Assalamualaikum. Saya berminat untuk mencuba kerja-kerja seperti data entry, data mining, jurutaip dari rumah dan sebagainya. Tetapi saya agak musykil sebabnya kenapa saya harus buat pembayaran sejumlah wang sebelum boleh mula bekerja? Jadi, saya pun buatlah sedikit research dan rata-rata laman web yang saya baca mengatakan jika ada yang meminta bayaran sebelum boleh mula bekerja, itu hanya scam sahaja. Apa pendapat encik? Bagaimana dan dimanakan saya boleh mencari pekerjaan online di tempat yang boleh dipercayai?
Jika anda ingin bekerja dari rumah, sama ada sebagai seorang jurutaip, bekerja dalam bidang transcribing, data mining, kerja data entry dan sebagainya, namun sebelum anda diberi kebenaran untuk mula bekerja, syarikat yang ingin mengupah anda menyuruh anda untuk buat pembayaran wang terlebih dahulu, maka saya bersetuju jika aktiviti sebegini dikira sebagai scam sahaja.
Logiknya ialah, kita yang nak bekerja, maka kitalah yang sepatutnya menerima bayaran dari majikan, bukan sebaliknya.
Jika syarikat yang ingin mengupah anda menyuruh anda membuat sejumlah bayaran sebelum diberi akses kepada senarai kerja kosong, maka saya syorkan anda untuk lari jauh-jauh dan carilah peluang pekerjaan lain yang banyak terdapat di internet.
Malahan saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mencadangkan anda untuk luaskan target anda, iaitu seperti untuk berniaga dari rumah, sama ada menerusi kaedah bisnes dropshipping mahupun kaedah pemasaran affiliate.
Laman web ecommerce Lazada misalnya ada membuka peluang untuk orang ramai mendaftar sebagai ejen affiliate dan berpeluang untuk menerima komisen per jualan sekitar 6%-10% untuk produk yang berjaya dijual. Tiada sebarang pembayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai ejen affiliate, malahan anda berpeluang untuk jana pendapatan lumayan sekiranya anda tahu bagaimana teknik-teknik untuk mendapatkan jualan secara online.
Kebanyakkan individu yang mencari info tentang kerja kosong atau kerja dari rumah akan menemui laman web Jobdirumah. Untuk mereka yang malas membaca, kurang teliti dan selalu inginkan jawapan yang pantas pasti akan tertanya-tanya, kenapa laman web ini menyuruh orang ramai untuk buat pembayaran sebanyak RM50 sebelum boleh mula bekerja dari rumah?
Baiklah. Soalan ini saya akan jawab kemudian. Sebabnya saya nak jawab dulu soalan yang kedua iaitu dimana dan bagaimana boleh dapat kerja yang boleh dipercayai secara online.
(1) Program eRezeki
Laman web: https://erezeki.my/ms/home-my/
Program eRezeki ini adalah inisiatif daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), untuk membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan menyediakan platform bekerja dari rumah secara online.
Menerusi program ini, para peserta akan diberi akses untuk melakukan kerja-kerja digital yang pelbagai dan dibayar upah untuk setiap pekerjaan yang berjaya diselesaikan. Untuk maklumat lanjut tentang program ini sila ke laman web Program eRezeki.
(2) Laman web Direktori Pekerjaan Freelancer
Laman web: https://www.freelancer.com/
Sama ada anda ingin bekerja, atau anda ingin mengupah seseorang untuk melakukan pekerjaan tertentu untuk anda, maka laman web freelancer adalah salah satu laman web direktori pekerjaan yang anda boleh jadikan pilihan.
Terdapat ratusan atau mungkin ribuan kerja kosong di laman web freelancer yang anda boleh mohon. Taip sahaja kata kunci yang anda mahukan, sama ada data entry, typist dan sebagainya, kemudian anda boleh terus memohon pekerjaan.
Sama seperti anda ingin memohon untuk dapatkan pekerjaan, jika anda ingin memohon kerja-kerja online, anda juga perlu sediakan resume ataupun online profile yang menerangkan tentang diri anda dan menceritakan skil, kemahiran dan kepakaran anda. Profile ini akan direview oleh bakal majikan terlebih dahulu sebelum anda diterima untuk mula bekerja.
Walaubagaimanapun, untuk orang baru, anda mungkin ada banyak yang nak ditanya dan perlukan panduan bagaimana untuk mula memohon pekerjaan disini. Bermula dengan kaedah menyediakan online profile, memohon pekerjaan, menerima bayaran upah hinggalah anda berjaya mendapatkan pekerjaan anda yang pertama.
Ya sudah tentu anda boleh baca semua ini di laman web freelancer itu sendiri. Sama ada di bahagian about us, support dan mana-mana bahagian yang anda rasakan berguna untuk anda. Anda mungkin akan dapati apa yang anda baca terlalu banyak dan tak ada satu pun yang berguna dan relevan dengan apa yang anda perlukan.
Maka disini muncullah satu panduan yang bakal membantu menyenangkan hidup anda.
Dan panduan yang dimaksudkan itu ialah Panduan Jobdirumah ataupun turut dikenali sebagai Program e-Kursus Jobdirumah, yang mana untuk mendapat akses kepada panduan ini, anda dikenakan dengan bayaran yuran sebanyak RM50.
Bayaran ini mungkin akan dinaikkan atau diubah dimasa akan datang, ataupun mungkin panduan ini akan ditutup jualannya. Bayaran sebanyak RM50 yang anda bakal lakukan adalah kepada penyedia panduan ini dan bukannya kepada majikan.
Lazimnya, dalam dunia ini ada tiga golongan manusia. Golongan pertama ialah golongan yang tahu atau berpengetahuan. Golongan seperti ini lazimnya tak perlu beli sebarang panduan dan mereka boleh belajar sendiri jika mahu.
Golongan kedua pula adalah mereka yang tahu sikit-sikit. Mereka tahu yang bekerja dari rumah bukanlah satu perkara yang mustahil, namun disebabkan mereka hanya tau sikit-sikit, jadi mereka langsung tak bertindak untuk mencuba. Kalau mencuba pun, kebarangkalian untuk tak berjaya buat duit memang ada. Sebabnya, dia cuma tau sikit-sikit sahaja.
Golongan ketiga adalah golongan yang tak tau apa-apa.
Anda rasa anda berada dalam kelompok yang mana satu? Jika anda adalah dari kalangan mereka yang memang dah tahu, maka tak perlu dapatkan panduan ini. Anda boleh terus mohon pekerjaan online anda dari laman web yang telah saya kongsikan.
Sebenarnya, memang ada lagi beberapa laman web yang menyediakan pekerjaan yang boleh dilakukan hanya dari rumah. Namun, tak semua laman web tersebut benar-benar akan membayar kepada ahlinya yang berjaya menyiapkan kerja. Dalam situasi ini, anda juga perlu berhati-hati dalam memilih pekerjaan yang diiklankan.
Jika laman web tersebut adalah laman web yang berasal dari luar negara, apa yang saya boleh sarankan ialah untuk anda semak kadar upah yang ditawarkan dengan kadar upah untuk pekerjaan yang sama seperti yang terdapat di laman web freelancer.com
Jika kadar upahnya terlalu berbeza, dan pada masa yang sama, anda disuruh untuk buat bayaran tertentu, yang anda sendiri tak jelas apa tujuan pembayaran tersebut dikenakan, maka berhati-hatilah.
Pihak jobdirumah hanya menyediakan panduan kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari selok belok cara untuk mula bekerja dari rumah. Mereka bukan majikan yang menyediakan peluang pekerjaan. Perniagaan mereka adalah menyediakan panduan. Itu sahaja. Sekiranya anda merasakan yang anda boleh survive tanpa merujuk panduan yang mereka sediakan, atau anda mempunyai kaedah lain untuk dapatkan panduan yang seumpama dengan panduan Jobdirumah, maka terpulang pada anda untuk tidak membeli panduan ini.
Semoga jawapan saya ini membantu mencerahkan kekusutan yang melanda diri anda.