“Saya dah pun join program affiliate Lazada, tapi masalahnya sampai sekarang masih tak pernah dapat walau satu sale, atau merasa sebarang komisen. Kenapa ya susah sangat nak dapatkan jualan? Boleh saya tau apa sebabnya?”
Sebelum ini, saya pernah tulis mengenai cara untuk buat duit menerusi program affiliate Lazada. Sekiranya anda masih belum tahu lagi cara untuk buat duit menerusi program ini, mungkin anda boleh luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian saya yang sebelum ini.
Klik untuk baca: Macam mana cara nak hasilkan pendapatan dengan Program Affiliate Lazada?
Dalam artikel tersebut, saya ada terangkan macam mana cara untuk lakukan pendaftaran dan juga cara untuk memilih produk tertentu yang dijual di lazada untuk dipromosikan.
Saya juga ada kongsikan kepada pembaca, cara untuk menggunakan MY Deeplink Generator. Jadi, saya tak akan ulang dalam perkongsian kali ini.
Kalau anda dah join program affiliate Lazada ini, namun masih belum berjaya dapat jualan, mungkinkah anda tak pernah gunakan fungsi deeplink generator ini? Wallahua’lam. Anda sahaja yang tahu.
Menerusi perkongsian pada kali ini, saya ingin terangkan beberapa perkara lain yang mungkin menjadi penyebab kenapa anda masih tak berjaya dapatkan jualan dari program ini.
Kenapa masih tak berjaya dapat sales dari Lazada?
Memang sesuatu yang menghampakan, apabila setiap kali kita log in ke affiliate panel dan membuat semakan berapa banyak jualan yang berjaya dihasilkan, tiba-tiba ia menunjukkan paparan seperti diatas.
NO RESULTS FOUND.
Ya, maksudnya, tiada sebarang jualan yang berjaya dihasilkan.
Personally, saya pernah rasa nak give up dengan program affiliate ini dan hampir-hampir tinggalkan terus program ini. Kemudian saya dapati, ada dalam kalangan rakan-rakan penulis blog yang konsisten dapat duit dari program ini.
Maksudnya? Ada sesuatu yang kawan saya tu buat yang saya tak buat. Sebab tu dia berjaya dapat jualan, tetapi saya gagal dapat jualan.
Setelah saya lakukan sedikit analisis, saya dapati ada beberapa kesilapan yang saya telah lakukan dan saya rasa mungkin ada antara kesilapan yang saya lakukan ini, dapat anda jadikan iktibar.
Justeru, semoga dari perkongsian ini, anda dapat belajar sesuatu dan selepas ini, anda juga akan dapat jana pendapatan dari program affiliate ini.
(1) Laman web yang anda gunakan mempunyai trafik yang sangat rendah
Umumnya, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web Lazada dan jana pendapatan menerusi program affiliate.
Sama ada anda gunakan
- FB Fanpage
- Website
- Coupon Website
- Cashback website seperti shopback.my misalnya
- Blog
Daripada lima contoh yang saya senaraikan diatas, saya menggunakan laman web yang berkonsepkan blog. Sebenarnya, asas untuk berjaya dalam mana-mana program adalah mempunyai trafik yang banyak.
Stuart Tan, dalam buku beliau berjudul Secrets of Internet Millionaires juga ada menyatakan “Traffic is my lifeblood” bagi menunjukkan betapa pentingnya sesebuah laman web mempunyai trafik yang banyak.
Jika anda menggunakan laman blog bagi tujuan pemasaran, anda perlukan trafik.
Jika anda guna Facebook fanpage untuk kerja pemasaran, anda perlukan trafik.
Jika anda gunakan twitter untuk pemasaran, anda juga perlukan trafik.
Kadang-kadang, lebih baik mempunyai laman web yang nampak biasa-biasa, tetapi ada banyak trafik berbanding mempunyai laman web yang nampak gempak, tetapi trafik sangat rendah atau tiada langsung.
Anda boleh semak pada bahagian statistik blog anda, atau laman web anda, bagi mengetahui berapa banyak trafik yang anda perolehi. Jika kurang dari 100 dalam sehari, anda mungkin bermasalah untuk jana pendapatan dari program affiliate seperti ini secara konsisten.
Maknanya anda perlu usaha lebih gigih untuk naikkan trafik anda.
(2) Jumlah klik pada link affiliate anda juga rendah
Ini satu lagi indikator penting yang anda perlu perhatikan.
Cuba anda semak, dalam sehari, berapa banyak jumlah klik yang anda berjaya perolehi.
Ikut pengalaman saya, jika saya berjaya dapatkan konsisten setiap hari sekurang-kurangnya 100 klik, biasanya saya pasti boleh dapat minimum komisen dari Lazada bagi bulan tersebut…
Sebaliknya kalau jumlah klik yang saya terima terlalu rendah, which is bawah 100 klik sehari, maka komisen juga akan rendah atau mungkin tak ada komisen langsung.
Masalah klik terlalu rendah ni juga ada kaitan dengan masalah trafik yang rendah.
(3) Jumlah klik pada link affiliate tinggi, tetapi tidak berkualiti
Ada juga keadaan dimana jumlah klik yang diperolehi sangat tinggi, namun ia langsung tak convert kepada sale.
Ini boleh terjadi terutama sekali apabila klik yang kita perolehi tu tadi adalah dari jenis yang tak ada kualiti. Klik yang tak ada kualiti ni boleh jadi disebabkan beberapa faktor, seperti
- Kita menggunakan kaedah promosi yang memperdaya pembaca untuk klik
- Klik dijana oleh perisian ataupun robot
- Klik datang dari pelawat luar negara
Kaedah promosi yang memperdaya ni contohnya macam kita kata kalau klik pada link tertentu boleh dapat tengok gambar seksi artis sekian sekian. Padahal bila pembaca klik, ia sebenarnya akan membawa pembaca ke laman web Lazada.
Klik seperti ini tidak begitu berkualiti, sebabnya orang yang klik tu mungkin tak ada niat nak beli barang, sebaliknya cuma berminat nak tengok gambar seksi artis semata-mata.
Kesannya, anda mungkin akan dapat banyak klik, namun klik tersebut langsung tak berguna dan tak mampu untuk convert kepada jualan.
(4) Komisen anda kena curi dengan iklan-iklan yang anda siarkan dalam blog anda
Saya pernah pasang iklan dari program seperti bidvertiser, pada laman web yang saya gunakan untuk mempromosikan produk-produk Lazada.
Pada satu hari, saya perasan, apabila saya siarkan iklan bidvertiser, salah satu iklan yang muncul di blog saya menggunakan teknologi Pop Up adalah iklan milik ejen affiliate lain yang menggunakan bidvertiser untuk iklankan link affiliate miliknya.
Apa yang berlaku kat sini ialah, setiap kali pop up muncul di skrin pelawat laman web saya, pop up tersebut akan terus buka laman web Lazada dan seterusnya iklan tersebut akan overide (atau menggantikan) segala cookies yang mengandungi maklumat id affiliate saya.
Situasi ini, pada saya sama sahaja macam pemilik iklan tu curi komisen saya.
Mujur saya sedar benda ni awal, jadi saya terus buang iklan dari bidvertiser. Bila saya pasang iklan dari bidvertiser, memanglah income dari bidvertiser saya bertambah. Namun, income dari Lazada langsung tak bergerak. Satu kerugian pada saya sebabnya potensi pendapatan yang boleh diperolehi dari lazada adalah lebih tinggi dari mana-mana program pengiklanan yang saya pernah sertai.
Jadi, kalau anda ada siarkan iklan dari apa-apa program pengiklanan, mungkin boleh semak apa iklan yang keluar atau yang dipaparkan pada blog anda. Harap-harap apa yang saya lalui tidak terjadi kepada anda juga.
(5) Anda sepatutnya promosikan produk tertentu dan bukannya laman web utama
Dari segi teorinya, memang promosikan laman web utama Lazada nampak lebih untung. Bila pelawat masuk ke web tersebut dan buat pembelian, tak kira apa barang sekalipun, kita akan dapat komisen.
Walaupun begitu, setelah sekian lama saya gunakan cara promosi macam ni, saya dapati lebih baik promosikan produk tertentu secara spesifik berbanding promosikan laman web utama.
Contohnya, jika saya ingin promosikan produk Rose Face Serum Zeeta, adalah lebih baik saya fokus pada produk itu sahaja daripada saya promosikan homepage Lazada.
Setelah bersusah payah menulis tentang produk berasaskan bunga ros, iaitu Rose Face Serum Zeeta ini, adalah lebih baik kita terus berikan link tempahan yang spesifik supaya memudahkan pembaca yang minat nak beli untuk terus dapatkan produk ni, berbanding kita bagi homepage lazada.
Apabila kita bagi homepage, dan pembaca tak berjaya cari produk ni, besar kemungkinan ini akan buatkan pembaca tersebut hilang mood untuk beli produk ni.
(6) Promote catalog produk bagi elakkan produk kena remove
Memandangkan di Lazada, ada beberapa penjual yang jual produk yang sama, dengan harga dan tawaran yang berbeza, adakalanya saya akan promosikan catalog produk berbanding saya promosikan produk yang spesifik.
Contoh catalog adalah pada link ini. Anda klik pada link tersebut untuk lihat apa yang saya maksudkan. Pada link tersebut, saya ingin promosikan Xiaomi Mi Band 2.
Bila anda klik link tersebut, anda akan dibawa ke halaman yang menyenaraikan semua seller yang jual produk yang sama.
Jadi lepas ni terpulang kepada pelawat sama ada nak beli dari seller yang mana satu. Dia boleh pilih mana-mana tawaran yang paling baik.
Tak kisah seller mana satu yang bakal dia pilih, semua ini akan memberikan komisen kepada saya.
(7) Promote niche tertentu jika tak pasti nak promosikan produk apa
Sekiranya anda tak tau, atau tak pasti nak promosikan produk apa, mungkin apa yang boleh saya cadangkan ialah anda promosikan niche tertentu.
Contohnya, promosikan niche sukan, pelancongan, masakan, kecantikan dan sebagainya.
Apabila anda guna pendekatan seperti ini, anda tak perlu risau sangat dengan apa produk yang nak dipromosikan, sebaliknya anda fokus sahaja pada niche yang anda sedang tulis.
Jika anda sedang bangunkan laman web berkenaan dengan travel, yang menceritakan pengalaman anda mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam mahupun luar negara, anda boleh fokus sahaja pada topik tersebut.
Sesekali jika sesuai, anda boleh masukkan juga iklan tentang kamera, luggage, dan lain-lain barang yang mungkin sesuai untuk dibawa semasa travel.
Baiklah.
Saya harap apa yang saya kongsikan disini bermanfaat untuk anda. Sekiranya anda ada komen atau sebarang soalan, silakan tinggalkan dibahagian komen ya.