Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Hukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solat

May 13, 2019 by Sabree Hussin

Apakah hukum membaca, memegang dan melihat mushaf Al-Quran dihadapannya apabila melakukan solat? 

 

Pada waktu posting ini saya tulis, tarikh pada hari ini adalah 13 May 2019 atau bersamaan dengan 8 Ramadhan 1440 hijrah.

 

Hari ini saya tergerak hati untuk dapatkan jawapan tentang hukum memegang dan membaca kitab al-quran ketika mendirikan solat. Maklumlah, hafalan saya terhadap surah-surah yang panjang tidaklah begitu baik.

 

Sesekali saya teringin juga nak baca surah yang panjang dalam solat. Sebagai permulaan, saya bawakan jawapan yang diberikan oleh Mufti Kuala Lumpur seperti yang boleh dibaca dilaman web rasmi mereka disini.

baca-kitab-quran-masa-solat

Salam Ustaz,
Hukum Imam membaca dengan melihat Mushaf di hadapanya pd setiap kali solat fardu berjemaah.
Wassalam

 

Waalaikummussalam warahmatullahhi wabarakatuh, terima kasih kepada tuan yang bertanya.

 

Harus yang demikian itu, daripada Saiyyidatina Aisyah Radiyallahu’anha isteri Nabi ﷺ bahawa beliau pernah diimami oleh seorang hamba yang telah dimerdekakan miliknya, bernama Zakwan dalam keadaan membaca al-Quran pada mushaf di bulan Ramadhan.

 

Di dalam Kitab al-Mudawwanah: Syeikh Ibnu Wahbin mengatakan: Syeikh Ibnu Syihab berkata: Adalah khiyaruna ( mereka yang terpilih dan terbaik dalam kalangan kami ) membaca al-Quran dengan melihat mushaf ketika dalam solat di bulan Ramadhan. Disebut bahawa sesungguhnya hamba Saiyyidatina Aisyah Radiyallahu’anha mengimamkan beliau ketika solat di dalam bulan Ramadhan dalam keadaan melihat pada mushaf, dan perkara yang sama disebut oleh Imam Malik dan Imam al-Laith.

 

Imam an-Nawawi menyebut di dalam Kitab Majmu’ Syarah al-Muhazzab, kitab solat:

“Bab pada menyatakan perkara yang membatalkan dan makruh dilakukan di dalam solat adalah perbuatan yang bukan sebahagian daripada solat, pada masalah tentang seseorang membaca al-Quran melihat mushaf ketika solat.”

“Sekiranya seseorang membaca al-Quran melihat mushaf maka tidak batal solatnya sama ada seseorang itu menghafal al-Quran atau tidak, bahkan wajib ke atasnya melihat mushaf sekiranya ia tidak menghafal surah al-Fatihah seperti mana perbincangan yang lalu. Sekiranya terkadang-kadang ia membalikkan mushaf al-Quran (dengan tidak melakukan pergerakan yang besar tiga kali berturut-turut) di dalam solat maka ia tidak membatalkan solat. Juga sekiranya ia melihat tulisan yang tercatat selain daripada al-Quran dan mengulang-ulangkan apa yang dilihatnya itu untuk bacaan dirinya, maka tidak juga membatalkan solat walaupun ia panjang tetapi perbuatan tersebut dikira makruh. Perkara itu telah di naskan oleh Imam as-Syafi’e di dalam kitam Imla’, dan telah dipersetujui oleh ulama-ulama dalam mazhab Syafi’e. Katanya lagi: “Dan perkara melihat al-Quran pada mushaf tidak membatalkan solat ia adalah mazhab kami dan begitu juga mazhab Imam Malik, Imam Abi Yusuf, Imam Muhammad dan Imam Ahmad.”

 

Berkata Imam Abu Hanifah: “Mengatakan perkara tersebut membatalkan solat.”

Imam Abu Bakr ar-Razi berkata: “Maksud Imam Abu Hanifah batal solat sekiranya ia tidak menghafal al-Quran dan hendak membaca banyak ayat-ayat al-Quran. Adapun sekiranya ia menghafal al-Quran atau tidak menghafal tetapi membaca sedikit sahaja daripada ayat al-Quran seperti beberapa ayat dan seumpamanya maka ia tidak membatalkan solat. Mereka berhujah bahawa melihat kepada mushaf berhajat kepada berfikir dan melihat. Ini merupakan suatu pekerjaan yang banyak. Begitu juga jika seseorang menegur orang lain di dalam solat, ulama Syafi’e menggunakan hujah bahawa ia hendaklah menegur dengan mendatangkan bacaan. Adapun melihat selain dari mushaf dengan cara berfikir dan melihat di dalam solat maka ia tidak membatalkan solat secara kesepakatan para ulama. Oleh itu, melihat mushaf di dalam solat adalah lebih utama berbanding yang lain. Manakala menegur di dalam solat tidak membawa kepada batalnya solat di sisi mazhab kami tanpa ada perselisihan dikalangan ulama.

 

Saya juga ada menemui beberapa video di Youtube yang membincangkan perkara ini. Ini adalah antara yang anda boleh tonton.

 

Tajuk: Membaca Mushaf Al Qur’an Ketika Solat – Dr. Rozaimi

 

Tajuk: Hukum Solat Sambil Pegang Al-Quran – Ustaz Zul Pandan

 

Tajuk: DR ASRI-HUKUM IMAM MEMBACA NASKAH AL QURAN SEMASA SOLAT

 

Tajuk: Hukum pegang qur’an pada sholat sunnah – H.Ustadz Abdul Somad Lc,MA

 

Tajuk: Tata Cara Shalat Sambil Membaca Al-Quran

 

Dalam video dekat atas ini ada ditunjukkan contoh bagaimana cara memegang alquran ketika sujud dan ruku’. Alquran dikepit antara celah ketiak.

 

Tajuk: DFB – Solat Sambil Pegang Mushaf Al-Quran

 

Tajuk: Hukum Solat Sambil Pegang Al Quran Mushaf mp4 (UAI)

 

Pendapat yang saya pilih, kalau nak solat sunat bolehlah solat sambil memegang Quran dan pilih surah yang lebih panjang. Namun, ketika solat fardhu, bacalah surah yang memang kita hafal.

 

 

More from my site

  • Tanggungjawab seorang Suami terhadap Isteri dan keluarganyaTanggungjawab seorang Suami terhadap Isteri dan keluarganya
  • Soalan lazim dari tetamu kepada host di AirbnbSoalan lazim dari tetamu kepada host di Airbnb
  • Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada sesuatu iklan itu BERKESAN atau tidak berkesan?Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada sesuatu iklan itu BERKESAN atau tidak berkesan?
  • Boleh ke buat booking untuk orang lain di laman web Airbnb?Boleh ke buat booking untuk orang lain di laman web Airbnb?
  • Bagaimana cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb?Bagaimana cara untuk mendapatkan travel credit bernilai RM105 dari Airbnb?
  • Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?Boleh ke kalau nak buat tempahan homestay yang tersenarai di laman web Airbnb tanpa melalui Airbnb?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Solat Tagged With: baca alquran semasa solat, buka kitab alquran semasa solat

Recent Posts

  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?
  • Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • Apa contoh kerja yang boleh dilakukan untuk individu lepasan SPM?

Recent Comments

  • Nota Kewangan Sentap - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia
  • Sabree Hussin on Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya?
  • Sabree Hussin on Apakah teknik yang tepat untuk jual lebih banyak ebook?

Archives

  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...