Kenapa status akaun Involve Asia saya masih PENDING?

“Saya telah mendaftar untuk menjadi ejen affiliate bagi Involve Asia. Tapi kenapa status pada akaun saya masih lagi PENDING? Bila saya boleh mula mempromosikan produk dan jenama yang terdapat dalam program affiliate Involve Asia?”

masalah-akaun-pending-involve-asia

Masalah akaun Involve Asia masih lagi pending walaupun sudah mendaftar.

 

Ini adalah salah satu daripada beberapa soalan yang saya terima berulang kali. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, selagi akaun anda masih lagi berstatus pending, selagi itu anda masih belum boleh mempromosikan sebarang produk dan mula jana komisen menerusi program affiliate ini.

 

Sebelum itu, anda boleh daftar secara percuma untuk sertai Program Involve Asia disini.

 

Jadi apa penyelesaiannya?

 

Mungkin ada yang terlepas pandang, atau tak perasan yang sebenarnya selepas anda buat pendaftaran secara percuma untuk menyertai program affiliate Involve Asia, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah “add new property”.

 

Rujuk gambar dibawah ini.

Anda hanya perlu klik pada “Add New Property” dan anda akan dibawa ke halaman seperti berikut.

 

Disini anda boleh baca, apakah guideline yang anda boleh jadi rujukan untuk property yang bakal anda gunakan.

Daripada senarai yang diberikan, saya hanya familiar dengan konsep laman web content websites dan Influencers sahaja. Selebihnya saya tidak mempunyai kepakaran untuk bina website sedemikian.

 

Content Websites

Contoh paling mudah adalah laman web berkonsepkan blog. Dalam blog, anda boleh masukkan sebarang konten sama ada dalam bentuk artikel, imej ataupun video.

 

Influencers

Ikut contoh yang diberikan, laman influencer yang diterima adalah laman web facebook. Sekiranya akaun Facebook anda memang sangat aktif, ada banyak komen, share, dan banyak interaction serta engagement, anda akan diterima untuk masuk ke program ini.

 

Langkah demi langkah untuk mereka yang masih belum ada sebarang property

Saya akan tunjukkan cara, bagaimana untuk anda wujudkan property anda sendiri. Sila lihat pada screenshot diatas, yang mana anda perlu ada website yang menggunakan nama domain sendiri.

 

Ini apa yang perlu anda lakukan.

 

Langkah pertama adalah dapatkan nama domain anda terlebih dahulu.

syarikat-hosting-terbaik-malaysia

Untuk itu, saya syorkan anda layari laman web Netkl untuk dapatkan nama domain beserta pakej servis webhosting.

 

Klik pada hosting, pilih shared hosting dan seterusnya klik for beginners.

Kemudian paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Ada tiga pakej yang anda boleh pilih, iaitu mySilver X, myGold X dan myPlatinum X.

 

Untuk peringkat permulaan, saya syorkan anda order plan mySilver X sahaja sudah memadai. Kos untuk memiliki nama domain dan juga webhosting ini adalah sebanyak RM60 sahaja.

 

Jika anda ingin renew pada tahun akan datang, maka anda perlu renew dan bayar lagi RM60. Kalau anda dah tak minat nak ada laman web dengan nama domain anda sendiri, anda boleh berhenti buat pembayaran.

 

Setelah anda selesai membuat tempahan dan anda sudah memiliki nama domain dan hosting anda sendiri, kita akan proceed ke langkah seterusnya.

 

Langkah kedua, install wordpress pada domain dan hosting yang anda baru beli.

 

Proses pemasangan (install) sangat mudah. Anda boleh baca tutortial yang pernah saya sediakan dalam blog ini sebelum ini.

Sila baca: Bagaimana cara bina laman web menggunakan sistem wordpress

 

Tahniah, sekarang anda sudah ada laman web anda sendiri yang menggunakan nama domain anda baru beli dari Netkl.

 

Langkah ketiga, masukkan konten dalam laman web tersebut.

Ambil masa untuk bina konten yang berkualiti untuk blog anda. Sebaik-baiknya, anda perlu pastikan yang blog anda itu nanti sudah mempunyai trafik.

 

Bagaimana cara nak dapatkan trafik untuk blog?

Mudah sahaja. Sebenarnya apabila anda selalu menghasilkan konten baru untuk blog anda, secara automatik blog anda akan mula disenaraikan di laman web google.

 

Anda akan dapat trafik secara automatik, apabila terdapat konten dalam blog anda yang relevan dengan keyword yang dicari oleh pengguna internet apabila mereka menggunakan laman web google.

 

Sekiranya anda merasakan cara ini agak lambat, anda juga boleh mempromosikan laman blog anda menggunakan media sosial. Dari situ, anda akan dapat sedikit limpahan trafik yang berpunca dari akaun media sosial.

 

Soalan berkaitan dengan trafik blog adalah salah satu soalan yang akan ditanya oleh pihak Involve Asia sebelum property anda diterima untuk program affiliate ini.

 

Trafik yang banyak kebiasaannya memberikan anda peluang untuk hasilkan lebih banyak pendapatan dari program ini.

 

Bila blog anda ada banyak trafik, anda ada peluang untuk dapat banyak komisen affiliate, jenama dan syarikat yang anda promosikan boleh dapat banyak sales, dan pihak Involve Asia boleh teruskan program ini sampai bila-bila.

 

Akhirnya semua pihak menang!

 

Baiklah itu sahaja.

 

Bagi anda yang masih belum ada akaun Involve Asia, bolehlah daftar secara percuma sahaja disini. Bila dah daftar, jangan lupa untuk submit property.

Baca juga: Jana pendapatan pasif menerusi Program Affiliate

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes