Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Boleh berjaya ke kalau buat bisnes homestay di kawasan kampung?

November 12, 2018 by Sabree Hussin

Saya ada buat bisnes homestay di kampung saya. Mungkin sebab homestay saya yang terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong, jadi agak susah nak dapat penginap. Boleh cadangkan pada saya, apa yang patut saya buat untuk dapatkan lagi ramai orang datang menginap di homestay saya?

bisnes-homestay-kampung

Salah satu faktor yang akan memberi pengaruh kepada kejayaan mahupun kegagalan perniagaan berkonsepkan homestay adalah faktor lokasi. 

 

Rumusnya mudah. Jika homestay terletak dikawasan yang menjadi tumpuan pengunjung, maka besar kemungkinan homestay anda akan sentiasa ada orang yang akan menginap. Jika tidak, maka anda terpaksalah terima hakikat bahawa tiada siapa yang datang untuk check in di homestay milik anda.

 

Lokasi yang bagaimanakah yang selalunya sering menjadi tempat tumpuan pengunjung dan pada masa sama dapat memberi manfaat kepada pengusaha bisnes homestay?

Mari kita lihat beberapa point yang patut ada pada sesebuah kawasan, sebelum kita terus buat keputusan untuk jalankan bisnes homestay.

(1) Terdapat tempat percutian dan tumpuan pelancong

(2) Ada bangunan pejabat

(3) Ada kawasan perindustrian

(4) Ada sekolah berasrama, kolej, universiti atau lain-lain pusat pengajian

(5) Berdekatan dengan hospital

(6) Ada lapangan terbang

(7) Dekat dengan lebuhraya

(8) Dekat dengan dewan orang ramai

(9) Ada restoran, shopping mall, dan lain-lain premis perniagaan

 

Tetamu yang check in homestay, bukanlah semata-mata sebab nak pergi bercuti sahaja. Boleh jadi ada banyak lagi sebab dan urusan lain, yang membawa seseorang itu untuk pergi ke sesuatu destinasi. Justeru, kita tak perlu rasa seperti tiada harapan untuk berjaya dalam bisnes ini, jika unit rumah yang kita miliki tidak berada dalam kawasan percutian.

 

Cuba perhatikan 9 point yang saya berikan diatas, ada tak mana-mana satu yang kena pada anda?

 

Baru-baru ini, saya ke Kuala Lipis, Pahang untuk memenuhi jemputan majlis kenduri kahwin. Kalau ikutkan maklumat dari Google Map, untuk ke Kuala Lipis dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan sahaja.

 

Tapi oleh sebab saya tak nak ambil risiko, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, jadi saya ambil keputusan untuk sewa sebuah homestay di sekitar kawasan Kuala Lipis. Sebelum saya buat keputusan untuk sewa homestay, saya ada juga buat carian bilik hotel yang terdapat di Kuala Lipis. Saya gunakan laman web Agoda ini.

 

Ya memang cukup mudah untuk cari hotel atau homestay bila menggunakan laman web seperti Agoda. Ia sangat menjimatkan masa dan kita boleh dapat harga yang agak menarik juga, kalau kebetulan pada masa tersebut ada promosi dijalankan.

 

Walaubagaimanapun, saya terpaksa batalkan idea untuk sewa bilik hotel memandangkan kami travel berempat. Rasanya lebih berbaloi kalau ambil homestay untuk penginapan.

 

Macam biasa, salah satu laman web yang saya suka guna untuk buat carian homestay, adalah laman web Airbnb. Kalau nak cari bilik hotel, saya akan guna Agoda, manakala untuk cari homestay, saya akan guna Airbnb. Selain versi web, Airbnb dan Agoda ini juga ada apps yang kita boleh muat turun sama ada di playstore, app store atau app gallery.

 

Bila saya buka sahaja laman web Airbnb tu, untuk cari homestay di Kuala Lipis, saya dapati, tak banyak pilihan yang tersedia.

homestay-di-kuala-lipis

Bila taip Kuala Lipis, memang banyak hasil carian yang keluar.

 

Tapi sebenarnya, tempat-tempat yang tersenarai di listing airbnb tu agak jauh dari Kuala Lipis. Ada yang sebenarnya terletak di Kuala Lumpur, ada yang di Raub, Jerantut, dan Kelantan.

 

Ia muncul dipaparan carian kita ni mungkin sebab semasa host tersebut buat listing, dia ada sebut yang rumah mereka ini tak berapa jauh kalau nak pergi ke Kuala Lipis.

 

Andaikata anda juga ada menjalankan bisnes homestay ini di Kuala Lipis, mungkin anda patut pertimbangkan untuk membuat senaraian homestay anda di Airbnb juga. Dengan ini, anda boleh dapat tetamu dalam kalangan mereka yang suka menggunakan laman web tersebut untuk cari tempat penginapan.

 

Bukan sebab tiada yang berminat tapi mungkin sebab tiada yang tahu

Sebaik sahaja saya tiba di Kuala Lipis, saya dapati di kawasan sekitar masih terdapat beberapa lagi homestay yang boleh saya sewa. Ada unit homestay yang saya lihat nampaknya lebih menarik dan lebih dekat dengan lokasi majlis perkahwinan akan diadakan. Majlis tersebut diadakan di dewan orang ramai di kawasan pekan.

 

Tapi disebabkan mereka tak buat listing di Airbnb, saya tak tahu tentang kewujudan homestay milik mereka. Siapa agaknya yang paling rugi dalam hal ini?

 

Kalau anda nak tahu, sebenarnya di luar sana, masih terdapat banyak lagi laman web yang fungsinya tak jauh beza seperti Airbnb.

 

Ia memudahkan pihak pemilik rumah untuk iklankan homestay milik mereka dan pada masa yang sama individu seperti saya yang cari tempat penginapan juga akan lebih mudah buat tempahan.

 

Bagaimana cara pelanggan mencari tempat penginapan?

Pernahkah anda terfikir jawapan bagi persoalan ini?

 

Saya percaya, sebagai pengendali dan pemilik bisnes homestay, anda pasti pernah terfikir mengenai persoalan “bagaimana pelanggan mencari tempat untuk menginap” apabila dia pergi kesesuatu tempat.

 

Kita sedia maklum, untuk tempat penginapan, pelanggan boleh pilih sama ada dia nak menginap di hotel, motel, hostel, ataupun homestay. Tapi persoalannya, kenapa dia pilih untuk menginap di homestay? Dan jika dia pilih untuk menginap di homestay, bagaimana cara dia dapatkan maklumat, homestay yang manakah yang akan dijadikan pilihan?

 

Kebiasaannya, terdapat 5 cara bagaimana bakal pelanggan mencari maklumat untuk tempat penginapan.

(1) Menggunakan servis Online Travel Agency

Ada banyak laman web online travel agency yang kita boleh gunakan, bagi tujuan mencari tempat penginapan. Kalau yang popular adalah seperti

i. Agoda

ii. Booking.com

iii. Airbnb

iv. Hotelscombined

v. Expedia

vi. Tripadvisor

vii. Traveloka

 

Dari senaraian diatas, kalau yang memang popular untuk iklankan bisnes homestay adalah Airbnb, diikuti oleh booking.com dan juga Agoda.

cara-betul-guna-airbnb

Jika anda juga ada merancang untuk iklankan homestay anda melalui syarikat online travel agency, anda boleh fokus kepada tiga syarikat itu sahaja dah cukup. Tak perlu nak iklankan disemua syarikat OTA yang ada.

 

(2) Menggunakan enjin carian Google

Ini juga cara yang mudah untuk digunakan, bagi tujuan mencari tempat penginapan. Kita google sahaja.

 

Lihat contoh dibawah ini, saya sedang mencari homestay di Kota Kinabalu.

homestay-di-kota-kinabalu

Kita guna Google pun boleh dapat banyak maklumat mengenai homestay yang ada disesuatu kawasan yang bakal kita tuju. Sebagai pemilik bisnes homestay, anda sepatutnya telah mula mengiklankan bisnes anda di laman web google juga.

 

(3) Membuat carian di media sosial

Ada ke orang yang cari homestay melalui Facebook?

 

Jawapannya sudah tentulah ada.

facebook-homestay-kota-kinabalu

Sambil-sambil on facebook, tengah scroll newsfeed baru teringat masih belum buat booking homestay. Lalu dia pun cuba cari maklumat homestay yang mungkin ada di kawasan yang bakal dituju.

 

Lihat contoh diatas, saya buat carian “homestay Kota Kinabalu” menggunakan Facebook sahaja, dan rupa-rupanya ada banyak juga pilihan yang muncul disitu.

 

(4) Buat carian di laman web mudah.my

Tahukah anda, melalui laman web mudah.my juga kita boleh buat carian senarai homestay.

mudah-homestay-kota-kinabalu

Saya tak pasti sama ada iklankan disini akan dapat ramai pelanggan atau tidak. Namun tak salah mencuba. Kadang-kadang kita sendiri tak jangka, kempen pengiklanan yang mana satu yang memberi kita pulangan dan pelanggan.

 

(5) Tanya kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga

Cara yang terakhir ialah bertanya terus kepada kawan-kawan atau sesiapa yang pernah mengunjungi sesuatu tempat dan pernah menginap di homestay.

 

Cara ini agak kuno dan lazimnya kita dah tak buat sebab kita tak nak orang lain tahu kemana kita akan pergi, dan kita tak nak susah-susahkan orang lain.

 

Mana satu kaedah yang anda selesa guna?

Daripada lima kaedah yang saya telah bincangkan untuk cari maklumat tempat penginapan, pada pandangan anda, mana satu yang paling menyenangkan bagi anda, jika anda sebagai seorang pengguna?

 

Mungkin anda akan jawab, guna Online Travel Agency, betul tak?

 

Actually memang ada banyak kelebihan kalau gunakan khidmat mereka. Sebagai pengguna, saya sendiri merasakan kelebihan-kelebihan berikut, antaranya

(1) Mudah untuk cari tempat penginapan

(2) Mudah untuk buat tempahan dan pembayaran

(3) Kadang-kadang boleh dapat diskaun apabila ada promosi dijalankan

(4) Jika ada lebih dari sebuah homestay, sangat mudah untuk buat perbandingan

 

Jom kita tetapkan satu matlamat pemasaran

Baiklah, jika bisnes homestay yang anda jalankan memang terletak jauh dikawasan pedalaman, jangan risau. Ini bukan satu pengakhiran.

 

Walaubagaimanapun anda perlu berusaha keras dan kena buat lebih banyak kerja-kerja pemasaran bagi menarik minat tetamu untuk datang dan menginap ditempat anda.

 

Caranya adalah dengan menonjolkan seberapa banyak keunikkan yang ada pada homestay anda. Sebagai contoh, keunikkan yang ada pada homestay anda mungkin adalah

(1) Ada pemandangan yang cantik

(2) Ada dusun untuk petik buah

(3) Ada sawah bendang

 

… dan sebagainya. Saya ada tulis artikel mengenai bisnes homestay kepada yang minat nak belajar bisnes homestay disini.

 

Homestay yang dibangunkan dikawasan yang strategik memang ada banyak kelebihannya. Namun, anda juga masih boleh bersaing, dengan cara memperbanyakkan usaha pemasaran. Gunakan laman web online travel agency untuk iklankan bisnes anda.

 

Kalau anda tak berapa suka nak gunakan laman web Airbnb, boleh cuba gunakan khidmat dari Agoda dan juga Booking.com

 

Kedua-dua laman web ini bukan sahaja akan berikan anda tapak untuk beriklan, pada masa yang sama, mereka ni juga akan tolong carikan penyewa untuk bisnes homestay anda. Apabila anda iklankan homestay anda melalui laman web tersebut, sekiranya anda tak buat sebarang promosi pun tak ada masalah.

 

Laman web tersebut yang akan bantu anda buat kerja-kerja promosi.

 

Apa kos untuk dapatkan khidmat promosi dari laman web tersebut?

Setiap laman web yang saya sebutkan, sama ada laman web Airbnb, Agoda mahupun booking.com mempunyai terma dan syarat yang berbeza.

 

Namun kebanyakkan laman web ini, tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kita iklankan bisnes homestay kita di laman web mereka. Sila baca terma dan syarat laman web yang anda bakal gunakan ya.

 

Walaupun tiada sebarang caj dikenakan untuk iklankan bisnes homestay anda di laman-laman web yang saya sebutkan tu, anda akan dikenakan caj sekiranya ada tetamu yang datang menginap hasil daripada kerja pemasaran yang dilakukan oleh pihak laman web berkenaan.

 

Saya ambil contoh laman web Airbnb. Anda sebagai host, akan dikenakan hosting fee sekiranya ada tetamu yang membuat tempahan melalui laman web Airbnb untuk menginap di homestay milik anda.

 

Dalam keadaan ini, anda patut tahu berapa keuntungan yang anda sasarkan supaya boleh letakkan harga yang betul pada listing anda. At least, anda nanti boleh gunakan sebahagian daripada keuntungan yang anda perolehi itu nanti.

 

Menggunakan khidmat promosi seperti ini, lazimnya anda akan dikenakan caj atau bayaran setiap kali anda dapat pelanggan baru. Sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar duit sendiri untuk buat promosi. Pihak pengiklan yang akan keluarkan bajet untuk iklankan homestay anda.

 

Jika dapat pelanggan, barulah anda dikenakan bayaran.

 

Saya faham, ada individu yang tak berapa setuju dengan kaedah iklan seperti ini. Mungkin bagi dia, kalau boleh semua nak percuma. Untuk itu, saya syorkan anda bina sendiri laman web, atau gunakan servis iklan percuma seperti di mudah.my, gunakan media sosial facebook dan sebagainya untuk beriklan.

 

Jika homestay anda terletak dikawasan yang kurang popular, maka disini nampaknya anda perlu lebihkan buat aktiviti pemasaran. In Shaa Allah ia akan dapat tampung kekurangan dari segi lokasi yang tak begitu strategik.

 

Sekiranya anda inginkan lagi banyak tips-tips mengenai perniagaan homestay, bolehlah ke laman web ini.

 

Baca juga: Panduan bisnes homestay untuk yang baru nak bermula

 

More from my site

  • Bagaimana cara dapatkan review positif dan rating 5 bintang sebagai host di Airbnb?Bagaimana cara dapatkan review positif dan rating 5 bintang sebagai host di Airbnb?
  • Apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay?Apa kelebihan menggunakan laman web Airbnb untuk mempromosikan bisnes homestay?
  • Kenapa status akaun Involve Asia saya masih PENDING?Kenapa status akaun Involve Asia saya masih PENDING?
  • Apa yang dimaksudkan dengan nama akronim Airbnb?Apa yang dimaksudkan dengan nama akronim Airbnb?
  • Bagaimana cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb?Bagaimana cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb?
  • Kenapa tak dapat register affiliate program lazada?Kenapa tak dapat register affiliate program lazada?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Pemasaran Internet Tagged With: belajar bisnes homestay, bisnes homestay, buat duit dengan bisnes homestay, perniagaan homestay

Recent Posts

  • Bagaimana cara menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb
  • Bagaimana Cara Bisnes Network Marketing berfungsi
  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?

Recent Comments

  • Bagaimana Bisnes Network Marketing berfungsi on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana bisnes Network Marketing boleh bantu selesaikan masalah hutang anda - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Nota Kewangan Sentap - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia

Archives

  • May 2023
  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Bisnes Network Marketing
  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...