Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada?

Betul ke boleh buat duit dengan Lazada? Kalau betul boleh buat duit, boleh tak ajar kat saya, macam mana nak buat duit dengan Lazada tu? Kalau boleh nak jugak tambah-tambah duit poket ni…

buat-duit-dengan-lazada

Ya… memang betul. Kita memang boleh buat duit dengan Lazada. Mengikut pengalaman saya, cara nak buat duit di Lazada tidaklah begitu sukar. Saya juga pernah kongsikan pengalaman saya buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016 di blog saya yang satu lagi.

Klik untuk baca: Pengalaman jana pendapatan dengan Lazada sepanjang tahun 2016

 

Sebenarnya terdapat dua cara nak buat duit di Lazada. Cara pertama, sebagai ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web Lazada. Manakala cara kedua adalah sebagai penjual produk di laman web Lazada.

 

Posting kali ini, saya hanya nak fokuskan pada kaedah yang pertama sahaja.

 

Sekiranya anda merupakan seorang usahawan, dan ingin menjual produk anda menerusi laman web Lazada, sila klik pautan ini dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

 

Sekarang saya nak mula cerita tentang cara nak buat duit sebagai affiliate Lazada. Sekiranya anda serius nak buat duit sebagai affiliate Lazada, bolehlah ikuti langkah-langkah berikut.

 

(1) Buka laman web Lazada Malaysia, atau boleh juga klik pada pautan berikut. http://www.lazada.com.my

 

(2) Scroll down sehingga anda temui Affiliate Program dan klik disitu. Sebagai alternatif, boleh juga klik pautan ini untuk daftar sebagai Affiliate Lazada.

lazada-malaysia-affiliate-program

(3) Klik pada sign up dan isikan borang pendaftaran.

 

(4) Tunggu sehingga pendaftaran anda disahkan dan akaun affiliate anda diaktifkan.

 

(5) Setelah pendaftaran anda disahkan dan akaun affiliate anda diaktifkan, log in ke member area.

 

(6) Cari link unik atau dikenali juga sebagai link affiliate anda. Caranya adalah seperti dibawah.

buat-duit-dengan-lazada

Klik pada OFFERS > Live Offers > MY Deeplink Generator

 

Sekiranya opsyen MY Deeplink Generator tidak muncul, gunakan fungsi Advance Search. Taip sahaja “MY Deeplink Generator“. Kemudian tekan klik.

 

Pada bahagian MY Deeplink Generator, anda akan dapat lihat paparan seperti diatas. Lihat pada anak panah berwarna merah.

 

Your Tracking Link adalah link affiliate anda.

 

Dalam contoh diatas, link affiliate saya ialah “http://ho.lazada.com.my/SHCNb3

 

Sekiranya anda klik pada link tersebut, ia akan membawa anda ke halaman utama laman web Lazada, iaitu http://www.lazada.com.my

 

(7) Seterusnya, anda boleh mula lakukan kerja-kerja pemasaran. Anda boleh pilih untuk promosikan laman web utama Lazada ataupun anda juga boleh pilih untuk promosikan produk yang spesifik yang dijual di Lazada.

 

(8) Sekiranya anda ingin mempromosikan produk yang spesifik di Lazada, caranya adalah seperti berikut.

  1. Pilih produk yang anda ingin promosikan.
  2. Buka halaman jualan produk tersebut.
  3. Dapatkan link URL produk tersebut dan tekan copy.
  4. Log in ke affiliate panel atau member area dan pergi ke MY Deeplink Generator.
  5. Tekan butang Add Deep Link
  6. Masukkan link url produk tersebut dikotak yang disediakan.
  7. Tekan simbol tambah.
  8. Your Tracking Link yang baru akan terhasil. Tracking yang baru ini akan bawa anda ke halaman jualan produk tersebut.

 

Lihat penerangan dalam bentuk gambar dibawah sekiranya penerangan step by step diatas kurang jelas.

buat-duit-dengan-lazada

Dalam contoh ini, saya ingin promosikan produk Sony Playstation

Nama Produk = New Sony PlayStation 4 Slim PS4 Console 500GB [1Year SEA Official Warranty]

Link URL Laman Jualan = http://www.lazada.com.my/new-sony-playstation-4-slim-ps4-console-500gb-1year-sea-officialwarranty-13960289.html (perlu copy semua sekali)

Link yang telah saya convert kepada link affiliate = http://ho.lazada.com.my/SHN4lh

 

(9) Kini anda dah tahu macam mana nak daftar sebagai affiliate Lazada, dan dah tahu macam mana nak promosikan produk tertentu yang dijual di Lazada. Kini langkah seterusnya adalah buat kerja-kerja pemasaran. Sila rujuk terma dan syarat Lazada sekiranya anda tak pasti sama ada teknik pemasaran yang anda ingin gunakan adalah diterima atau tidak.

 

(10) Secara peribadi, saya lebih banyak gunakan blog, FB Fanpage dan juga twitter untuk buat kerja-kerja pemasaran. Gunalah apa-apa cara yang anda selesa untuk gunakannya.

 

Sekiranya anda ingin gunakan medium blog, tapi anda masih tak berapa pasti bagaimana cara untuk buat kerja-kerja pemasaran tersebut, bolehlah belajar buat blog dengan membaca blog saya yang ini.

 

Semoga bermanfaat dan semoga anda juga dapat buat duit di Lazada.

 

Sebagai alternatif, anda juga boleh menyertai program affiliate Lazada menerusi platform yang disediakan oleh pihak Involve Asia. Anda boleh klik pautan ini untuk mendaftar menerusi Involve Asia.

 

, , ,

9 Responses to Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada?

  1. eCommerce In Malaysia April 3, 2017 at 10:13 pm #

    Owh sini tempat baru bro yer, terbaik bro, saya suka idea blog ni, ada potensi ianya bermanfaat kepada pembaca blog ini,
    eCommerce In Malaysia recently posted…Kenapa Perlu Membeli Di Website eCommerce EzbuyMy Profile

    • Sabree Hussin May 7, 2017 at 2:14 am #

      Terima kasih. Selamat datang ke blog soaljawab.MY ­čśÇ

  2. deni August 31, 2017 at 5:01 pm #

    makasih infonya

    • Sabree Hussin September 23, 2017 at 12:03 pm #

      Ya sama-sama. Semoga membantu anda untuk buat duit dengan Lazada.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bina laman blog bagi menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup! | Formula Income Seumur Hidup FI$H - August 1, 2017

    […] Deretan sales yang anda lihat tu sebenarnya datangnya dari Program Affiliate Lazada Malaysia. […]

  2. Bekerja sebagai ejen Affiliate Lazada dari rumah – Kerja Sambilan Dari Rumah - August 1, 2017

    […] Program affiliate Lazada ini merupakan salah satu program affiliate yang patut anda join. […]

  3. Program Affiliate Lazada - Kenapa masih tak berjaya dapat jualan? - Soal Jawab .MY - August 22, 2017

    […] Klik untuk baca: Macam mana cara nak hasilkan pendapatan dengan Program Affiliate Lazada? […]

  4. Bagaimana cara mempromosikan rangkaian produk dalam program Affiliate Involve Asia - Soal Jawab .MY - November 10, 2017

    […] hanya akan terima bayaran komisen apabila anda berjaya hasilkan jualan. Contohnya macam program affiliate dari Lazada, Agoda, Hotels.com, dan banyak […]

  5. Bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya? - Soal Jawab .MY - November 13, 2017

    […] (1) Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes