Saya bercadang nak buat tempahan homestay untuk kawan saya menerusi laman web Airbnb. Adakah perkara ini boleh dilakukan dan adakah ianya dibenarkan?
Dekat laman web Airbnb tu, memang ada banyak homestay, guesthouse, villa, kondo dan bilik yang cantik-cantik, yang pastinya dapat memukau sesiapa yang melihatnya.
Sekiranya anda memilih filter superhost semasa membuat carian, anda juga mungkin akan temui banyak rumah-rumah yang cantik-cantik dan setiap satu mempunyai konsepnya yang tersendiri.
Timbul persoalan, jika nak buat tempahan guesthouse untuk dijadikan sebagai hadiah honeymoon untuk kawan misalnya, adakah ianya boleh dilakukan?
Untuk menjawab soalan ini, saya telah lakukan carian di laman web airbnb dan menemui jawapan seperti dibawah ini.
Sekiranya tulisan pada screenshot diatas kurang jelas, ataupun gambar tidak dapat loading dengan baik, saya copy and paste semula apa yang ditulis di website Airbnb.
Transparency and trust are vital to the Airbnb experience. People rely on information in Airbnb profiles, reviews, and other verifications when deciding whether to host or stay with someone.
We require Airbnb reservations booked for personal travel to be booked by the person who’s going to stay at the listing.
Instead of making a reservation for someone else, consider referring them to Airbnb. You can refer them to Airbnb directly from your dashboard by clicking the Invite Friends button. When a referred friend or family member successfully completes a qualifying reservation, you’ll earn travel credit.
For business trips, Airbnb allows designated bookers at companies enrolled in Airbnb for Business to book trips on behalf of others. If you book travel for a company, read more.
Jawapan mudahnya ialah, TAK BOLEH.
Airbnb mengamalkan sistem yang mana seorang host boleh beri review kepada guest (orang yang buat booking) dan begitu juga sebaliknya.
Mereka (Airbnb) lebih mengutamakan sekiranya kita buat booking untuk diri kita sahaja. Kalau nak buat booking untuk orang lain, kena pastikan kita juga akan ada sama di guesthouse yang ditempah sepanjang tempoh penginapan.
Kita sebenarnya boleh bawa bersama tetamu lain (guest) untuk menginap bersama dengan kita, asalkan kita declare siapa yang kita nak ajak bersama.
Tetapi dalam situasi saya, saya nak hadiahkan tempat penginapan kepada kawan saya yang baru berkahwin sebagai hadiah honeymoon. Tak kan saya nak kena ikut sekali waktu mereka tengah honeymoon… tak sesuailah kan.
Ataupun, tak kan saya perlu datang ambil kunci dari host, check in, kemudian beri kunci kepada tetamu saya, dan lepas tu saya balik dan buat hal sendiri pula.
Kalau saya berada di KL, dan tempat penginapan yang saya nak tempah tu berada di Kota Kinabalu, Sabah… bukankah ini sangat membuang masa!
Jadi, apakah caranya? Adakah langsung tak ada cara?
Untuk selesaikan masalah ini, mudah sahaja.
Daripada senarai homestay yang disenaraikan di laman web Airbnb, anda pilih sahaja mana-mana yang anda berkenan. Selepas dah baca penerangan tentang homestay tersebut, anda cari butang untuk hubungi host atau contact host seperti dibawah.
Terus tanyakan dengan pihak host, iaitu pemilik rumah.
Ceritakan situasi anda. Beritahu sebab kenapa anda nak buat booking untuk orang lain, dan bukan anda sendiri yang tinggal disitu?
Apa-apa urusan, adalah anda dengan pihak host. Jika host ini tak kisah untuk anda buat booking bagi pihak orang lain, then tak ada masalah.
Apa yang penting, kena ada saling percaya mempercayai antara host dengan guest, iaitu anda. Jika pihak host minta anda berikan salinan kad pengenalan individu yang bakal menginap di homestay tersebut, sebagai langkah keselamatan, maka berilah kerjasama.
Jika di pihak host, mereka tidak bersedia untuk menerima tempahan dari anda yang dilakukan untuk orang lain, maka tinggalkan homestay tersebut dan carilah host lain yang tak ada masalah dengan permintaan anda.
Senang sahaja kan penyelesaiannya?
Saya ada pengalaman hubungi salah seorang host di Airbnb dan saya beritahu apa yang saya rancangkan untuk kawan saya… dia tak ada masalah pun kalau saya nak buat tempahan bagi pihak orang lain.
Pihak Airbnb adalah sebagai orang tengah jika ada sebarang isu berbangkit yang datangnya daripada salah faham yang timbul antara guest dengan host. Asalkan tak ada sebarang masalah dan isu yang ditimbulkan sepanjang tempoh penginapan, maka semua ini tak akan jadi sebarang isu pun.
Anda masih belum ada travel credit dari Airbnb? Sila tebus disini ya.