Program Affiliate Lazada (2018) – Cara dapatkan link affiliate Lazada

Bagaimana dengan pendapatan dari program affiliate Lazada yang anda sertai? Ok tak? Ada sebarang peningkatan? Atau masih sama?

 

Saya pernah tulis tentang program affiliate Lazada dalam blog ini. Bagi yang belum pernah baca, saya jemput anda untuk ikuti perkongsian tersebut dibawah ini ya.

  1. Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada?
  2. Program Affiliate Lazada – Kenapa masih tak berjaya dapat jualan?

macam-mana-nak-buat-duit-dengan-lazada

Saya harap, selepas anda baca perkongsian tersebut, anda terus ambil tindakan. Menerusi program affiliate yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia ini, ia memang terbukti boleh bantu kita jana pendapatan tambahan secara online.

 

Saya sendiri dah menjana ribuan ringgit, sejak sertai program ini. Saya berpendapat, amat sayang kalau anda tak ambil peluang ini, untuk turut sama-sama buat duit dengan Lazada.

 

Lagi satu, saya tak tahu, sampai bila Lazada akan tawarkan program ini. Mungkin, satu hari nanti, tidak mustahil pihak Lazada akan hentikan program affiliate ini. Selagi program ini masih ada, apa kata kita sertai dan buat duit seberapa banyak yang boleh.

 

 

Sebenarnya, Lazada ada buat sedikit perubahan pada program affiliate mereka. Kalau anda baca posting saya sebelum ini, mengenai cara buat duit dengan Lazada, saya ada tunjukkan bagaimana cara nak dapatkan link affiliate untuk kita promosikan.

 

Untuk makluman anda, cara tersebut sudah tak boleh digunakan lagi. Dulu, kita gunakan fungsi MY Deeplink Generator. Tapi sekarang ini, disebabkan fungsi tersebut dah tak boleh digunakan lagi, kita kena tukar kepada App Deeplink Generator.

 

Macam mana cara nak guna App Deeplink Generator?

Caranya senang sahaja. Saya akan kongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan beserta dengan screenshot sekali. Sila teruskan pembacaan ya.

 

Login ke akaun hasoffers anda menerusi pautan http://lazada.hasoffers.com/

macam-mana-boleh-buat-duit-dengan-lazada

Pada bahagian OFFERS cari App Deeplink Generator.

 

Paparan berikut akan kelihatan.

buat-duit-lazada

Sila tekan klik pada butAng “CLICK TO CREATE APP DEEPLINK”

 

Satu halaman baru akan muncul di skrin anda, yang meminta anda untuk log in sekali lagi.

program-affiliate-lazada

Gunakan Login Id dan password yang sama, untuk anda login ke akaun hasoffers sebelum ini.

 

Selepas itu, anda akan lihat paparan seperti ini. Gunakan borang ini, untuk create atau generate link affiliate anda.

buat-duit-lazada

Memandangkan kita akan buat marketing dan sasaran pelanggan kita adalah orang Malaysia, jadi sila pastikan pada Step 1: Select Country tu nanti anda pilih Malaysia.

 

Kita beralih pula pada Step 2: Enter Landing Page Information.

Dekat sini, kita akan masukkan alamat url, dimana kita nak bawa pelawat yang tekan klik pada link affiliate kita nanti.

panduan-buat-duit-lazada

Dalam contoh kat atas ini, saya nak bawa pelawat ke halaman ini >> https://www.lazada.com.my/pawfriend/

 

Jadi saya masukkan url tersebut dalam kotak Product URL for desktop dan seterusnya klik pada simbol kanta untuk buat carian. Rujuk anak panah warna biru diatas.

 

Paparan dibawah ini akan muncul.

cara-betul-buat-duit-lazada

Tak perlu risau kalau keluar perkataan “Product Not Found“.

 

Menggunakan teknik ini, kita bukannya nak promosikan produk spesifik yang ada di Lazada. Sebaliknya, kita nak promosikan halaman tertentu.

 

Saya pilih untuk promosikan halaman jenama. Kadang-kadang saya akan promosikan halaman nama kedai.

 

Sebabnya, kalau saya pilih untuk promosikan produk yang spesifik, sampai satu masa, bila produk habis stok, halaman tersebut akan dihapuskan oleh penjual. Ini akan menyebabkan link affiliate kita akan bawa pengguna internet yang tekan klik ke halaman yang salah, atau halaman rosak.

 

Secara tak sengaja, ini akan buatkan mereka yang klik rasa hilang mood untuk beli. Tapi, kalau bawa ke halaman jenama, biasanya halaman tersebut akan berada di laman web lazada untuk satu tempoh masa yang lebih lama.

 

Rujuk pada anak panah biru tu. Klik pada butang Create App Deeplink ya.

 

Inilah dia link affiliate yang terhasil. Nanti bila nak buat marketing, anda gunakan link affiliate tersebut.

Tekan klik pada Copy link to clipboard untuk ambil link affiliate tersebut.

 

Inilah dia link affiliate saya >>

http://ho.lazada.com.my/SHdE0Y?web_url=https%253A%252F%252Fwww.lazada.com.my%252Fpawfriend%252F&deeplink=lazada%3A%2F%2Fmy%2Fd%3Fps%3D

 

Disebabkan link tersebut sangat panjang, jadi saya gunakan plugin pretty link untuk pendekkan link tersebut. Ini hasilnya >>

https://sabreehussin.biz/pawfriend

 

Semua link ini, akan bawa ke halaman ini >>

https://www.lazada.com.my/pawfriend/

 

Sekiranya anda tak mempunyai laman blog sendiri, anda mungkin tak boleh gunakan plugin Pretty Link macam yang saya gunakan. Jadi, anda boleh gunakan servis memendekkan link url percuma seperti

https://goo.gl/

https://bitly.com/

 

Ini pula screenshot komisen lazada yang terhasil selepas saya update link affiliate saya kepada yang baru menggunakan App Deeplink Generator.

komisen-dari-lazada

Kalau sebelum ini, komisen yang terhasil adalah dari MY Deeplink Generator. Tapi kali ini, ia tukar kepada MY Smart Link Product Page Generator.

 

 

Sila tukar / update link affiliate anda!

Disebabkan link affiliate yang lama dah tak boleh digunakan, maka saya syorkan anda juga cepat-cepat update link affiliate anda kepada App Deeplink ini. Terutama sekali bagi anda yang buat marketing guna blog.

 

Mungkin sebelum ini, anda dah banyak buat artikel yang mengandungi link affiliate yang di generate guna cara lama. Link tersebut dah tak boleh pakai.

 

Jadi, untuk elak kehilangan komisen, silalah update secepat mungkin.

Baca juga: Kemaskini link affiliate Lazada kepada Smart Link untuk elak kehilangan komisen!

 

Semoga perkongsian ini berguna dan bermanfaat untuk anda.

 

 

, , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? - Soal Jawab .MY - June 30, 2018

    […] Program Affiliate Lazada (2018) – Cara dapatkan link affiliate Lazada […]

  2. Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebay - Sabree Hussin Dot Biz - July 3, 2018

    […] ini, ada yang nak buat program affiliate yang mempromosikan produk-produk fizikal, boleh sertai program affiliate Lazada. Saya juga aktif mempromosikan barangan dari laman web […]

  3. Bagaimana cara Lazada membayar komisen kepada ahlinya? - Soal Jawab .MY - August 1, 2018

    […] minat nak cuba buat duit dengan menyertai program affiliate Lazada, tapi saya nak tau, macam mana pihak Lazada akan bayar komisen kepada […]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes