“Bagaimana kalau saya nak buat booking homestay atau guesthouse yang terdapat di laman web Airbnb, dan pada masa yang sama saya tak nak gunakan sistem Airbnb. Saya nak deal direct dengan owner homestay tersebut, boleh atau tak boleh?”
Sebenarnya semuanya bergantung kepada pemilik bisnes homestay atau guesthouse tersebut. Ada pemilik bisnes homestay yang selesa untuk berurusan di luar daripada sistem Airbnb dan ada juga yang lebih suka untuk berurusan menerusi sistem Airbnb.
Mungkin sewaktu awal-awal dulu, semasa dia ingin mulakan bisnes homestay, dia memang dah bertekad hanya akan berurusan melalui Airbnb, Agoda, ataupun lain-lain laman web tempahan yang ada di internet.
Satu kelebihan menggunakan laman web tempahan seperti Airbnb ni ialah, pihak pengendali bisnes homestay dapat jalankan bisnes dengan lebih teratur dan disokong oleh penggunaan sistem yang canggih.
Selain itu, laman web seperti Airbnb dan Agoda juga menarik minat golongan freelancer seperti saya, untuk turun padang dan sama-sama mempromosikan laman web tersebut. Jika kebetulan, semasa saya mempromosikan laman web Airbnb, iklan tentang homestay anda yang terpapar di halaman utama, dari situ anda akan dapat bakal penginap tanpa anda perlu buat apa-apa kerja promosi.
Disamping itu juga, laman web tempahan seperti Agoda dan Airbnb ini juga mempunyai bajet pengiklanan yang besar. Jika diperhatikan, iklan mereka adakalanya muncul di halaman google, blog-blog yang menyiarkan iklan google adsense dan ada ketikanya akan kelihatan di halaman media sosial.
Jika anda selaku pemilik bisnes homestay dan anda bekerjasama dengan kedua-dua syarikat ini, sudah pasti anda dapat meningkatkan peluang untuk dapat lebih ramai pengunjung yang menginap di homestay anda.
Selepas itu, pandai-pandai la anda layan pengunjung tersebut. Berikan layanan yang mesra, berikan business card, atau apa-apa sahaja maklumat perhubungan, tawarkan harga istimewa untuk pelanggan terdahulu, dan lepas ni boleh juga tawarkan untuk deal direct dengan anda tanpa melalui Airbnb.
Ada pemilik homestay dan guesthouse yang lebih suka untuk deal direct
Walaupun sistem Airbnb sangat baik untuk bantu pemilik homestay mendapatkan pelanggan, namun ada juga host yang lebih suka kalau dapat deal direct tanpa melalui sistem.
Sebabnya, sebagai host, dia akan dikenakan hosting service fee. Nilainya tak tetap dan saya pernah diberitahu, jumlah yang host perlu bayar kepada Airbnb, kerana mendapatkan khidmat dari Airbnb, boleh mencapai RM100++
Untuk cover semula keuntungan, pihak host akan kenakan caj tambahan seperti
- Caj untuk pembersihan (cleaning fees)
- Caj untuk pengunjung tambahan (extra people)
Dipihak pengunjung, atau pelanggan, juga akan dikenakan caj seperti service fee dan jika pihak host ada mengenakan lain-lain caj tambahan, ini secara tak langsung akan meningkatkan kos untuk sewaan.
Sekatan berkongsi maklumat perhubungan peribadi menerusi sistem Airbnb
Jika anda ingin berurusan dengan host, tanpa melalui sistem Airbnb, bermakna at the first place anda perlu tahu teknik untuk bertukar-tukar maklumat perhubungan tanpa disekat oleh pihak Airbnb.
Situasinya begini, melalui sistem messaging Airbnb, anda tak boleh nak bertukar-tukar nombor phone selagi mana tempahan tersebut belum muktamad dan anda masih belum buat apa-apa bayaran. Secara automatik, nombor yang anda tulis melalui sistem mesej akan ditukar dari 012 345 6789 kepada xxx xxx xxxxx.
Begitu juga alamat url.
Jadi, anda perlu tahu macam mana nak cari host tanpa melalui sistem Airbnb.
Mungkin Google boleh bantu
Sesetengah pemilik atau pengendali bisnes homestay ni, mereka menggunakan pelbagai platform untuk iklankan perniagaan mereka.
Walaupun dah gunakan laman web Airbnb, ada ramai juga yang tetap gunakan mudah.my, Agoda, blog, website sendiri, laman web iklan dan sebagainya.
Cuba google nama homestay yang anda minat nak sewa tu. Jika bernasib baik, anda mungkin akan temui website pemilik bisnes homestay tersebut. Maka dari situ, anda boleh deal direct tanpa melalui sistem Airbnb.
Berita baik untuk yang nak direct deal
Lazimnya, harga yang ditawarkan TAK SAMA dengan harga yang tertera di website Airbnb. Ia boleh jadi lebih murah. Kenapa lebih murah? Sebab pihak host tak perlu nak bayar hosting service fee kepada pihak Airbnb.
Berapa banyak yang anda bayar untuk sewa, semuanya 100% akan jadi milik pemilik homestay tersebut. Jangan terkejut kalau perbezaan harga tu boleh sampai mencecah RM100 beza.
Adakah tak bagus kalau booking guna sistem Airbnb terus?
Apa pulak tak bagus. Masing-masing ada kelebihannya. Saya andaikan anda memiliki Travel Credit dari Airbnb dalam akaun anda.
Kalau masih belum ada, anda boleh pergi ke halaman ini dan daftar sekarang sebagai Ahli Airbnb. Sebagai hadiah pendaftaran, anda akan diberikan travel credit bernilai RM120.
Walaupun kos tempahan di Airbnb, mungkin sedikit tinggi kalau dibandingkan dengan lain-lain laman web tempahan (ada orang komplen kat saya, kata mahal nak tempah via Airbnb), dengan adanya travel credit bernilai RM120 ini, ia pastinya dapat mengimbangi semula lain-lain kos yang dikenakan.
Akhir kata, anda buat perbandingan antara jumlah yang dikenakan jika booking di tempat lain dengan jumlah RM (actual) yang anda perlu bayar.
Kalau masih untung di pihak anda, gunakanlah travel credit dan booking melalui Airbnb.