Ada tak yang berminat nak daftar program affiliate Lazada untuk tahun 2018 ini, tapi bila pergi ke laman web Lazada, tak ada halaman untuk buat pendaftaran.
Ini adalah halaman untuk mendaftar sebagai ejen affiliate Lazada. Sila ke halaman ini.
Sepatutnya, paparan seperti dibawah ini yang akan terlihat.
Pada bahagian kanan disebelah atas, akan ada borang SIGN UP yang membolehkan kita untuk daftar sebagai salah seorang ejen affiliate bagi Lazada.
Namun apa yang berlaku sekarang ini ialah, bila kita ke halaman affiliate, paparan seperti dibawah ini yang kelihatan.
Tiada butang yang boleh kita klik untuk buat pendaftaran sebagai ejen affiliate Lazada. Perkara ini saya juga pernah cerita dalam blog saya sebelum ini.
Sila baca di: Status program affiliate Lazada setakat Oktober 2018?
Untuk pengetahuan anda, pihak Lazada sebenarnya telah melakukan proses pemindahan platform untuk software yang digunakan bagi tujuan tracking sales dari para ejen. Sebelum ini, mereka menggunakan platform hasoffers untuk affiliate marketing.
Tapi sekarang ini, software yang digunakan telah ditukar kepada satu sistem yang baru. Boleh jadi, sekarang ini, masih ada beberapa perkara yang belum stabil, dan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihak Lazada ambil keputusan untuk menghentikan dulu pendaftaran untuk affiliate yang baru.
Bagi yang pernah daftar sebagai affiliate Lazada sebelum ini, anda masih lagi boleh teruskan dengan program ini. Langkah demi langkah, cara nak buat pendaftaran yang baru sepatutnya anda dah terima melalui emel.
Kenapa Lazada belum buka pendaftaran untuk affiliate baru
Oleh sebab platform yang baru ini, saya sendiri lihat ia seperti belum betul-betul stabil, saya berpendapat pihak lazada tak buka pendaftaran kepada orang baru sebab untuk elakkan berlaku sebarang kekeliruan.
Andaiannya seperti ini.
Ejen baru, majoriti memang agak baru dengan work flow bagaimana sistem dan program affiliate berfungsi. Walaupun bukan semua orang yang baru ni, tak ada pengalaman dalam bidang affiliate marketing, namun kebanyakkannya begitu.
Sebelum mereka semua ni jadi keliru, rasa nak marah dengan banyak sangat pertukaran, (pada peringkat awal ini) jadi lebih baik hentikan dulu pendaftaran untuk affiliate yang baru.
Kalau nak cerita dari sudut kekeliruan, even orang yang dah lama buat affiliate marketing macam saya sendiri ini pun ada beberapa bahagian yang saya rasa agak mengelirukan.
Jadi, apa yang saya dapat katakan, buat mereka yang memang minat nak sertai program affiliate Lazada ini supaya tunggu dalam beberapa bulan lagi. Bila sistem mereka dah betul-betul stabil, barulah anda join program mereka.
Cara lain untuk sertai program affiliate Lazada
Kalau anda nak tahu, sebenarnya masih ada cara lain untuk sertai program affiliate Lazada ini. Cara tersebut adalah melalui program affiliate Involve Asia.
Anda boleh daftar sebagai affiliate Involve Asia disini.
Selepas pendaftaran anda sebagai affiliate diterima, anda boleh log in ke member area, pilih halaman browse merchant dan mula mempromosikan produk-produk dari Lazada. Rujuk screenshot diatas.
Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dapat komisen dari program ini.