Betul ke boleh buat duit dengan Lazada? Kalau betul boleh buat duit, boleh tak ajar kat saya, macam mana nak buat duit dengan Lazada tu? Kalau boleh nak jugak tambah-tambah duit poket ni…
Ya… memang betul. Kita memang boleh buat duit dengan Lazada. Mengikut pengalaman saya, cara nak buat duit di Lazada tidaklah begitu sukar. Saya juga pernah kongsikan pengalaman saya buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016 di blog saya yang satu lagi.
Klik untuk baca: Pengalaman jana pendapatan dengan Lazada sepanjang tahun 2016
Sebenarnya terdapat dua cara nak buat duit di Lazada. Cara pertama, sebagai ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web Lazada. Manakala cara kedua adalah sebagai penjual produk di laman web Lazada.
Posting kali ini, saya hanya nak fokuskan pada kaedah yang pertama sahaja.
Sekiranya anda merupakan seorang usahawan, dan ingin menjual produk anda menerusi laman web Lazada, sila klik pautan ini dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan. Sepatutnya anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah ini.
Halaman ini khas untuk mereka yang nak mula menjual menggunakan platform Lazada Online.
Sekarang saya nak mula cerita tentang cara nak buat duit sebagai affiliate Lazada. Sekiranya anda serius nak buat duit sebagai affiliate Lazada, bolehlah ikuti langkah-langkah berikut.
(1) Buka laman web Lazada Malaysia, atau boleh juga klik pada pautan berikut. http://www.lazada.com.my
(2) Scroll down sehingga anda temui Affiliate Program dan klik disitu. Sebagai alternatif, boleh juga klik pautan ini untuk daftar sebagai Affiliate Lazada.
(3) Klik pada sign up dan isikan borang pendaftaran.
(4) Tunggu sehingga pendaftaran anda disahkan dan akaun affiliate anda diaktifkan.
(5) Setelah pendaftaran anda disahkan dan akaun affiliate anda diaktifkan, log in ke member area.
(6) Cari link unik atau dikenali juga sebagai link affiliate anda. Caranya adalah seperti dibawah.
Klik pada OFFERS > Live Offers > MY Deeplink Generator
Sekiranya opsyen MY Deeplink Generator tidak muncul, gunakan fungsi Advance Search. Taip sahaja “MY Deeplink Generator“. Kemudian tekan klik.
Pada bahagian MY Deeplink Generator, anda akan dapat lihat paparan seperti diatas. Lihat pada anak panah berwarna merah.
Your Tracking Link adalah link affiliate anda.
Dalam contoh diatas, link affiliate saya ialah “http://ho.lazada.com.my/SHCNb3”
Sekiranya anda klik pada link tersebut, ia akan membawa anda ke halaman utama laman web Lazada, iaitu http://www.lazada.com.my
(7) Seterusnya, anda boleh mula lakukan kerja-kerja pemasaran. Anda boleh pilih untuk promosikan laman web utama Lazada ataupun anda juga boleh pilih untuk promosikan produk yang spesifik yang dijual di Lazada.
(8) Sekiranya anda ingin mempromosikan produk yang spesifik di Lazada, caranya adalah seperti berikut.
- Pilih produk yang anda ingin promosikan.
- Buka halaman jualan produk tersebut.
- Dapatkan link URL produk tersebut dan tekan copy.
- Log in ke affiliate panel atau member area dan pergi ke MY Deeplink Generator.
- Tekan butang Add Deep Link
- Masukkan link url produk tersebut dikotak yang disediakan.
- Tekan simbol tambah.
- Your Tracking Link yang baru akan terhasil. Tracking yang baru ini akan bawa anda ke halaman jualan produk tersebut.
Lihat penerangan dalam bentuk gambar dibawah sekiranya penerangan step by step diatas kurang jelas.
Dalam contoh ini, saya ingin promosikan produk Sony Playstation
Nama Produk = New Sony PlayStation 4 Slim PS4 Console 500GB [1Year SEA Official Warranty]
Link URL Laman Jualan = https://www.lazada.com.my/products/sony-playstation-4-ps4-pro-4k-uhd-1tb-console-2-year-90-days-sea-official-warranty-i457652528-s714442232.html (perlu copy semua sekali)
Link yang telah saya convert kepada link affiliate = http://ho.lazada.com.my/SHN4lh
(9) Kini anda dah tahu macam mana nak daftar sebagai affiliate Lazada, dan dah tahu macam mana nak promosikan produk tertentu yang dijual di Lazada. Kini langkah seterusnya adalah buat kerja-kerja pemasaran. Sila rujuk terma dan syarat Lazada sekiranya anda tak pasti sama ada teknik pemasaran yang anda ingin gunakan adalah diterima atau tidak.
(10) Secara peribadi, saya lebih banyak gunakan blog, FB Fanpage dan juga twitter untuk buat kerja-kerja pemasaran. Gunalah apa-apa cara yang anda selesa untuk gunakannya.
Sekiranya anda ingin gunakan medium blog, tapi anda masih tak berapa pasti bagaimana cara untuk buat kerja-kerja pemasaran tersebut, bolehlah belajar buat blog dengan membaca blog saya yang ini.
Semoga bermanfaat dan semoga anda juga dapat buat duit di Lazada.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menyertai program affiliate Lazada menerusi platform yang disediakan oleh pihak Involve Asia. Anda boleh klik pautan ini untuk mendaftar menerusi Involve Asia.
Update 30 Jun 2016
Fungsi MY Deeplink Generator sudah tak boleh digunakan. Anda perlu gunakan fungsi App Deeplink Generator. Boleh baca tentangnya menerusi posting berikut >>
Program Affiliate Lazada (2018) – Cara dapatkan link affiliate Lazada
Update 04 Ogos 2019
Nampaknya agak ramai yang baca artikel tentang cara nak buat duit sebagai affiliate Lazada ini, tapi sayangnya cara yang saya kongsikan disini sudah tak boleh digunakan lagi.
Untuk pengetahuan anda, Lazada telah mengubah platform dan sistem yang mereka gunakan.
Jika anda baru jumpa artikel ini pada tahun 2019, ini adalah cara yang patut anda lakukan kalau nak buat duit sebagai affiliate Lazada.
1. Pergi ke halaman https://adsense.lazada.com.my/ untuk daftar sebagai affiliate atau jika anda sudah mempunyai akaun, layari halaman tersebut untuk login ke member area.
2. Paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Untuk mereka yang sebelum ini belum pernah daftar sebagai affiliate Lazada, boleh klik pada kotak berwarna merah seperti diatas tu ya. Ikut sahaja langkah demi langkah untuk daftar akaun.
Saya rasa bahagian itu terlalu straight forward dan tak perlulah saya nak tunjuk satu per satu.
3. Jika anda sudah mempunyai akaun affiliate Lazada, isikan maklumat emel dan juga password anda kemudian tekan butang login.
4. Ini adalah paparan di member area.
Saya kini berada di tab Campaign Promo. Perhatikan kotak berwarna merah. Terdapat kolum Action disitu.
Jika anda tekan Get Link, pada mana-mana barisan yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah, semua itu adalah link affiliate anda.
5. Katakanlah anda pilih kolum Homepage seperti dibawah ini.
Apabila anda tekan Get Link akan keluar paparan seperti dibawah.
Kalau dekat skrin saya, link yang dipaparkan adalah link affiliate saya.
Anda boleh terus gunakan link affiliate tersebut untuk buat kerja-kerja pemasaran.
6. Link tersebut akan membawa anda ke muka hadapan laman web Lazada. Andai kata anda ingin mempromosikan produk yang spesifik, atau jenama yang spesifik, atau halaman yang spesifik yang terdapat di laman web Lazada, anda perlu pilih opsyen Deeplink Picker.
7. Tekan Get Link dan lihat apa link unik milik anda.
8. Untuk contoh yang saya punya, ini adalah link unik milik saya https://c.lazada.com.my/t/c.GMO
9. Katakanlah saya nak mempromosikan jenama Sony. Maka apa yang saya perlu buat ialah dapatkan link url jenama Sony di laman web Lazada. Ini adalah screenshot untuk page jenama Sony Lazada.
Link url untuk page ini pula adalah https://www.lazada.com.my/sony/
10. Copy link url Sony tadi dan paste di laman web https://urlencode.org
Tekan butang Encode.
Link asal – https://www.lazada.com.my/sony/
Link selepas Encode – https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fsony%2F
11. Ingat lagi link yang kita ambil dari Deeplink Picker?
Link tersebut adalah
https://c.lazada.com.my/t/c.GMO
Tambahkan ?url= pada link url tadi menjadi
https://c.lazada.com.my/t/c.GMO?url=
Ambil link halaman Sony yang telah kita Encode dan cantumkan dengan link dari Deeplink Picker
Link deeplink picker – https://c.lazada.com.my/t/c.GMO?url=
Link Url Sony – https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fsony%2F
Gabungkan dengan format Deeplink Picker + Link yang telah kita Encode menjadi
https://c.lazada.com.my/t/c.GMO?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fsony%2F
Inilah dia link baru yang terhasil. Link tersebut akan membawa anda ke halaman yang spesifik dan telah dimasukkan tracker affiliate kita.
Macam biasa, disebabkan link tersebut nampak terlalu panjang dan kurang menarik, maka saya gunakan plugin Pretty Link untuk pendekkan link tersebut supaya nampak lebih kemas.
Link asal – https://c.lazada.com.my/t/c.GMO?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fsony%2F
Link baru setelah dipendekkan dengan plugin Pretty Link – https://soaljawab.my/sony
12. Selesai. Seterusnya anda bolehlah buat pemasaran mengikut teknik dan strategi yang anda selesa untuk gunakan.
Jika ada sebarang kekeliruan atau soalan, sila tanyakan dibahagian komen. In Shaa Allah saya akan jawab secepat mungkin.
Program Affiliate Lazada ini juga boleh disertai melalui platform Involve Asia. Jemput baca di artikel saya yang bertajuk Program Affiliate Lazada dan bagaimana cara nak sertai.
Nak buat duit dengan Lazada sebagai seorang penjual?
Apa yang saya kongsikan disini adalah cara untuk anda buat duit sebagai ejen affiliate Lazada. Andai kata anda minat nak jadi seorang penjual dan nak buat bisnes di Lazada, saya syorkan anda muat turun panduan ini.
Panduan buat bisnes di Lazada ini boleh dimuat turun menerusi pautan ini.