Blog sebagai jurujual maya yang bekerja 24 jam setiap hari

Sebagai seorang pemilik perniagaan, saya mahukan seorang pekerja yang boleh bekerja untuk saya 24 jam setiap hari tanpa rehat. Ketika orang lain sedang tidur, dia masih lagi bekerja bagi mendapatkan jualan untuk saya. Ada ke pekerja yang begitu berdedikasi seperti ini?

kerja-lebih-masa

Mungkin anda perlukan robot.

 

Kalau guna robot sekalipun, ia masih belum tentu lagi dapat berfungsi sepanjang masa. Robot tersebut masih tetap perlukan masa rehat bagi mengelakkan berlaku sebarang kerosakkan pada fungsi robot berkenaan.

 

Nak cari pekerja yang sanggup bekerja tanpa henti dan tanpa rehat, mungkin ianya agak mustahil dan tak berapa munasabah. Tetapi, kalau anda seorang yang terbuka pada idea dan pemikiran baru, mungkin anda boleh cuba implement idea yang ingin saya sampaikan melalui penulisan ini.

 

Pada posting yang lalu, saya ada cerita tentang kaedah atau cara bagaimana buat jualan menggunakan blog. Apa yang saya nak cerita dalam penulisan kali ini, adalah kesinambungan bagi topik tersebut.

 

Dalam bidang penulisan di blog, kita ada satu konsep penulisan yang dikenali dengan istilah “penulisan mesra SEO”. Sesuatu penulisan itu, dikatakan mesra SEO apabila artikel yang telah dihasilkan berjaya masuk ke muka surat pertama google bagi kata kunci yang disasarkan.

 

Mulai saat ini, saya akan menggunakan istilah “teknik Search Engine Optimization atau teknik SEO” sebagai merujuk kepada istilah “penulisan mesra SEO”.

 

Kaitan antara pengguna internet dan laman carian Google

Ada benda yang anda tak pasti? Ada maklumat yang anda perlukan? Zaman sekarang ini, proses untuk mendapatkan maklumat sangat mudah. Google sahaja.

 

Lebih-lebih lagi dengan penggunaan smartphone yang makin meluas, pengguna mempunyai akses yang sangat baik untuk mendapatkan maklumat. Apabila para pengguna smartphone ini memerlukan maklumat, mereka tak perlu lagi susah payah bertanya pada kenalan.

 

Sebabnya mereka boleh terus google sahaja.

 

Saya bagi contoh real life example. Katakanlah, anda ingin pergi bercuti ke Sabah. Jika ini merupakan pengalaman kali pertama anda akan pergi ke Sabah, agaknya apa yang anda akan tanyakan pada encik Google?

 

Saya percaya, anda akan taip sebarang kata kunci yang related dengan situasi anda, dan most likely, anda akan taip kata kunci seperti “bercuti ke Sabah” di Google.

 

Hasil carian berikut mungkin akan muncul dipaparan skrin anda.

percutian-ke-sabah

Anda pun akan baca satu per satu, laman web yang tersenarai, sampailah satu masa anda dapat gambaran, apa sebenarnya pengalaman yang bakal anda lalui, sekiranya pergi bercuti ke destinasi tersebut. Bila ada serba sedikit pengetahuan, setidak-tidaknya, anda tahu apa nak buat apabila berada di sana.

 

Cuba lihat pada screenshot yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah itu. Kalau anda nak tahu, itu adalah salah satu laman web milik saya, dan saya tulis artikel tersebut bagi pihak pelanggan saya yang melanggan pakej advertorial dari saya. Pelanggan saya ni buat bisnes homestay dan kereta sewa di Sabah.

 

Selagi mana laman web google masih wujud. Selagi mana artikel saya masih menduduki halaman pertama, selagi itu artikel ini akan terus bekerja dan dapatkan jualan untuk pelanggan saya. Itulah dia, the power of search engine optimization atau SEO.

 

Mungkin ia tidak efisien kalau nak bandingkan dengan penggunaan robot, namun cara ini adalah paling murah dan selamat untuk digunakan.

 

Direktori laman web

Hasil carian google, kita boleh anggap ia seperti sebuah direktori yang menghimpunkan pelbagai laman web dari serata dunia. Apabila kita taip sesuatu keyword di halaman carian, google akan cuba berikan hasil carian yang paling relevan dengan kemahuan anda.

 

Sekiranya anda adalah seorang pencari maklumat, sudah tentu anda mahukan maklumat yang betul-betul relevan dengan keperluan anda sahaja.

 

Sekiranya anda adalah seorang pemilik perniagaan, sudah pasti anda ingin pastikan, para pencari maklumat yang ada potensi untuk menjadi pelanggan anda berjaya menemui tawaran dan perniagaan yang anda jalankan.

 

Orang yang ingin bercuti di Sabah, pasti perlukan perkhidmatan kereta sewa. Justeru, anda perlu pastikan yang setiap kali mereka mencari maklumat tentang kereta sewa di Sabah, iklan tentang laman web anda yang akan mereka lihat terlebih dahulu, sebelum mereka lihat iklan dari pesaing anda.

 

Laman web untuk memproses tempahan

Setelah anda memiliki laman blog yang bertindak sebagai jurujual maya untuk anda, seterusnya anda perlukan seorang cashier yang dapat menguruskan tempahan anda, tanpa mengira waktu.

 

Kalau ada pelanggan yang tertarik selepas lihat tawaran anda, mereka boleh segera buat pembelian, tanpa perlu tunggu anda buka kedai, atau bangun dari tidur untuk buat bayaran. Wujudkah sistem sedemikian, yang dapat menerima dan memproses tempahan?

 

Sudah tentu ada. Berikut adalah tiga laman web atau system processor yang popular, yang anda boleh gunakan.

  1. OnPay
  2. JomPAY
  3. Billplz

 

Jika kita rumuskan, fungsi blog adalah untuk dapatkan pelanggan yang menggunakan laman carian google bagi tujuan pencarian maklumat, manakala fungsi laman web seperti OnPay adalah bagi tujuan memproses dan menerima bayaran bagi pihak anda.

 

Dengan adanya kedua-dua kombinasi ini, anda tak perlu risau lagi untuk urus tempahan dari pelanggan yang jenis tak tidur malam. Mereka boleh terus buat bayaran kepada anda, walaupun pada jam 4 pagi. Nanti bila anda bangun dari tidur, anda semak sistem dan kalau ada pembayaran telah dilakukan, anda boleh terus uruskan tempahan tersebut.

 

Apabila anda memiliki kedua-dua sistem ini, ibaratnya anda telah mempunyai pekerja yang berdedikasi, yang sanggup bekerja untuk anda 24 jam setiap hari tanpa perlu ambil cuti.

 

 

,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes