Saya Nak Try Job dirumah. Tapi masih was-was. Macam mana erk. Ade sesiapa yang boleh membantu? Lagi satu, saya nak tau la yang Jobdirumah ni ok ke x? Boleh dipercayai ke tidak? Betul ke ade yang berjaya buat duit dengan Jobdirumah ni? Siapa yang pernah try tolong la guide or bagitahu saya adakah benda ni betul dan boleh dipercayai.
Saya nak try yang untuk bekerja tu bukan yang buat duit sebagai ejen affiliate, sebab saya malas dan tak minat nak promosi-promosi… saya nak try yang buat kerja dan dibayar upah.
Macam mana dengan pembayaran yang melibatkan matawang US Dolar tu dibuat ke akaun kita?
Laman web jobdirumah adalah dimiliki oleh syarikat Kliks Solution (SSM: 001762546-A). Menerusi laman web tersebut, mereka menjalankan perniagaan MENJUAL PANDUAN atau e-Kursus kepada individu yang berminat untuk mempelajari cara-cara bagaimana untuk bekerja dari rumah sebagai seorang pekerja bebas ataupun dikenali juga dengan istilah freelancer.
Jadi, jika ada persoalan seperti kenapa perlu bayar, maka jawapannya ialah, bayaran tersebut adalah untuk membeli panduan yang disediakan oleh syarikat tersebut. Konsep perniagaan seperti ini sebenarnya tak jauh beza dengan perniagaan menjual buku panduan ataupun buku rujukan.
Kalau kita ke kedai-kedai buku yang terdapat diluar sana, sudah pasti kita akan temui banyak buku-buku yang memuatkan panduan untuk mencapai matlamat tertentu, sama ada panduan untuk memikat bakal pasangan, panduan temuduga, panduan berucap di khalayak ramai dan sebagainya. Dalam situasi laman web Jobdirumah pula, ia menjual panduan untuk bekerja dari rumah.
Panduan Jobdirumah ni ok ke tidak? Panduan yang dijual memuatkan perkara-perkara asas tentang bekerja dari rumah hinggalah kepada perkara yang lebih advance, antaranya cara-cara untuk menyediakan online resume, cara untuk bid sesuatu pekerjaan, cara untuk menerima bayaran upah dari majikan di luar negara, dan sebagainya.
Saya berpendapat, panduan ini telahpun mencapai matlamatnya (iaitu untuk mengajar bagaimana cara yang tepat untuk mula bekerja dari rumah) dan saya percaya, mereka yang bersungguh-sungguh mengikuti panduan ini, pasti akan berupaya untuk bekerja dari rumah dengan cara dan kaedah yang betul.
Apabila timbul pertanyaan seperti adakah laman web jobdirumah ini boleh dipercayai ataupun tidak, mengikut pemerhatian saya, lazimnya si penanya ini tidak membaca laman web ini dari mula sampai habis. Jika baca dari mula sampai habis pula, masalah kedua mereka ini pula adalah kurang teliti.
Saranan saya, tak perlu begitu terpengaruh dengan potensi pendapatan yang boleh diperolehi jika bekerja dari rumah. Konsep bekerja dari rumah ini sebenarnya tidaklah begitu berbeza dengan bekerja di pejabat. Hanya lokasi kita menyiapkan kerja kita sahaja yang berlainan.
Pada asasnya, sebelum kita bercerita tentang bayaran upah yang bakal diterima dan sebagainya, kita patut lihat terlebih dahulu pada diri kita sendiri. Adakah kita mempunyai kemahiran dan skil yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Ingat! Bekerja dari rumah bukannya menyertai skim pelaburan.
Apabila anda bertekad untuk bekerja dari rumah, bermakna anda perlu memohon pekerjaan dari majikan dan pada masa yang sama, anda juga perlulah mempunyai kemahiran dan skil yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tertentu. Lagi mahal bayaran upah yang ditawarkan, selalunya lagi sukar untuk menyiapkan kerja tersebut.
Melainkan anda sudah sedia mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu, maka sesuatu pekerjaan yang ditawarkan itu tidaklah sesukar mana. Sebagai contoh, salah satu pekerjaan yang agak popular adalah kerja penterjemahan. Kerja ini memang nampak mudah, iaitu kita hanya perlu menterjemahkan bahasa tertentu kepada bahasa lain, seperti Bahasa Inggeris kepada Bahasa Mandarin. Walaupun kerjanya mudah, namun jika anda tidak mempunyai penguasaan terhadap kedua-dua bahasa tersebut, adalah sukar untuk anda berjaya melakukan pekerjaan ini.
Walaubagaimanapun, anda tak perlu gusar. Terdapat juga pekerjaan-pekerjaan yang mudah yang anda boleh lakukan, antaranya menulis artikel, menekan like pada FB Fanpage, menekan butang share dan sebagainya. Pekerjaan-pekerjaan seperti ini tidak membayar upah yang begitu lumayan. Sekiranya anda ingin fokus pada kerja-kerja yang mudah sahaja, anda mungkin perlu buat banyak kerja barulah berupaya untuk hasilkan pendapatan yang lumayan.
Bekerja dengan jobdirumah sebagai ejen affiliate
Ini adalah salah satu kaedah yang anda boleh cuba untuk buat duit dengan Jobdirumah. Anda dibayar dalam bentuk komisyen dan upah anda adalah bergantung kepada berapa banyak panduan yang berjaya anda jual. Anda perlu mendaftar sebagai ejen affiliate terlebih dahulu di laman web Jobdirumah. Pendaftaran sebagai affiliate adalah tertakluk pada kelulusan pihak admin.
Upah minimum yang anda bakal perolehi adalah sebanyak RM25 untuk setiap jualan yang terhasil. Jumlah ini mungkin berubah dari masa ke masa. Bayaran dilakukan terus ke akaun bank anda pada setiap bulan. Tiada sebarang had jualan, dan anda bebas untuk menghasilkan seberapa banyak jualan yang anda mahukan. Formulanya mudah sahaja, lagi banyak yang anda berjaya jual, maka lagi banyak yang anda mampu untuk hasilkan.
Atas ni pula adalah salah satu bukti bayaran yang pernah saya terima dari syarikat Kliks Solution ini pada bulan Julai 2016. Ini bukannya bayaran kali pertama, sebaliknya saya dah pun menerima bayaran komisyen seperti ini beberapa kali. Hanya jumlahnya sahaja yang berbeza.
Jika anda berhasrat untuk mempromosikan produk Panduan Jobdirumah ini, anda tak perlu khuatir sebabnya pihak syarikat pasti akan lakukan pembayaran upah kepada anda. Setakat ini, tak ada lagi yang dah berjaya buat sales tapi tak menerima sebarang upah.
Pembayaran upah dari luar negara menggunakan matawang USD. Jika anda menerima job dari luar negara, kebiasaannya bayaran upah akan dilakukan menerusi akaun Paypal. Ini bermakna anda perlu mendaftar dengan pihak PayPal untuk membuka akaun dengan mereka.
Setiap job yang anda berjaya siapkan, bayaran upah akan terus dibayar ke akaun PayPal anda. Anda juga boleh keluarkan wang di akaun PayPal dan tukarkan jumlah tersebut menerusi akaun bank tempatan anda. Ini contoh bayaran yang saya terima menerusi akaun Paypal.
Satu perkara yang menarik dengan bayaran dalam matawang asing ialah, kita dapat nikmati kadar tukaran matawang yang agak tinggi. Bagi majikan, upah sebanyak USD10 yang perlu dibayar kepada para pekerja bebas adalah tidak seberapa (bayangkan kita beri upah kepada seseorang sebanyak RM10), namun pada kita, USD10 itu sudah bersamaan dengan RM40.
Boleh kata agak banyak juga sebenarnya. Baiklah, semoga penerangan ringkas ini menjawab pertanyaan tersebut.