Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Buat duit dengan menulis – Bagaimana caranya?

November 14, 2017 by Sabree Hussin

“Saya masih lagi mencari-cari cara nak tambahkan pendapatan. Saya rasa, saya ada sedikit kemahiran menulis. Boleh tak kongsikan pada saya, macam mana saya boleh manfaatkan kemahiran dan skil penulisan yang ada pada saya untuk dijadikan pendapatan?“

kerja-sambilan-sebagai-jurutaip-dari-rumah

Kalau anda ada skil menulis, In Shaa Allah, anda pasti boleh jana pendapatan tambahan dengan menjadi seorang penulis.

 

Dunia pada hari ini, mula menerima aktiviti self publishing. Kita tulis sendiri, dan seterusnya kita siarkan sendiri apa yang kita tulis. Tak perlu lagi kita tunggu approval dari mana-mana syarikat atau individu yang berauthoriti sebelum kita dapat menjadi penulis dan menyiarkan hasil tulisan kita bagi dibaca orang awam.

 

Bagi menjawab persoalan, macam mana nak buat duit dengan menulis, saya ada beberapa pengalaman yang saya rasa dapat saya kongsikan dalam blog ini.

 

Saya pun sebenarnya tak menyangka, yang pada hari ini, saya buat duit dengan menjadi seorang penulis. Langsung tak pernah terlintas dalam fikiran, mahupun ingin menjadikan kerjaya sebagai penulis sebagai cita-cita. Namun, selepas saya bermula secara sambilan pada sekitar tahun 2009 dulu, nampaknya kerja penulisan telah jadi sebati dalam hidup saya.

 

Dalam posting ini, saya akan kongsikan kepada pembaca semua, macam mana cara saya buat duit dengan memanfaatkan skil penulisan yang ada pada saya.

 

Untuk pengetahuan semua pembaca, saya ni bukanlah pandai sangat dalam bidang penulisan. Saya juga tak pernah mengatakan yang saya tahu semua perkara. Apa yang saya kongsikan, kebanyakkannya adalah perkara-perkara yang saya tahu sahaja.

 

Jika apa yang saya kongsikan ini ada manfaat untuk anda, silalah amalkan, dan jika anda merasakan apa yang saya kongsikan ini tidak berguna untuk anda, maka anda boleh abaikan sahaja. Tanpa buang masa, saya ingin mulakan dengan kongsikan cara buat duit dengan menulis bermula dari apa yang memang saya tahu dan yang saya sedang buat sekarang ni.

 

(1) Hasilkan sebuah blog, menulis secara konsisten dan jadikan blog tersebut sebagai platform untuk buat duit

Blog adalah medan penulisan saya.

cara-buat-duit-dengan-blog

Saya tidak menulis di Facebook, atau mana-mana laman web media sosial. Saya hanya fokus kepada menulis di laman blog sahaja. Anda mungkin berminat nak baca perkongsian saya sebelum ini yang berjudul “Bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya“.

 

Silakan baca posting tersebut terlebih dahulu. Jadi saya tak perlu nak terangkan secara panjang lebar dalam posting yang ini.

 

Buat masa ini, pendapatan dari blog yang paling besar datangnya dari mempromosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate. Ini salah satu pendapatan yang biasa saya terima, iaitu dari laman web Klikjer.

Kalau nak hasilkan lebih banyak pendapatan dari program affiliate, jangan hanya fokus pada satu program semata-mata. Buatlah seberapa banyak yang boleh, dan promosikan dengan sebaik mungkin.

 

Benda ni mungkin agak meletihkan. Tetapi, bila fikir balik, letih-letih pun, yang bakal dapat manfaat adalah saya sendiri, jadi apa masalahnya? Nak buat duit memang ada cabarannya.

 

(2) Tulis satu karya dan jual hasil seni atau hasil karya anda

Konsep dia sama macam penulis-penulis di luar sana yang menjual hasil kerja mereka. Anda pilihlah sama ada nak menulis cerpen, novel, lirik lagu, sajak, puisi, skrip dan apa sahaja.

 

Gunakan kaedah self publishing. Tulis dan terbitkan sendiri.

 

Dulu, mungkin kalau nak jadi penulis dan menjual hasil karya, anda kena cari syarikat yang sudi terbitkan karya anda. Namun sekarang ni, anda boleh sahaja terbitkan sendiri karya penulisan anda tersebut.

 

Paling mudah adalah menerbitkan hasil karya dalam bentuk ebook. Anda tulis karya anda dalam perisian microsoft word. Kemudian, anda save dalam format .pdf apabila dah siap.

 

Apabila dah siap, anda boleh jual karya anda ini. Biasanya, untuk membuatkan orang lain berminat nak beli hasil karya anda tu, anda ciptalah cover untuk karya anda. Kita panggil dengan istilah ecover.

 

Bentuknya lebih kurang sama macam buku, cuma ianya dalam bentuk digital.

panduan-borong-china

Ebook panduan borong dari China – Taobao ini adalah contoh hasil karya yang diterbitkan dalam bentuk ebook.

 

Karya digital seperti ini, pada mulanya ditulis menggunakan perisian microsoft words sahaja. Kemudian, bila dah siap tulis, save dalam format pdf. Untuk membuatkan orang ramai berminat nak beli, dua perkara perlu dilakukan, iaitu

  1. Menghasilkan design ebook ecover yang memukau dan nampak profesional
  2. Menulis surat jualan yang mengandungi ayat-ayat yang berpengaruh untuk memujuk pembaca membeli ebook tersebut

 

Sekiranya, anda berminat nak download ebook tersebut, boleh download menerusi pautan ini.

 

(3) Jadilah seorang penulis sambilan (freelance) atau ghostwriter untuk penulis lain diluar sana

Seseorang yang kerjanya memang adalah sebagai penulis, adakalanya terlalu sibuk dan tak sempat nak hasilkan karya-karya penulisan untuk dirinya. Disinilah peluang anda untuk memainkan peranan dengan menawarkan khidmat penulisan.

 

Kalau diluar negara, peranan seorang Ghost Writer (penulis hantu?!) memang amat diperlukan. Khidmat ini amat memudahkan penulis diluar sana, mengeluarkan karya-karya baru setiap tahun tanpa gagal. Mungkin dalam sebuah buku, hanya beberapa bab sahaja yang ditulis oleh penulis buku tersebut. Lain-lain bab mungkin diselesaikan atau dibantu oleh penulis ghost writer ini.

 

Jika anda mampu untuk menulis, mengikut lenggok bahasa dan format orang lain, anda mungkin boleh tawarkan khidmat ini.

 

Bayaran upah yang bakal anda terima adalah mengikut bilangan patah perkataan. Ini bermakna, lagi banyak yang anda perlu tulis, maka lagi tinggi kadar upah yang anda boleh terima.

 

(4) Ambil upah untuk menjadi penulis iklan untuk para usahawan

Adakah anda pandai menulis iklan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau servis? Dari pengalaman saya, bukan semua pemilik perniagaan atau usahawan ni, ada kepandaian dalam menulis iklan.

 

Menulis itu mungkin boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang pernah mengikuti pendidikan secara formal semasa di sekolah dulu.

teknik-menulis-iklan-yang-berkesan

Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan karya penulisan yang mampu untuk menjual sesuatu produk, itu mungkin bukan semua orang tahu buat. Ada formula-formula tertentu yang perlu digunakan apabila kita ingin menghasilkan sesebuah artikel atau karya penulisan yang mampu untuk menjual sesuatu.

 

(5) Tulis kertas kerja perniagaan untuk perniagaan yang masih belum ada kertas kerja untuk kegunaan perniagaan mereka

Benda ni lebih kurang macam poin yang keempat. Penulisan yang seperti ini, lebih kepada menyediakan servis kepada golongan sasaran.

 

Memang ada cara untuk buat duit dengan cara ini. Ianya tidaklah begitu mudah. Namun, jika anda mempunyai contoh kertas kerja perniagaan, anda boleh gunakan contoh tersebut sebagai template dan anda hanya perlu edit sahaja pada mana-mana bahagian yang perlu bagi disesuaikan dengan keadaan dan situasi perniagaan milik pelanggan anda.

 

Contoh kertas kerja perniagaan boleh dimuat turun menerusi laman web ini.

 

Sekiranya anda mempunyai kemahiran menulis, tak kiralah sama ada sangat mahir, atau sekadar tahu sikit-sikit, manfaatkanlah kemahiran tersebut. Ingat, aktiviti penulisan adalah aktiviti yang perlu dilakukan secara berterusan.

 

Lagi banyak anda menulis, anda kan jadi makin mahir. Jika hari ini, anda rasakan yang penulisan anda seperti tak begitu baik, tak usah gusar. Saya masih ingat lagi, sekitar tahun 2009, iaitu lebih kurang lapan tahun yang lalu, penulisan saya juga teruk. Tapi pada hari ini, disebabkan saya terus menulis (tanpa mempedulikan tanggapan orang lain terhadap karya penulisan saya) ada yang sanggup bayar saya ratusan ringgit untuk saya menulis bagi pihak mereka.

 

Anda juga boleh jadi dan lalui apa yang saya lalui!

 

 

 

 

 

More from my site

  • Bagaimana cara mempromosikan rangkaian produk dalam program Affiliate Involve AsiaBagaimana cara mempromosikan rangkaian produk dalam program Affiliate Involve Asia
  • Adakah kerja sambilan menaip dari rumah benar-benar wujud dan boleh dipercayai?Adakah kerja sambilan menaip dari rumah benar-benar wujud dan boleh dipercayai?
  • Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?
  • Kenapa status akaun Involve Asia saya masih PENDING?Kenapa status akaun Involve Asia saya masih PENDING?
  • Kenapa saya perlu buat BAYARAN sebelum boleh mula bekerja dari rumahKenapa saya perlu buat BAYARAN sebelum boleh mula bekerja dari rumah
  • Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Buat Duit Online Tagged With: buat duit menulis, jadi penulis berduit, jana pendapatan sebagai penulis

Recent Posts

  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?
  • Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • Apa contoh kerja yang boleh dilakukan untuk individu lepasan SPM?

Recent Comments

  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia
  • Sabree Hussin on Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya?
  • Sabree Hussin on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?
  • RISMA ANDIANI on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?

Archives

  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2022 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...