, iaitu lebih kurang RM4 untuk USD1. Justeru, kalau dapat USD10, maka bayaran upahnya adalah sekitar RM40 apabila ditukarkan kepada matawang RM.
Majikan yang berbeza akan meletakkan syarat yang berbeza untuk kita layak menerima bayaran. Dalam contoh ini, kerja yang saya perlu lakukan hanyalah semudah menyiarkan iklan milik pihak majikan.
Segala urusan pembayaran upah, ianya akan dibayar terus kepada akaun anda. Tidak melalui pihak Jobdirumah. Peranan Jobdirumah hanyalah membekalkan anda dengan PANDUAN untuk bekerja dari rumah, dan memberikan anda senarai database kekosongan pekerjaan yang terdapat di pasaran kerja.
Satu perkara yang perlu anda ketahui ialah, hanya dengan menyertai laman web Jobdirumah sebagai ahli TIDAK akan memberikan anda sebarang pendapatan. Jika niat anda adalah nak buat duit, maka tidak boleh tidak, anda WAJIB BEKERJA.
Antara contoh job yang anda boleh mohon adalah seperti dibawah ni. Ada pelbagai kategori dan setiap kategori memerlukan anda mempunyai skil yang tertentu.
Panduan ini tidak mengajar anda cara-cara untuk buat kerja-kerja data entry. Ia juga tidak akan mengajar anda bagaimana untuk menggunakan perisian-perisian seperti Microsoft Excel untuk kerja-kerja data entry. Anda perlu memiliki kemahiran tersebut sebelum memohon kerja data entry.
Kalau anda masih belum ada kemahiran tersebut, sila belajar dari mana-mana kursus terlebih dahulu. Kemudian baru mula mohon pekerjaan data entry yang anda mahukan. Panduan Jobdirumah ini mengajar bagaimana cara untuk berjaya dapat job. Ia bukannya panduan yang mengajar cara-cara untuk menyiapkan atau melakukan sesuatu tugasan, sebaliknya ia adalah panduan untuk dapatkan pekerjaan.
Anda patut tahu, tugasan yang berbeza memerlukan skil yang berlainan.
Kebanyakkan pekerjaan yang ditawarkan memerlukan anda untuk mempunyai skil dan penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana anda bakal berurusan dengan majikan dari serata dunia, jadi mahu ataupun tidak, anda kena tahu macam mana caranya untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini adalah syarat UTAMA selain anda perlu mempunyai komputer dan mampu untuk menguasainya.
Ya, anda tidak perlu fasih berbahasa Inggeris. Namun, anda akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk berjaya jika anda dapat menguasai bahasa ini dengan baik.
Apa pun, suka untuk saya ingatkan, tiada sebarang short cut ataupun jalan mudah untuk jana pendapatan secara online ataupun jana pendapatan dari rumah. Setiap orang tetap perlu berusaha dengan sehabis baik untuk mendapatkannya dan menjadikannya kenyataan.
Jika anda tidak berminat untuk menjadi ahli jobdirumah dan mendapatkan akses bagi panduan dan video-video tentang bekerja dari rumah, anda masih boleh buat kajian sendiri. Caranya juga tidaklah sesukar mana. Hanya perlu ke laman web google dan tuliskan sahaja apa-apa topik yang anda ingin tahu.
Walaupun cara ini adalah PERCUMA, namun ia mungkin akan memakan masa yang panjang, dan info yang anda perolehi nanti mungkin tidak lengkap dan lebih memburukkan keadaan ialah apabila info yang anda perolehi adalah tidak tepat.
Sekiranya anda ingin jimatkan masa anda untuk belajar bagaimana caranya untuk bekerja dari rumah, bolehlah belajar dari laman web ini. In Shaa Allah, anda akan pulang modal selepas anda berjaya dapatkan job yang membayar anda sekurang-kurangnya USD10 – USD20.
Setiap orang akan memperoleh keputusan yang berbeza. Ada orang dah boleh pulang modal setelah sebulan, ada yang ambil masa dua ke tiga bulan, dan ada juga yang perlukan setahun baru berjaya buat duit. Asalkan anda ada niat untuk bermula dan berusaha hingga berjaya, anda juga pasti boleh melakukannya.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.