Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?

February 29, 2020 by Sabree Hussin

Apakah bisnes yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? Boleh berikan contoh bisnes atau produk yang sangat sesuai dijual menggunakan sistem ecommerce ini?

sistem-ecommerce

Posting yang lepas, saya telah pun menulis tentang apa itu bisnes e-commerce. Perbincangan pada kali ini, saya nak lanjutkan pula kepada beberapa contoh perniagaan yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce.

 

Umumnya, ada banyak bisnes (sama ada yang menjual produk atau yang menawarkan servis) sesuai dijual menggunakan sistem e-commerce. Sistem ini memudahkan urusan jual beli dan melicinkan perjalanan transaksi.

 

Apa yang membuatkan sistem e-commerce ini begitu efisien adalah sebab ciri-cirinya yang menyokong sistem inventori. Dengan adanya sistem inventori ini, penjual dan juga pembeli boleh tahu dalam satu-satu masa berapa stok produk yang masih lagi ada.

 

Pembeli tak perlu nak selalu bertanya untuk dapatkan kepastian sama ada stok produk masih ada lagi atau tidak, dan dipihak penjual pula, dia boleh lekas-lekas tambah stok apabila melihat kuantiti pada sistem inventori menunjukkan pengurangan.

 

Sistem e-commerce juga ada sistem invoice. Pembeli yang telah membuat tempahan dan telah isi borang pembayaran, dia akan dapat salinan invois untuk rujukan. Jika ada masalah, mudah untuk kita semak, apa sebenarnya masalah yang berlaku.

 

Berbeza kalau pembelian itu berlaku hanya melalui applikasi whatsapp, atau mesengger, bimbang dalam banyak-banyak tempahan yang masuk, akan ada yang terlepas pandang, tersalah hantar ataupun ada tempahan yang sebenarnya dibuat oleh seorang scammer yang berniat untuk menipu anda.

 

Berbalik kepada persoalan asal, apakah bisnes yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?

 

Jawapan saya, hampir semua bisnes sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce. Tak kira sama ada bisnes tersebut, berskala besar, kecil mahupun sederhana, ataupun konsep bisnes tersebut dari peniaga kepada pengguna (B2C), atau bisnes yang hanya berurusan dengan perniagaan lain (B2B).

 

Sistem e-commerce ini hanyalah sebuah sistem yang memudahkan transaksi dijalankan.

 

Bagi mereka yang sebelum ini belum pernah menggunakan sistem e-commerce, penulisan ini adalah untuk kalian. Pada asasnya, jika produk yang anda jual ada lebih dari satu, dan setiap produk itu pula ada pelbagai varian, seperti ada corak, warna dan juga saiz yang berbeza, dan setiap itu pula mempunyai bilangan stok yang terhad, maka sangatlah wajar untuk guna sistem e-commerce.

 

Mari saya tunjukkan beberapa contoh untuk memudahkan penerangan.

 

(1) Bisnes dalam bidang fesyen

Apakah bisnes yang kita boleh kategorikan dalam bidang fesyen? Ada banyak, kan. Zalora adalah salah satu laman web yang banyak menawarkan produk terkini dalam bidang fesyen.

 

Oleh kerana fesyen kerap berubah dan setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza, maka perlunya ada satu sistem yang boleh digunakan bagi memaparkan produk-produk yang dijual dengan cara yang lebih tersusun dan kemas.

bisnes-tudung-boleh-berjaya

Sistem laman web ecommerce wajar digunakan dan ianya dapat memainkan peranan yang baik.

 

(2) Perniagaan perfume

Minyak wangi, ada yang untuk lelaki dan ada yang untuk wanita.

jual-perfume-online

Untuk satu-satu jenama, ada macam-macam bau. Amatlah sesuai kalau jual minyak wangi menggunakan sistem laman web ecommerce.

 

(3) Perniagaan produk kecantikan dan kesihatan

Produk kecantikkan dan juga kesihatan adalah satu lagi perniagaan yang mana produknya ada pelbagai jenis. Bisnes ini juga sebenarnya sangat sesuai jika dijual menggunakan sistem e-commerce.

 

(4) Bisnes buku

Seorang penulis buku, mungkin pernah menulis berpuluh-puluh tajuk buku semasa hayatnya.

buku-tulisan-hamka

Jualan melalui sistem e-commerce memudahkan proses carian, terutama sekali jika anda menjual beribu-atau beratus-ratus buah buku.

 

Baiklah, saya rasa setakat penerangan ini, anda dah boleh nampak, sama ada bisnes yang anda sedang jalankan ini sesuai ataupun tidak untuk dijalankan menerusi sistem e-commerce.

 

Boleh jadi, apa yang akan buatkan seseorang itu berbelah bahagi sama ada nak guna sistem ini atau tidak adalah tiadanya kepakaran untuk bina sistem ini. Sebenarnya ini bukanlah masalah besar sebabnya anda boleh dapatkan khidmat programmer untuk bantu anda setup sistem ini.

 

 

More from my site

  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerceBagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Apa itu Bisnes E-Commerce?Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?
  • Program Affiliate Lazada – Kenapa masih tak berjaya dapat jualan?Program Affiliate Lazada – Kenapa masih tak berjaya dapat jualan?
  • Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?
  • Macam mana cara nak buat duit dengan Jobdirumah?Macam mana cara nak buat duit dengan Jobdirumah?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Bisnes Online Tagged With: bisnes ecommerce, sistem ecommerce

Recent Posts

  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?
  • Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • Apa contoh kerja yang boleh dilakukan untuk individu lepasan SPM?

Recent Comments

  • Nota Kewangan Sentap - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia
  • Sabree Hussin on Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya?
  • Sabree Hussin on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?

Archives

  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...