Soal Jawab .MY

Setiap Persoalan Ada JAWAPANNYA

Cara dapatkan pembekal untuk berniaga di laman web Shopee

December 4, 2018 by Sabree Hussin

Macam mana cara nak dapatkan supplier untuk saya mulakan bisnes di laman web shopee? Boleh kongsikan idea?

niaga-di-laman-web-shopee

Berita yang cukup baik untuk para peniaga online.

 

Anda kini boleh menambahkan lagi channel untuk buat jualan secara dalam talian. Kalau sebelum ini anda masih belum pernah gunakan laman web shopee untuk buat jualan, mungkin selepas ini anda patut pertimbangkan untuk buat jualan di shopee.

 

Laman web shopee dibangunkan menggunakan konsep laman web ecommerce. Ia umpama sebuah shopping mall yang sangat luas dan sangat besar, namun ia hanya wujud secara dalam talian.

 

Terdapat pelbagai produk yang dijual melalui shopee. Para peniaga di shopee ini pula, terdiri daripada syarikat dan pemilik jenama terkenal, hinggalah individu biasa yang baru nak belajar-belajar berniaga, menggunakan kaedah dropship dalam perniagaannya.

 

Laman web ini juga semakin popular dan makin berkembang saban hari. Boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada produk baru yang ditambah dalam rangkaian produk yang dijual melalui shopee.

 

Jumlah seller dalam laman web ini juga kian bertambah hari demi hari. Sebenarnya, bukan sahaja penjual yang makin bertambah ramai di shopee, pembeli yang baru juga makin ramai.

 

Maklumlah nak beli barang di shopee sangatlah mudah. Boleh beli menggunakan smartphone dan terdapat pelbagai cara bayaran yang disediakan.

 

Jika anda ingin mengetahui sama ada kita boleh berniaga di Shopee tanpa sebarang modal atau tidak, silakan baca posting saya sebelum ini.

Baca disini: Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?

 

Posting kali ini, saya akan kongsikan beberapa cara yang anda juga boleh lakukan untuk kenalpasti pembekal atau supplier yang anda boleh gunakan untuk berniaga barangan di Shopee.

 

Ini adalah beberapa cara yang saya boleh cadangkan.

 

(1) Dapatkan bekalan produk dari kedai berhampiran anda

Cara ini memerlukan sedikit usaha dari pihak anda. Cuba kenalpasti, kedai-kedai yang ada disekitar anda, dan anda jual produk mereka jual melalui shopee.

 

Mula-mula sekali anda mungkin boleh minta kebenaran dari pemilik kedai itu untuk tangkap gambar produk yang anda nak jual. Ya, saya tahu mungkin ramai yang tak begitu selesa dengan cara ini, dan kalau kita tak betul-betul kenal dengan pemilik kedai tu, dia pun mungkin tak akan benarkan.

 

Jadi saya cadangkan anda beli produk yang anda nak jual tu. Mungkin anda jual produk yang anda biasa beli. Contoh untuk diri saya sendiri, saya biasa beli makanan untuk kucing. Setiap bulan memang kena beli makanan untuk kucing-kucing saya ni.

 

Apa yang saya boleh buat, lepas dah beli produk tu, saya ambil gambar cantik-cantik sebelum buka, dan gambar tu saya boleh upload di internet. Maksud saya di laman web shopee itu la.

 

Apabila ada tempahan, saya hanya perlu ke kedai yang saya biasa beli barang tu, dan seterusnya pos kepada pembeli.

 

Mungkin anda rasa tips ini macam biasa sangat. Ok biar saya tambahkan beberapa poin yang mungkin dapat membuka minda anda.

 

Adakah anda tinggal berdekatan dengan store terkemuka seperti Ikea? Tahukah anda setakat ini, hanya terdapat 4 store Ikea di Malaysia, iaitu di Damansara, Cheras, Tebrau dan juga di Batu Kawan. Bagaimana mereka yang tinggal jauh dari Ikea?

 

Ya, mereka sama ada perlu travel jauh untuk ke Ikea store, ataupun beli secara online. Memang betul, mereka boleh beli terus dari laman web Ikea, namun kalau anda nak tahu, seller yang jual semula produk ikea di Shopee juga ada ramai dan mereka mampu hasilkan jualan yang banyak.

Boleh jadi sebab pelawat dan pengguna laman web serta apps Shopee tak suka nak buat transaksi dekat banyak-banyak website yang berbeza. Lantas bila mereka terjumpa produk yang mereka nak beli, dan harganya tak jauh beza, mereka terus bayar.

 

Selain itu, cuba fikirkan, apakah kedai ataupun produk yang ada banyak dekat tempat anda tetapi dekat tempat lain agak susah nak jumpa.

 

Saya sebenarnya baru balik dari Langkawi. Dekat sini, ada banyak produk berasaskan gamat dan boleh dikatakan produk seperti ini sangat mudah untuk diperolehi. Tapi kalau dekat Selangor, agak susah nak cari produk berasaskan gamat.

produk-gamat-langkawi

Produk berasaskan gamat ni pula ada macam-macam. Ada minyak gamat, sabun gamat, air gamat, jeli gamat, kapsul gamat dan pelbagai lagi. Kemudian setiap produk pula ada syarikat pengeluar yang berbeza. Bagi yang memang biasa amalkan gamat pasti mereka ada produk dari syarikat atau jenama kegemaran mereka sendiri.

 

(2) Cari pembekal untuk bisnes Shopee dari laman web Shopee

Saya cuba buat carian menggunakan kata kunci “dropship” di laman web shopee, dan hasilnya saya menemui beberapa seller di laman web shopee yang turut menawarkan program dropship.

 

Ini contohnya yang saya maksudkan.

pembekal-dropship-di-shopee

Ada antara seller ini yang meminta anda untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum diterima sebagai ejen dropship.

 

Pendaftaran itu pula ada yang percuma dan ada juga yang dikenakan bayaran. Sila baca syarat-syarat yang ditetapkan, dan setiap penjual yang tawarkan program dropship meletakkan syarat yang berbeza.

 

Jika anda tak minat nak daftar pun tak ada masalah. Anda boleh buat cara seperti ini.

 

Anda kenalpasti apa produk yang nak dijual di shopee. Sebaik-baiknya jual produk yang ada dua atau tiga penjual di shopee. Setelah jumpa produk tersebut, anda letakkan harga yang tinggi sedikit berbanding penjual sedia ada.

 

Apabila anda dapat tempahan, anda beli dari penjual lain dari Shopee, dan untuk alamat penghantaran, anda letakkan alamat pembeli anda. Selesai masalah.

 

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan cara ini, anda perlu berikan tumpuan yang lebih semasa menyediakan penerangan tentang produk. Gunakanlah setiap kemahiran dan skill copywriting yang anda miliki untuk meyakinkan bakal pembeli supaya beli dari anda.

 

Jika tidak, pembeli akan sentiasa pilih penjual yang boleh tawarkan harga paling murah.

 

(3) Gunakan laman web ecommerce lain sebagai pembekal anda

Cara ini tak banyak beza dengan cara yang kedua sebelum ini. Bezanya ialah anda cari pembekal dari laman web ecommerce lain.

 

Untuk memudahkan kefahaman, anda cari beberapa penjual yang menjual produk yang anda nak jual di Shopee, dari laman web ecommerce lain, misalnya dari Lazada Malaysia, 11 Street atau lain-lain laman web.

 

Bila ada tempahan dari shopee, anda pun buat order dari laman web ecommerce yang lain tu. Kenapa pilih laman web ecommerce milik pesaing?

 

Saya suka laman web seperti Lazada sebabnya laman web ini mempunyai jaminan keselamatan kepada pembeli. Penjual yang berniaga disitu hanya akan dapat duit setelah pembeli terima barang.

 

Dalam situasi ini, anda adalah pembeli yang mewakili pelanggan anda di shopee. Kita tak nak ada sebarang masalah pada tempahan tersebut, misalnya hal-hal seperti penipuan, barang tak sampai, barang rosak dan sebagainya. Jadi kita beli dari laman web yang mempunyai jaminan keselamatan untuk pembeli.

 

(4) Bina network dan berkenalan dengan penjual di FB

Cuba lihat dalam friendlist anda. Mungkin anda dapat kenalpasti, ada beberapa orang dalam rakan anda yang merupakan pengeluar produk. Jika tiada, mungkin mulai saat ini anda boleh mula berkenalan dengan pemilik dan juga founder produk.

 

Kalau tak dapat nak berkenalan dengan founder produk sekalipun, boleh juga berkenalan dengan stokis atau mana-mana individu yang kita yakin selalu simpan produk untuk dijual.

 

Cubalah berkawan dengan individu seperti ini, dan mula sama-sama bina hubungan perniagaan dengan dia.

 

(5) Jual sahaja apa yang memang ada dalam tangan

Kalau anda rasa susah sangat nak cari pembekal, anda jual sahaja apa-apa yang memang ada dalam tangan.

 

Tak kisahlah sama ada barang tu barang lama, baru atau terpakai.

buat-duit-di-shopee

Dekat Shopee tu sendiri ada berlambak orang yang jugal barangan antik dan barang lama.

 

Yang jual duit kertas dan syiling lama pun ada.

 

Jika anda ingin jual barang lama atau barangan yang terpakai, kenalah nyatakan secara jelas, sama ada ianya terpakai (pre-love) atau brand new.

 

Semoga dengan perkongsian ringkas ini, dapat berikan anda serba sedikit idea, dekat mana nak cari pembekal untuk bisnes yang bakal anda jalankan nanti. Kalau rasa masih tak cukup dan anda mahukan ilmu yang lebih mendalam tentang bisnes di Shopee ini, silakanlah download panduan ini.

buat-duit-dengan-shopee

Muat turun dari laman web ini ya.

 

Selamat maju jaya dan semoga anda juga berjaya buat duit di laman web Shopee.

 

(6) Gunakan servis Dropship dari Kumoten

Cuba anda bayangkan, kalau anda boleh menjadi usahawan yang menjual berpuluh ribu produk dalam satu masa, tanpa anda perlu keluarkan modal yang besar untuk bermula.

 

Sudah tentu, potensi pendapatan yang bakal diperolehi juga besar, setuju?

pembekal-shopee

Laman web Kumoten boleh menjadi pembekal untuk bisnes anda di Shopee. Bukan itu sahaja, malahan anda juga boleh menghubungkan produk-produk yang terdapat di Kumoten ke dalam online store yang anda bina di Lazada.

 

Maksudnya?

 

Anda boleh jadi penjual di Shopee dan juga di Lazada menggunakan sistem yang dibangunkan oleh Kumoten. Kalau anda baca Panduan Bisnes Shopee, di dalam ebook tersebut turut diterangkan secara langkah demi langkah, macam mana nak menggunakan Kumoten untuk bisnes online anda.

 

Kalau dah baca panduan masih rasa kurang jelas, ada group sokongan di Facebook yang boleh bantu anda buat bisnes di Shopee ini sampai berjaya. Cubalah. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu sama ada kita akan berjaya ataupun tidak, kan?

 

Baca juga: Panduan mencari pembekal yang boleh dipercayai untuk bisnes dropship di Shopee

 

 

More from my site

  • Betul ke boleh dapat income setiap hari dari blog?Betul ke boleh dapat income setiap hari dari blog?
  • Program Affiliate Lazada – Kenapa masih tak berjaya dapat jualan?Program Affiliate Lazada – Kenapa masih tak berjaya dapat jualan?
  • Apa yang dimaksudkan dengan nama akronim Airbnb?Apa yang dimaksudkan dengan nama akronim Airbnb?
  • Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?Buat duit tanpa modal di Shopee – Bagaimana caranya?
  • Hukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solatHukum memegang dan membaca Al-Quran ketika solat
  • Bagaimana cara untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe dan buat duit?Bagaimana cara untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe dan buat duit?

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)

Filed Under: Soal Jawab Buat Duit Online Tagged With: cara bisnes shopee, cara dapat supplier bisnes di shopee, panduan bisnes shopee, supplier bisnes shopee

Recent Posts

  • Bagaimana cara menyenaraikan homestay anda di platform Airbnb
  • Bagaimana Cara Bisnes Network Marketing berfungsi
  • Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana cara meningkatkan jualan di laman web e-commerce
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce?

Recent Comments

  • Bagaimana Bisnes Network Marketing berfungsi on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bagaimana bisnes Network Marketing boleh bantu selesaikan masalah hutang anda - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Nota Kewangan Sentap - Blog Sabree Hussin on Apa itu Bisnes Multi Level Marketing? Patutkah anda join bisnes MLM?
  • Bisnes apa yang sesuai dijalankan menggunakan sistem e-commerce? - Soal Jawab .MY on Apa itu Bisnes E-Commerce?
  • 16 Tips dan cara dapatkan hotel dan tempat penginapan dengan harga yang lebih murah | Blog Sabree Hussin on Cara MUDAH untuk cari homestay yang selesa di mana-mana lokasi di Malaysia

Archives

  • May 2023
  • November 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • December 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • August 2018
  • June 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • May 2017
  • February 2017
  • December 2016

Categories

  • Bisnes Network Marketing
  • Soal Jawab Airbnb
  • Soal Jawab Bisnes Online
  • Soal Jawab Buat Duit Online
  • Soal Jawab Jobdirumah
  • Soal Jawab Pemasaran Internet
  • Soal Jawab Perkahwinan
  • Soal Jawab Solat

Copyright © 2023 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...