Betul ke boleh dapat income setiap hari dari blog?

Betul ke kalau kita ada blog sendiri, kita boleh dapat income setiap hari dari blog tersebut? Kalau betul boleh dapat income setiap hari, boleh terangkan macam mana saya juga boleh dapat income dari blog?

blog-sebagai-sumber-pendapatan

Zaman sekarang ini, ada macam-macam cara orang cari duit. Sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap orang mempunyai akses kepada sambungan internet. Maka sangatlah beruntung bagi mereka yang tahu memanfaatkan internet bagi tujuan menjana pendapatan.

 

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan blog. Ya, buat duit dengan blog.

 

Saya telah mula berkecimpung dalam bidang ini, bermula dari tahun 2009 lagi. Pada waktu tu, idea untuk buat duit dengan membina laman blog bukanlah satu idea yang popular. Malahan, bila saya kata, satu hari nanti saya nak jadi penulis blog sepenuh masa dan bekerja ikut masa saya sendiri, saya menerima komen yang sinis dari keluarga saya sendiri.

 

Tapi sudah tentu, ianya telah berubah kini, apabila saya telah buktikan yang melalui blog, memang pendapatan itu boleh dihasilkan.

 

Pada hari ini, bukan sahaja melalui blog, malahan kalau rajin, kita juga boleh buat duit melalui laman web social media, sama ada facebook, twitter mahupun instagram. Setiap laman web yang berlainan, ada game plan dia yang tersendiri.

 

Oleh sebab fokus pada kali ini adalah mengenai blog, jadi saya akan cerita secara ringkas tentang blog sahaja. Dah sedia nak tahu? Sila teruskan pembacaan ya.

 

(1) Permulaan buat blog

Satu perkara yang saya perlu beritahu. Bukan semua blog yang wujud di alam maya ini, berupaya untuk hasilkan pendapatan kepada pemiliknya. Ada blog yang dibina, gagal berikan sebarang pendapatan untuk pemiliknya, walaupun hanya satu sen.

 

Ini hakikat yang perlu kita terima.

 

Nak bina sebuah blog yang menghasilkan pendapatan, juga kena ada strategi yang betul. Ia bermula dengan pemilihan topik yang tepat.

 

Cuba fikirkan satu topik, yang boleh menarik perhatian orang lain untuk baca blog kita. Saya bagi contoh, misalnya topik mengenai hiburan, artis, travel, kewangan, agama dan sebagainya.

 

Satu kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh orang baru yang minat nak cuba buat duit dengan blog ialah, dia menghasilkan blog yang tak ada skop atau hala tuju yang jelas. Sekejap tulis tentang diri dia, kemudian tulis pasal artis sikit, lepas tu campur pula dengan hal-hal yang langsung tak menarik.

 

Sebenarnya kalau diikutkan, bila kita nak senaraikan apa kesilapan yang sering dilakukan oleh penulis blog baru, memang sangat banyak. Itu mungkin saya akan tulis di lain masa ya.

 

Walaupun kita telah memilih satu topik yang mampu menarik minat orang ramai untuk baca blog kita, namun ia masih lagi belum menjadi satu jaminan yang blog kita akan mampu menghasilkan pendapatan.

 

Kita masih lagi perlu berikan masa untuk blog kita berkembang, mempunyai banyak konten didalamnya dan selepas itu barulah kita akan dapat lihat pertambahan dari segi pendapatan. Baik, kita teruskan kepada point yang seterusnya.

 

(2) Blog anda perlu mempunyai konten yang menarik

Blog anda perlu mempunyai konten. Bukan setakat satu atau dua konten, tapi lebih dari itu. Kalau blog anda baru ada 100 posting, ia juga masih belum mencukupi. Kalau boleh kena ada banyak. Ribu-ribu. Cuba target untuk dapatkan sekurang-kurangnya 1,000 posting dalam blog anda.

 

Bila dah berjaya capai angka 1,000 posting tu, naikkan lagi hingga jadi 2,000 dan seterusnya. Perkara ini memang mengambil masa yang agak lama, namun ianya berbaloi.

 

Lagi banyak posting yang anda siarkan dalam blog anda, lagi tinggi peluang untuk hasilkan lebih banyak pendapatan.

 

(3) Blog anda perlu ada trafik yang konsisten

Satu lagi perkara yang anda perlu perhatikan ialah, trafik.

Baca juga: Bagaimana cara menghasilkan blog yang mempunyai ramai pengunjung dan trafik yang tinggi? 

 

Saya menggalakkan anda menghasilkan seberapa banyak konten dalam blog anda, adalah supaya blog anda mempunyai trafik yang banyak dan konsisten. Blog yang mempunyai trafik yang tinggi, selalunya mampu hasilkan pendapatan yang lumayan, kalau nak bandingkan dengan blog yang kurang dari segi trafiknya.

tingkatkan-trafik-laman-web

Berapa jumlah trafik yang boleh kita anggap sebagai banyak dan berapa pula trafik yang kita boleh katakan terlalu sedikit? 

Dari pengalaman saya sendiri, jumlah trafik yang akan masuk ke blog kita ini akan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya, berapa banyak artikel yang telah kita siarkan dalam blog kita dan juga berapa kerap kita buat kerja-kerja pemasaran untuk memperkenalkan blog kita kepada pengguna internet di luar sana.

 

Saya lebih suka fokus untuk hasilkan konten yang baru untuk blog saya, berbanding fokus kepada untuk buat marketing. Rasionalnya begini… dalam bidang penulisan kita ada satu istilah iaitu writer’s block. Seorang penulis, bila terkena masalah ini, memang dia tak boleh nak hasilkan artikel baru, walaupun artikel tersebut simple sahaja.

 

Biasanya, bila saya terkena masalah tersebut, waktu itu baru saya akan buat kerja-kerja marketing. Sebaliknya, ketika saya mempunyai banyak idea untuk menghasilkan penulisan yang baru, saya akan fokus untuk menulis dan terus menulis.

buat-duit-dengan-menulis

Oleh sebab saya tak tahu, bila saya akan kena writer’s block, jadi saya rasa baik saya gunakan masa yang ada, ketika saya masih lagi sedang produktif untuk hasilkan seberapa banyak penulisan yang boleh.

 

Nanti-nanti, kalau saya dah tak ada idea, dah tak tahu nak tulis apa, waktu tu barulah saya buat kerja marketing. Baiklah, itu cara yang saya sendiri gunakan dan ia mungkin tak berapa sesuai untuk orang lain.

 

(4) Anda sertai program buat duit yang betul

Cuma ada blog, ada konten, dan ada trafik yang keluar masuk dalam blog anda, masih belum cukup untuk memastikan anda akan dapat hasilkan pendapatan dari blog tersebut. Pendapatan tersebut perlu datang dari sesuatu sumber.

Baca juga: Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar 

 

Kalau nak pendapatan yang konsisten setiap hari, saya syorkan anda sertai program pengiklanan. Ada banyak juga program pengiklanan yang bagus, untuk kita sertai. Misalnya yang popular adalah seperti Google Adsense. Ada juga lain-lain program pengiklanan yang boleh dijadikan sebagai alternatif seperti Bidvertiser.

 

Jika anda nak hasilkan pendapatan yang lumayan dari program seperti Adsense, atau lain-lain program pengiklanan, anda perlu pastikan laman blog anda mempunyai trafik yang cukup banyak. Formulanya mudah sahaja, lagi banyak trafik, lagi tinggi peluang untuk dapatkan pendapatan yang lumayan.

 

Itu sebabnya penting untuk anda pastikan, blog anda mempunyai trafik yang banyak.

Untuk dapatkan banyak trafik, kenalah selalu update blog dengan posting yang baru.

 

Bagaimana kalau blog saya tak mempunyai trafik yang banyak?

Jangan gusar. Anda masih lagi ada peluang untuk buat duit dengan blog. Sewaktu blog saya masih baru dan tak mempunyai trafik yang banyak, saya jana pendapatan dengan blog melalui program affiliate.

 

Dalam program affiliate ini, kita akan dibayar apabila kita berjaya buat jualan. Ini bermakna, anda perlu belajar serba sedikit teknik dan taktik, macam mana nak buat jualan secara online melalui perkataan sahaja. Bagaimana? Menarik bukan.

 

Salah satu program affiliate yang mungkin anda patut pertimbangkan untuk sertai adalah program affiliate Lazada. Ini antara pendapatan yang berjaya saya hasilkan melalui program ini.

buat-duit-dengan-lazada

Komisen yang terhasil ini, adalah daripada kempen promosi besar-besaran 11.11 yang dijalankan oleh Lazada baru-baru ini.

 

Topik ini, memang tak mungkin untuk saya ulas melalui satu artikel semata. In Shaa Allah, saya akan ulas lagi melalui tajuk yang berbeza di lain masa. Namun percayalah, jika anda konsisten dengan usaha anda menulis dan terus menambahkan artikel dalam blog anda, anda juga akan dapat income dari blog setiap hari. 

 

Saya doakan semoga anda juga berjaya!

 

 

, ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Macam mana nak jadi penulis blog? - Soal Jawab .MY - November 15, 2018

    […] Kalau nak gunakan FBAds sebagai medium iklan berbayar pun tak semurah satu ketika dulu. Mujurlah, saya masih lagi setia menulis di blog. Alhamdulillah, walaupun income dari blog ada turun dan naik, setidak-tidaknya saya masih boleh jana income dari blog setiap hari. […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes